Saturday, 1 May 2021

Pengalaman ambik Vaksin Pfizer Dos 1 & Dos 2 | Lydia Aramina


Ok sebelum Lydia teruskan dengan isi yang sepatutnya Lydia kongsikan, mesti ada yang tertanya2 kenapa Lydia boleh dapat dulu. Pastikan baca sampai habis ya.

Sebenarnya mummy masuk hospital pada Mac yang lalu, kira dia kena tahanlah dekat Hospital Umum Sarawak selama lebih dari 2 minggu juga. Lydia banyak teman dia waktu itu (bermalam juga), jadi pihak hospital suruh daftar vaksin untuk kurangkan penularan sebab Lydia keluar masuk dari hospital.


Pendekkan cerita, Lydia bukan dapat dari MySejahtera tapi dari hospital. Tapi korang daftarlah dekat MySejahtera tau kalau takda kes special macam Lydia.


Ok apa yang perlu kita sediakan sebelum pergi ke tempat pengvaksinan (1st dose & 2nd dose)


1. Battery HP kena full & pastikan aplikasi MySejahtera dah dimuatturunkan.

2. Bawa pen HITAM. Korang akan diminta untuk isi borang persetujuan.

3. Bawa Kad Pengenalan (Ini mana2 pun kena bawa)

4. Pastikan badan korang sihat semasa temujanji ini.

5. Tiada orang kurantin di rumah.


Kot2 ada yang tanya Lydia dapat vaksin apa. Lydia dapat si Pfizer.


Jadi temujanji pertama Lydia ialah 1 Mei 2021. Terpaksa cancel plan hiking waktu nie sebab lebih pentingkan vaksin haha. Bukan senang nak dapat, hiking boleh bila2 ja.


Sakit tak kena jarum itu?


Jawapan dari hati: TAK SAKIT LANGSUNG. Jarum dia sangat kecik & nurse yang buat tue pun professional. Jadi jangan takut k. Takda apa itu.


Ok kesan 1st dose Lydia dapat (kesan setiap orang tak sama ya):


1. Rasa pening sikit 15 minit pertama lepas itu ok dah. Sebab itu diaorg minta kita tunggu untuk tujuan pemerhatian takut ada effect yang teruk.

2. Ngantuk pada hari pertama & kedua. Ngantuk dia tak boleh bawa bincang langsung.

3. Sakit pada bahagian yang kena jarum selama 3 hari. Rasa lenguhlah.


2nd dose (24 Mei 2021), hampir sama dengan 1st dose cuma Lydia tak pening ja. Yang ngantuk tue memang xboleh bawa bincang haha.


Sepanjang ambik vaksin ini, daddy yang akan jadi driver kami, sebab rasa ngantuk tue kadang2 kacau fokus. Jadi sebaik2nya kalau ada orang drive, minta tolonglah diaorg.


Ok itu sahaja pengkongsian kali ini, semoga memberi manfaat kat semua orang untuk hari temujanji nanti. Terima kasih yang sudi membaca.


Selamat bervaksin semua😉

0 comments:

Post a Comment