Wednesday, 21 February 2018

Part 2: Kenali Si Lydia Emak | Lydia Aramina


Lydia Emak
Konsert Sarjana Pesona Bintang 2015

Kali ini Lydia nak cerita pasal hobi dan minat Lydia. Tanpa dia memang hidup stress, gituhh. Salah satunya Lydia suka menari. Dari tadika sampai umur 24 tahun ini Lydia masih bergiat menari. Kata orang, jiwa dah kat situ. Nak halang pun tak boleh dah.

Lydia Emak
Konsert Sarjana Pesona Bintang 2015

Mula aktif dalam tarian masa umur 13 tahun aka sekolah menengah. Mummy Lydia memang tak suka Lydia menari sebab takut anak dia tak boleh fokus dengan pelajaran. Tapi bila kita dah suka benda tue, kita buat juga kan? Jadi, Lydia buktikan dekat mummy yang Lydia mampu cemerlang dalam kokurikulum dan kurikulum.

Lydia Emak
Pertandingan Zapin Makum 2016

Nak tahu macam mana Lydia boleh cemerlang dalam kedua-dua aspek tue? Fokus ja awak. Bila menari, awak menarilah jangan fikir pasal pelajaran tapi bila awak belajar, awak fokus belajar betul. Dalam kelas awak jangan main-main.

Lydia Emak
Universiti Kebangsaan Malaysia World Art Festival

Sampai masuk degree, masa Lydia memang penuh ja. Nak sia-siakan dengan hal yang tidak berfaedah memang tak awak. Hidup Lydia belajar & menari. Itu ja. Orang cakap kalau terlampau aktif dengan aktiviti luar zaman U awak senang gagal. Sebenarnyakan, itu atas diri awak, itu pilihan awak. Betul tak? Lain kali Lydia kongsi cara nak cemerlang dalam dua aspek nie ok?

Lydia Emak
Siaran Langsung TV3 sempena mempromosi UKM World Art Festival

Zaman U Tahun 2, sempat juga merasa memegang jawatan Majlis Eksekutif Pelajar Kebudayaan & Kesenian Kolej dan Yang Di Pertua Kelab Tarian Universiti Kebangsaan Malaysia selama satu tahun. Waktu tue, hidup huru-hara sikit sebab banyak sangat jawatan tapi seronok bila awak suka buat benda tue. Waktu tue, Busy is New Happiness.

Lydia Emak
Menjadi duta kecil Malaysia semasa di Korea

Dan waktu pegang jawatan tue juga Lydia banyak keluar ke luar Negara. 2 negara tak silap Lydia pergi, satu Vietnam, satu Korea. Macam mana pula nak dapat tiket free tue? Awak kerja keras, awak dapat. Senang (senanglah sangat lalalala~~~)

Lydia Emak
Menjadi duta kecil Malaysia sempenan Fruits Festival di Vietnam

Banyak pengalaman pasal menari nie nak cerita tapi lain kalilah kita sambung tau. Terima kasih sebab sudi baca coretan yang tak seberapa nie. Haa, dah kenal sikitkan. Jadi Lydia tunjuk satu video Lydia menari untuk Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala PM 2015. Cuba cari mana Lydia dalam tue (biasa masuk tv sebenarnya hahaha~~).


Jangan ingat Lydia gemuk Lydia tak pandai menari yaa. Ok jumpa lain hari tau.

Yang tak baca part I boleh klik link di bawah ya.

Continue Reading

Monday, 19 February 2018

5 Cara Turunkan Berat Badan Secara Sihat | Lydia Aramina

5 Cara Turunkan Berat Badan Secara Sihat

Sekarang ini ramai orang yang sedang berusaha untuk kurus atau turunkan berat badan dan sudah semestinya kita inginkan hasil yang segera dengan pelbagai cara.
Disini saya ada sediakan 5 cara untuk turunkan berat badan secara sihat.
1. Diet seimbang.
Apa yang boleh kita lakukan ialah rancang jadual pemakanan dan jangan melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.
  • Jangan melangkau waktu makan
  • Banyakkan meminum air kosong
  • Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.
  • Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
  • Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.
2. Aktif Bergerak.
Untuk langkah awal bagi yang ingin turunkan berat badan, kita boleh melakukan aktiviti yang disukai supaya aktiviti itu dapat dilakukan berulang kali dan tidak mudah bosan. Antara aktiviti yang disarankan ialah anda boleh berbasikal ataupun berjalan-jalan bersama keluarga sambil santai bersama orang tersayang. Lakukan aktiviti ini 3 kali dalam seminggu.
3. Makan Makanan Yang Boleh Mengenyangkan Anda
Makanan seimbang bukan sahaja memberikan anda nutrisi rendah kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat. Hal ini sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan. Oleh itu, kita digalakkan untuk mengambil makanan berikut dalam menu harian:
  • Bijian oat
  • Epal
  • Telur
  • Halia
  • Kekacang
  • Sayuran hijau
  • Ubi
  • Coklat hitam (dark chocolate)
4. Kira jumlah kalori
Apabila kita mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari ia dapat membantu untuk merancang pemakanan yang lebih berkesan. Kita tahu jumlah kalori individu adalah berbeza dan ia akan berubah mengikut peningkatan umur. Selain itu anda juga boleh rujuk dengan pakar pemakanan atau dapatkan nasihat daripada doktor pakar dalam target penurunan berat badan supaya dapat turunkan berat badan dengan cara yang sihat dan tidak membebankan. Pemilihan kadar nutrisi sayur-sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang juga penting.
5. Hindari kalori dalam minuman.
Cara yang paling mudah untuk dilakukan untuk turunkan berat badan. Gantikan minuman manis dengan minuman bebas gula. Dengan cara ini dapat kurangkan berat badan sebanyak 10 kg dalam tempoh 2 bulan.
Kalau ada sebarang pertanyaan boleh tanya di ruang comment ya.
Continue Reading

Manfaat Menjadi Ahli Shaklee | Lydia Aramina



Ramai yang nak tahu apa keistimewaan menjadi ahli Shaklee. Haaa..teruskan membaca.

Apa MANFAAT menjadi pengedar Shaklee?

  • Untung runcit sehingga 25%
  • Bonus tunai peribadi sehingga 21%
  • Bonus tunai kumpulan
  • Bonus tunai kepimpinan
  • Bonus tunai infiniti sehingga 1.5%
  • Bonus tunai program kereta
  • Bonus tunai 100% matching penajaan
  • Bonus tunai sehingga 50% matching bonus bulanan
  • Bonus tunai pangkat baru dan efektif pada bulan berikutnya
  • Piala esklusif pada National Conference
  • Hadiah tunai RM10,000
  • Program percutian antarabangsa / umrah / tempatan bersama keluarga tercinta
  • Shaklee bayar lebih RM 26 billion pada pengedarnya yang sentiasa menyebar #shakleeeffect
  • 1000% peningkatan Shaklee di Malaysia sejak 6 tahun lepas (br 1% rakyat Malaysia join Shaklee)
  • Shaklee adalah #1 Natural Nutrition Company
  • Shaklee diiktiraf sebagai BEST MLM brand in nutrition
  • Shaklee memastikan produknya SELAMAT, BERKESAN dan SENTIASA ORGANIK
  • Shaklee mempunyai Landmark Study yang menunjukkan mereka yang mengambil produk Shaklee mempunyai kesihatan lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau yang tak ambil langsung.
  • Shaklee berada di 9 negara yang membolehkan kita juga berniaga di sana iaitu US, Canada, Japan, Mexico, India, Indonesia, China dan Taiwan (sesetengah penduduk dunia sudah dijelajahi Shaklee)
  • Shaklee Cares merupakan satu program csr yang membantu anak-anak kurang berkemampuan mendapat nutrisi Shaklee
  • Shaklee adalah syarikat pertama mendapat pengiktirafan Climate Neutral yang menyokong perjuangan Shaklee untuk sentiasa GREEN
  • Mendapat sokongan kumpulan besar #s2uFamilies yang menekankan teknik pemasaran, motivasi, coaching, gathering secara online dan offline
Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga mendapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.




Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh hubungi saya untuk pendaftaran ahli atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee dan mendaftar di bawah ID Shaklee 1275718 dan anda bakal/akan mendapat bimbingan daripada saya.

Anda juga boleh tekan link di bawah untuk terus pendaftaran ahli.



Boleh juga lihat:

















Continue Reading

Wednesday, 14 February 2018

5 Cara untuk Menghapuskan Jerawat Pasir | Lydia Aramina

5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir


Stress!!! Jerawat pasir naik bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Nak keluar rumah pun malu kan.

Siapa yang ada masalah Jerawat Pasir/segala jenis Blackhead/Whitehead & SF. Bila makeup nipis ke tebal masih nampak bonjolan kecil & tak licin? 

Closed Comedones adalah nama yang betul. Tekstur bergelombang itu adalah liang pori yang tersumbat. Biasanya berpunca dari sel-sel kulit mati, produk penjagaan kulit, minyak, serpihan debu dan pencemaran.

Bagaimana nak menyelesaikan masalah ini?

Haaa...Jom kita membaca 5 cara untuk mengahapuskan jerawat pasir.

5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir
1. Penjagaan kulit muka dengan betul

Kena buat double cleansing setiap hari jika anda jenis yang ber makeup. Guna oil cleanser. Kalau anda baru nak mula berjinak-jinak dalam penjagaan kulit, mulakan dengan yang basic dulu iaitu 

i. OIL CLEANSER
ii. CLEANSER
iii. MOISTURIZER
iv. SUNSCREENS



5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir
2. Singkirkan makeup anda sebersih yang mungkin

Ini adalah cara yang paling penting dalam penjagaan kulit. Kalau cuci guna pencuci muka biasa ja okay tak? Pencuci muka biasa tak dapat membersihkan makeup secara keseluruhan. Nanti ada sisa-sisa makeup lagi dalam liang pori. Bila ada sisa-sisa makeup dalam liang pori, maka terjadilah jerawat kerap naik. Lepas itu jangan salahkan produk tak sesuai pula kalau kita yang ambik mudah tak jaga kulit dengan betul. Walaupun keluar pakai bb cream/bedak ja pun kena buat DOUBLE CLEANSE






Pengalaman saya sendiri, pernah guna Micellar Water untuk bersihkan makeup, tapi bonjolan kecil tetap akan muncul keesokan harinya. Fokus makeup remover memang untuk buang makeup, manakala micellar water lebih kepada multi purpose, untuk kegunaan harian jika tak pakai makeup. Kedua-duanya khas untuk permukaan kulit muka kita. Oil cleanser elok untuk deep cleansing


5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir
3. Double Cleansing Method 

Pakai Oil Cleanser. Sis macam mana cara pakai Oil Cleanser?

i. Urut Oil Cleanser ke muka yang kering. Urut ya bukan tonyoh. Urut perlahan-lahan & lembut.
ii. Basahkan tangan dengan air.
iii. Urut muka dengan tangan basah tu sampai minyak emulsi.
iv. Cuci dengan air bersih dan teruskan dengan rutin penjagaan kulit yang lain.

Buat sampai pori-pori nampak bersih. Bukan setakat pori-pori bersih ja. Langkah ini boleh kurangkan blackhead / whitehead & dapat mengawal SF juga.


5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir

4. Rawatan Chemical Exfoliating

Exfoliate ini terbahagi kepada dua :
Physical Exfoliation : Scrub. Eg : Yellow Gorgeous & etc
Chemical Exfoliation : Acids AHA/BHA

Chemical Exfoliate ini baik untuk memperbaharui kulit tapi Chemical Exfoliate bukan untuk rutin penjagaan kulit harian. Untuk yang baru nak cuba, pakai setiap 1 hingga 2 kali seminggu. AHA/BHA ini bukan macam pelembab muka yang kita boleh bubuh sesukati hati. Nak pakai boleh tapi kenalpasti dulu betul-betul pantang larang & cara penggunaannya. Kalau sunscreens pun tak pakai, AHA/BHA pun tak payah pakai la k? Haa..sunscreen wajib pakai walaupun tak tempek Chemical Exfoliate ini. WAJIB.

5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir
5. Clay Mask 

Clay mask adalah salah satu produk yang elok untuk pemulihan kulit yang ada masalah.

MUD untuk DRY skin - Freeman
CLAY untuk OILY skin - Aztec Clay Mask, Innisfree
Jangan ikut apa yang orang pakai. Kena ikut kesesuaian kulit

Akhir kata. Selamat mencuba. Ada soalan boleh tanya di ruang komen. 



Boleh baca juga pengalaman saya sendiri atasi masalah jerawat pasir ini dengan Shaklee. 

PS: Tiada salah atau betul dalam penggunaan produk tapi macam yang saya bagitau, memang kena ambik risiko untuk cuba sesuatu produk lepas itu baru awak tau kulit awak sesuai dengan produk apa sebenarnya kan. Okay?

Lihat juga:-







Continue Reading

Part 1: Kenali Si Lydia Emak | Lydia Aramina


Lydia Emak

Hi semua, nama diberi Lydia Emak, orang selalu panggil Lydia atau Tia. Berumur 24 tahun dan anak jati Sarawak. Seorang bekas pelajar Usahawan di Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2013-2016. Zaman belajar degree paling best entah kenapa saya pun tak tahu (hahaha~).

Lydia Emak



Seorang yang gemar menari, jalan-jalan & memasak. Pernah juga bagitahu satu Malaysia yang saya pandai masak di rancangan Nasi Lemak Kopi O dulu (dasar tak faham soalan hahaha~) Jalan-jalan itu jangan hairanlah memang suka berjalan. Yang penting waktu belajar degree dulu pergi luar negara memang free ja sebab buat persembahan tapi kena bekerja keraslah.

Lydia Emak

Tak lupa juga saya memang suka akan kecantikan & kesihatan tubuh badan. Perempuan kan. Hehe. Inilah antara sebab kenapa saya nak tulis blog. Saya nak kongsikan segala tips dan pengalaman dalam apa yang saya pernah lalui. Mana tau serba sedikit boleh bagi manfaat kepada semua pembaca kan. 

Lydia Emak


Akhir kata, enjoy your reading. Kalau ada kekurangan, terimalah seadanya. huhu~

Muaaahhhhh~~~

Untuk part II boleh klik link di bawah ini ya. Selamat membaca.




Continue Reading