Saturday, 4 December 2021

7 Sebab Kenapa kena pilih ESP Shaklee | Lydia Aramina

7 sebab kenapa kena pilih ESP Shaklee

Pemasaran mengenai serbuk protein bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia sekarang lebih-lebih lagi rakyat kita ramai yang mula sedar akan kebaikannya terutamanya yang ingin menjaga badan. Tetapi sejauh mana kita mengetahui bahawa serbuk protein yang kita ambil benar-benar berkualiti dan selamat untuk dimakan untuk tempoh yang lama?

Di sini Lydia ingin kongsikan 1 produk Shaklee yang dah lama saya amalkan dan sangat popular kerana protein tersebut boleh diambil oleh ibu mengandung juga. Tak lain tak bukan tentunya ESP atau nama panjang ialah Energizing Soy Protein. 

Ada 7 sebab kenapa anda kena memilih ESP sebagai protein harian anda.

1. Pilihan yang lebih baik

Protein berasaskan haiwan seperti ayam atau daging, ia mempunyai lemak dan kolesterol. Manakala ESP pula merupakan protein yang berasaskan tumbuhan iaitu kacang soya 

  • 14g protein tulen, bersamaan dengan 1 hidangan ikan
  • RENDAH lemak supaya untuk dinikmati setiap hari
  • TIADA kolesterol untuk jantung yang lebih sihat.
  • RENDAH Indeks Glisemik, sesuai untuk pesakit kencing manis dan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan mereka.  
Glisemik Indeks ESP Shaklee
Indeks Glisemik dalam Protein Soya


2. Sumber asli

ESP diperbuat daripada kacang soya asli, iaitu BUKAN-GMO kacang soya yang melalui pengubahsuaian organisma secara genetik. ESP tidak mempunyai gluten, di mana ia selamat untuk orang yang sensitif terhadap gluten. Tiada perisa, pemanis dan pewarna tiruan, hanyalah rasa dan warna asli kacang soya. Akhir sekali, tiada pengawet kerana kacang soya asli yang terbaik tidak perlu pengawet.


3. Melangkaui organik

Shaklee telah menyaring lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan bendasing pada setiap ramuan botani yang baru, 3 kali lebih tinggi daripada piawaian Farmakopeia A.S., hanya untuk menghasilkan minuman soya yang selamat dan Melangkaui Organik. Ini adalah untuk memastikan kualiti dan potensi produk Shaklee kepada penggunanya.


4. Berkualiti tinggi

ESP hanya memberikan kualiti terbaik kacang soya dengan: memberikan kita 9 asid amino penting yang lengkap untuk fungsi tubuh yang optimum. ESP protein yang lebih sihat daripada protein haiwan kerana soya adalah berasaskan tumbuhan yang tidak mempunyai kolesterol dan rendah lemak. ESP juga dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti atau dalam bahasa Inggris Identity Preservation Program (IPP) yang memastikan kualiti dan keselamatan yang terbaik untuk memberikan nutrien dan kebaikan soya yang lengkap dalam setiap cawan yang kita minum setiap hari.


5. Pilihan yang berkhasiat

Membekalkan 500mg kalsium secara semula jadi di mana ia penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. ESP juga mengandungi 5 vitamin B penting secara semula jadi, memberikan tenaga yang berkekalan. Lydia ada cakap ESP sesuai untuk ibu mengandung kan? Inilah sebabnya. Lengkap untuk pebentukkan bayi yang lebih sihat.


6. Sesuai untuk semua jenis perut

Ada sesiapa di sini perut jenis yang tidak dapat menerima produk tenusu? Kalau ambil ja, perut terus meragam. Tidak perlu risau lagi sebab ESP bebas Laktosa dimana ia sesuai bagi mereka yang mempunyai intoleransi laktosa atau sensitif terhadap laktosa. Sangat mudah untuk dicerna, jadi kalau ada orang tua kita taknak makan, bagi mereka ESP. Orang yang Vegetarian juga boleh ambil kerana ia adalah pengganti terbaik protein dari daging. Bagi yang ada gastrik pula, ESP bersifat neutral jadi ia dapat melegakan perut kita.


7. Lazat!!

Rasa lemak, berkrim dan datang dengan perisa vanila semula jadi yang semua orang gemari. Boleh juga campur dengan juice atau air yang digemari, rasanya pasti menyelerakan dan sihat. 


Tidak perlu fikir panjang lagi. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolated Powder menepati semua kriteria untuk kita jadi lebih sihat. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ESP atau ingin mendapatkannya, boleh tekan gambar di bawah untuk hubungi saya melalui pautan Whatsapp saya.

Lydia Aramina

Boleh lihat: 


 

Continue Reading

Thursday, 2 December 2021

Keisitimewaan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee | Lydia Aramina

Keistimewaan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee


Pengambilan minyak ikan secara teratur memberi banyak manfaat kesihatan kepada badan kita dari melancarkan peredaran darah, peningkatan kesihatan minda sehingga menggalakkan kesihatan sendi. Adakah anda tahu apa yang masuk ke dalam minyak ikan yang anda makan? 

Apa yang saya nak kongsikan hari ini adalah mengenai perbezaan minyak ikan Shaklee iaitu Omega Guard dari minyak ikan jenama lain.


1. Omega Guard Shaklee membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen

Ini biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Spektrum lengkap omega-3 mengandungi bukan sahaja EPA dan DHA tetapi juga pelbagai jenis asid lemak omega-3 seperti ALA, SDA, ETA, HPA dan DPA, yang didapati dalam ikan segar tetapi tidak didapati dalam minyak ikan kerana proses pengendalian dan pengilangan yang kasar.

Setiap hidangan mengandungi kepekatan 1080mg Omega-3 (540mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Boleh lihat: Sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3


2. Proses penyulingan molekul sebanyak tiga kali untuk kualiti optimum minyak ikan.

Bagaimana proses penyulingan molekul berfungsi.


Penyulingan molekul digunakan bagi membersihkan minyak ikan untuk membuang pencemaran laut yang berbahaya dengan berkesan. Bagaimanapun, proses penyulingan molekul sekali sahaja tidak dapat mengeluarkan semua bahan pencemaran dan logam berat. Untuk memastikan minyak ikan tulen, pekat dan selamat digunakan, proses penyulingan molekul mesti dilakukan tiga kali.


3. Diiktiraf oleh Friend of the Sea® 

Logo Friend of the Sea
Organisasi ini membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar. Friend of the Sea atau dalam bahasa Malaysia Sahabat Laut adalah projek Pertubuhan Kelestarian Dunia untuk pensijilan dan promosi makanan laut dari perikanan lestari dan akuakultur lestari. Ini adalah satu-satunya skema pensijilan yang mempunyai logo yang sama untuk mengesahkan makanan laut liar dan ternakan.


Setelah mengetahui perbezaan Omega Guard, sekarang giliran anda sebagai pengguna untuk memilih Omega-3 yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. Saya pastinya akan memilih Omega Guard kerana bukan saja kualitinya dipelihara tetapi sangat selamat untuk badan kita. Kita ingin menggunakan badan kita dalam jangka masa yang lama jadi kena fikir-fikir baik apa yang kita nak masukkan dalam badan kita.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega 3 atau ingin mendapatkan Omega Guard, boleh hubungi saya di pautan Whatsapp dengan menekan gambar di bawah.

Lydia Aramina




Boleh lihat juga







Continue Reading

Tuesday, 23 November 2021

Inflamasi Punca Pelbagai Penyakit | Lydia Aramina

Inflamasi Punca Pelbagai Penyakit

Inflamasi mula berlaku apabila bahagian tubuh terasa panas, merah dan bengkak termasuk panas badan dan gusi bengkak, gejala yang dianggap biasa bagi rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa. Walau bagaimanapun, inflamasi yang berpanjangan memberi kesan kepada kesihatan, menyebabkan kecederaan yang tidak kelihatan di dalam tisu, saluran darah dan juga sendi anda.

Punca inflamasi berlaku disebabkan tidur yang tidak mencukupi, stress berpanjang, pengambilan makanan yang tinggi gula dan berlemak serta gaya hidup yang tidak sihat. Hal ini akan menyebabkan inflamasi berlaku terutamanya untuk jantung, otak dan sendi kita. 

Ada beberapa cara untuk mengurangkan inflamasi dalam badan. Salah satunya adalah dengan mengamalkan Omega-3 dalam pemakanan harian anda. 

Lihat penjelasan di bawah sekiranya Omega-3 cukup dalam badan kita.

1. Kejelasan Minda
Memperkuat hubungan antara sel otak dan pada masa yang sama menyokong penghasilan sel-sel otak baru, asid lemak omega-3 memastikan anda mempunyai memori yang lebih kuat dan tempoh fokus yang lebih panjang, mengurangkan kekerapan dan migrain yang teruk serta mengurangkan risiko Penyakit Alzheimer.

2. Jantung Kuat
Asid lemak Omega-3 mengurangkan inflamasi, memastikan saluran darah lebih sihat supaya anda akan mengalami tekanan darah yang sihat, degupan jantung yang sihat dan konsisten dan peredaran darah yang sihat serta kurang sesak dan sakit dada.

3. Sendi Fleksibel
Asid lemak Omega-3 membantu menyokong penghasilan pelincir sendi, mengurangkan inflamasi sendi supaya anda boleh menikmati sakit sendi yang kurang, pergerakan sendi yang selesa dan mengurangkan kejadian bengkak sendi.

Boleh lihat: Kepentingan Omega-3 untuk Kesihatan


Adakah pengambilan Omega-3 kita berkualiti atau tidak. Jom lihat rajah dibawah. 

Ciri-Ciri Omega-3 yang Berkualiti

Boleh lihat: Tips Memilih Minyak Ikan yang berkualiti 

Sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3


Bacaan C-Reactive Protein (CRP) dalam keputusan ujian darah anda menentukan tahap inflamasi badan anda. Bacaan lebih daripada 1.0mg / L menunjukkan paras inflamasi yang sederhana dan berisiko mengalami penyakit berkaitan inflamasi, maka halang inflamasi dengan asid lemak omega-3 sekarang.

Bacaan C-reactive protein


Khas untuk semua orang yang memerlukan, bulan November dan bulan Disember 2021 ini, saya ingin memberi promosi dengan pembelian 1 botol Omega Guard, anda akan mendapat Keahlian PERCUMA, Penghantaran PERCUMA untuk anda yang belum menjadi ahli Shaklee. Setiap ahli baru juga akan dimasukkan ke dalam group Eluna Rich untuk info Shaklee yang lain.

Omega Guard Murah


Dapatkan promosi istimewa ini dengan menekan gambar dibawah untuk pautan Whatsapp saya.
Continue Reading