Monday, 19 February 2018

5 Cara Turunkan Berat Badan Secara Sihat | Lydia Aramina

5 Cara Turunkan Berat Badan Secara Sihat

Sekarang ini ramai orang yang sedang berusaha untuk kurus atau turunkan berat badan dan sudah semestinya kita inginkan hasil yang segera dengan pelbagai cara.
Disini saya ada sediakan 5 cara untuk turunkan berat badan secara sihat.
1. Diet seimbang.
Apa yang boleh kita lakukan ialah rancang jadual pemakanan dan jangan melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.
  • Jangan melangkau waktu makan
  • Banyakkan meminum air kosong
  • Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.
  • Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
  • Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.
2. Aktif Bergerak.
Untuk langkah awal bagi yang ingin turunkan berat badan, kita boleh melakukan aktiviti yang disukai supaya aktiviti itu dapat dilakukan berulang kali dan tidak mudah bosan. Antara aktiviti yang disarankan ialah anda boleh berbasikal ataupun berjalan-jalan bersama keluarga sambil santai bersama orang tersayang. Lakukan aktiviti ini 3 kali dalam seminggu.
3. Makan Makanan Yang Boleh Mengenyangkan Anda
Makanan seimbang bukan sahaja memberikan anda nutrisi rendah kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat. Hal ini sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan. Oleh itu, kita digalakkan untuk mengambil makanan berikut dalam menu harian:
  • Bijian oat
  • Epal
  • Telur
  • Halia
  • Kekacang
  • Sayuran hijau
  • Ubi
  • Coklat hitam (dark chocolate)
4. Kira jumlah kalori
Apabila kita mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari ia dapat membantu untuk merancang pemakanan yang lebih berkesan. Kita tahu jumlah kalori individu adalah berbeza dan ia akan berubah mengikut peningkatan umur. Selain itu anda juga boleh rujuk dengan pakar pemakanan atau dapatkan nasihat daripada doktor pakar dalam target penurunan berat badan supaya dapat turunkan berat badan dengan cara yang sihat dan tidak membebankan. Pemilihan kadar nutrisi sayur-sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang juga penting.
5. Hindari kalori dalam minuman.
Cara yang paling mudah untuk dilakukan untuk turunkan berat badan. Gantikan minuman manis dengan minuman bebas gula. Dengan cara ini dapat kurangkan berat badan sebanyak 10 kg dalam tempoh 2 bulan.
Kalau ada sebarang pertanyaan boleh tanya di ruang comment ya.

2 comments: