Wednesday, 14 February 2018

5 Cara untuk Menghapuskan Jerawat Pasir | Lydia Aramina

5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir


Stress!!! Jerawat pasir naik bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Nak keluar rumah pun malu kan.

Siapa yang ada masalah Jerawat Pasir/segala jenis Blackhead/Whitehead & SF. Bila makeup nipis ke tebal masih nampak bonjolan kecil & tak licin? 

Closed Comedones adalah nama yang betul. Tekstur bergelombang itu adalah liang pori yang tersumbat. Biasanya berpunca dari sel-sel kulit mati, produk penjagaan kulit, minyak, serpihan debu dan pencemaran.

Bagaimana nak menyelesaikan masalah ini?

Haaa...Jom kita membaca 5 cara untuk mengahapuskan jerawat pasir.

5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir
1. Penjagaan kulit muka dengan betul

Kena buat double cleansing setiap hari jika anda jenis yang ber makeup. Guna oil cleanser. Kalau anda baru nak mula berjinak-jinak dalam penjagaan kulit, mulakan dengan yang basic dulu iaitu 

i. OIL CLEANSER
ii. CLEANSER
iii. MOISTURIZER
iv. SUNSCREENS



5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir
2. Singkirkan makeup anda sebersih yang mungkin

Ini adalah cara yang paling penting dalam penjagaan kulit. Kalau cuci guna pencuci muka biasa ja okay tak? Pencuci muka biasa tak dapat membersihkan makeup secara keseluruhan. Nanti ada sisa-sisa makeup lagi dalam liang pori. Bila ada sisa-sisa makeup dalam liang pori, maka terjadilah jerawat kerap naik. Lepas itu jangan salahkan produk tak sesuai pula kalau kita yang ambik mudah tak jaga kulit dengan betul. Walaupun keluar pakai bb cream/bedak ja pun kena buat DOUBLE CLEANSE






Pengalaman saya sendiri, pernah guna Micellar Water untuk bersihkan makeup, tapi bonjolan kecil tetap akan muncul keesokan harinya. Fokus makeup remover memang untuk buang makeup, manakala micellar water lebih kepada multi purpose, untuk kegunaan harian jika tak pakai makeup. Kedua-duanya khas untuk permukaan kulit muka kita. Oil cleanser elok untuk deep cleansing


5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir
3. Double Cleansing Method 

Pakai Oil Cleanser. Sis macam mana cara pakai Oil Cleanser?

i. Urut Oil Cleanser ke muka yang kering. Urut ya bukan tonyoh. Urut perlahan-lahan & lembut.
ii. Basahkan tangan dengan air.
iii. Urut muka dengan tangan basah tu sampai minyak emulsi.
iv. Cuci dengan air bersih dan teruskan dengan rutin penjagaan kulit yang lain.

Buat sampai pori-pori nampak bersih. Bukan setakat pori-pori bersih ja. Langkah ini boleh kurangkan blackhead / whitehead & dapat mengawal SF juga.


5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir

4. Rawatan Chemical Exfoliating

Exfoliate ini terbahagi kepada dua :
Physical Exfoliation : Scrub. Eg : Yellow Gorgeous & etc
Chemical Exfoliation : Acids AHA/BHA

Chemical Exfoliate ini baik untuk memperbaharui kulit tapi Chemical Exfoliate bukan untuk rutin penjagaan kulit harian. Untuk yang baru nak cuba, pakai setiap 1 hingga 2 kali seminggu. AHA/BHA ini bukan macam pelembab muka yang kita boleh bubuh sesukati hati. Nak pakai boleh tapi kenalpasti dulu betul-betul pantang larang & cara penggunaannya. Kalau sunscreens pun tak pakai, AHA/BHA pun tak payah pakai la k? Haa..sunscreen wajib pakai walaupun tak tempek Chemical Exfoliate ini. WAJIB.

5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir
5. Clay Mask 

Clay mask adalah salah satu produk yang elok untuk pemulihan kulit yang ada masalah.

MUD untuk DRY skin - Freeman
CLAY untuk OILY skin - Aztec Clay Mask, Innisfree
Jangan ikut apa yang orang pakai. Kena ikut kesesuaian kulit

Akhir kata. Selamat mencuba. Ada soalan boleh tanya di ruang komen. 



Boleh baca juga pengalaman saya sendiri atasi masalah jerawat pasir ini dengan Shaklee. 

PS: Tiada salah atau betul dalam penggunaan produk tapi macam yang saya bagitau, memang kena ambik risiko untuk cuba sesuatu produk lepas itu baru awak tau kulit awak sesuai dengan produk apa sebenarnya kan. Okay?

Lihat juga:-







0 comments:

Post a Comment