Wednesday, 21 February 2018

Part 2: Kenali Si Lydia Emak | Lydia Aramina


Lydia Emak
Konsert Sarjana Pesona Bintang 2015

Kali ini Lydia nak cerita pasal hobi dan minat Lydia. Tanpa dia memang hidup stress, gituhh. Salah satunya Lydia suka menari. Dari tadika sampai umur 24 tahun ini Lydia masih bergiat menari. Kata orang, jiwa dah kat situ. Nak halang pun tak boleh dah.

Lydia Emak
Konsert Sarjana Pesona Bintang 2015

Mula aktif dalam tarian masa umur 13 tahun aka sekolah menengah. Mummy Lydia memang tak suka Lydia menari sebab takut anak dia tak boleh fokus dengan pelajaran. Tapi bila kita dah suka benda tue, kita buat juga kan? Jadi, Lydia buktikan dekat mummy yang Lydia mampu cemerlang dalam kokurikulum dan kurikulum.

Lydia Emak
Pertandingan Zapin Makum 2016

Nak tahu macam mana Lydia boleh cemerlang dalam kedua-dua aspek tue? Fokus ja awak. Bila menari, awak menarilah jangan fikir pasal pelajaran tapi bila awak belajar, awak fokus belajar betul. Dalam kelas awak jangan main-main.

Lydia Emak
Universiti Kebangsaan Malaysia World Art Festival

Sampai masuk degree, masa Lydia memang penuh ja. Nak sia-siakan dengan hal yang tidak berfaedah memang tak awak. Hidup Lydia belajar & menari. Itu ja. Orang cakap kalau terlampau aktif dengan aktiviti luar zaman U awak senang gagal. Sebenarnyakan, itu atas diri awak, itu pilihan awak. Betul tak? Lain kali Lydia kongsi cara nak cemerlang dalam dua aspek nie ok?

Lydia Emak
Siaran Langsung TV3 sempena mempromosi UKM World Art Festival

Zaman U Tahun 2, sempat juga merasa memegang jawatan Majlis Eksekutif Pelajar Kebudayaan & Kesenian Kolej dan Yang Di Pertua Kelab Tarian Universiti Kebangsaan Malaysia selama satu tahun. Waktu tue, hidup huru-hara sikit sebab banyak sangat jawatan tapi seronok bila awak suka buat benda tue. Waktu tue, Busy is New Happiness.

Lydia Emak
Menjadi duta kecil Malaysia semasa di Korea

Dan waktu pegang jawatan tue juga Lydia banyak keluar ke luar Negara. 2 negara tak silap Lydia pergi, satu Vietnam, satu Korea. Macam mana pula nak dapat tiket free tue? Awak kerja keras, awak dapat. Senang (senanglah sangat lalalala~~~)

Lydia Emak
Menjadi duta kecil Malaysia sempenan Fruits Festival di Vietnam

Banyak pengalaman pasal menari nie nak cerita tapi lain kalilah kita sambung tau. Terima kasih sebab sudi baca coretan yang tak seberapa nie. Haa, dah kenal sikitkan. Jadi Lydia tunjuk satu video Lydia menari untuk Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala PM 2015. Cuba cari mana Lydia dalam tue (biasa masuk tv sebenarnya hahaha~~).


Jangan ingat Lydia gemuk Lydia tak pandai menari yaa. Ok jumpa lain hari tau.

Yang tak baca part I boleh klik link di bawah ya.

0 comments:

Post a Comment