Wednesday, 30 June 2021

Jana Income Online dari Rumah tanpa Modal | Lydia Aramina

Musim pandemik ini ramai yang terkesan. Ada yang hilang punca pendapatan dan diberhentikan kerja. Hari demi hari semakin banyak perniagaan di Malaysia gulung tikar lebih-lebih lagi perniagaan kecik.

Yang terbaru kafe tertua di Malaysia yang berusia 99 tahun, The Coliseum Cafe di Jalan Tar KL telah pun ditutup untuk selama-lamanya disebabkan terjejas daripada PKP 1.0 dan sampai sekarang. 

Bukan untuk menakutkan tetapi ini realiti yang harus kita terima bahawa Covid ini sangatlah memberi impak bukan sehaja kesihatan kita malah ekonomi negara kita juga.


Untuk perkongsian kali ini, Lydia nak kongsikan cara bagaimana anda boleh jana pendapatan pada musim pandemik ini dengan hanya dari rumah sahaja.

Antara yang boleh Lydia kongsikan adalah seperti berikut:-

1. Buat Dropship

2.. Jual Makanan Secara Online

3. Manfaatkan hobi

4. Business Online dengan Shaklee

Macam Lydia sendiri, Lydia buat dengan Business Shaklee secara online. Konsepnya lebih kurang seperti Dropship juga.


1. Sistem yang sangat teratur

Macam dalam team Lydia sekarang, upline/master kami ada sediakan sistem order online melalui Google Form. Selain itu Shaklee juga ada webiste untuk membuat pesanan. Jadi jika Lydia ada dapat tempahan dari pembeli, Lydia cuma perlu buat order sama ada melalui upline Lydia atau di website Shaklee sendiri. Urusan pembungkusan dan penghantaran mereka yang akan uruskan.

2. Mempunyai group support dari segi bahan marketing, ilmu business dan group aktif.


3. Sistem yang sangat mudah dan banyak melancarkan urusan Lydia. Semuanya dibuat secara online hanya dari rumah. Tambah lagi PKP ini tak boleh nak keluar selalukan. Kat sini kita tidak perlu risaukan hal penghantaran.


4. Modal rendah

Modal sangat rendah, anda hanya perlu membayar RM35 untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee. Anda tidak perlu modal untuk dapatkan stok kerana adanya sistem order melalui website Shaklee ataupun upline kami. 


5. Produk tak bermusim

Produk Shaklee tiada musim, orang sentiasa cari lebih-lebih lagi musim pandemik ini kerana orang nak sihat supaya tak mudah jatuh sakit memandangkan hospital penuh dengan pesakit covid, jadi kita kena sihat sentiasa. Pemintaan paling tinggi ialah supplement Vitamin C Shaklee untuk tingkatkan imun badan.


Bawah ini adalah anggaran bonus/komisen yang anda akan dapat, bermula dari 5% sehinggalah 21%. Belum lagi tambah dengan untung runcit. Bonus ini bergantung dengan sale setiap bulan. Setiap bulan pada 14hb, Shaklee akan bayar bonus ke akaun bank masing-masing. Mudahkan business Shaklee ini. 



Bagi yang berminat untuk menambah income waktu PKP ini bolehlah cuba. Ada banyak jenis business online tanpa modal di luar sana. Janji kita rajin dan bersungguh-sungguh nak buat. 

Untuk anda yang ingin mencuba business / dropship Shaklee, boleh terus hubungi Lydia ya. Lydia sedia membantu. Klik sahaja gambar di bawah untuk pautan Whatsapp. 











Continue Reading

Tuesday, 29 June 2021

Vitamin C untuk Kulit Muka Ibu Hamil Lebih Berseri | Lydia Aramina

Vitamin C penting untuk kedua-dua ibu hamil dan bayi. Dan biasanya ibu hamil dan bayi perlukan Vitamin C setiap hari kerana Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kolagen. Kolagen ialah protein struktur yang merupakan komponen tulang rawan, tendon tulang dan kulit. 

Sebab itu sebelum hamil dan sampailah melahirkan anak kena konsisten ambik Vitamin C. 

SEBELUM HAMIL 

Sebelum kita hamil, memang kita rajin untuk mengambil macam-macam khasiat, betul tak? Ada yang ambil polyphenols, zink, vitamin E, Gla Complex dan CoQ-Trol untuk tingkatkan kesuburan. 

Sebenarnya kita perlu tambahkan Vitamin C dalam meningkatkan kesuburan kita. Sebab untuk wanita yang TTC, Vitamin C membantu untuk improved ketebalan endometrium, bantu untuk kawal paras progesteron dan estrogen yang sihat. 

Kalau untuk lelaki, Vitamin C adalah jenis kuasa antioksidan yang kuat. Jadi Vitamin C dapat tingkatkan mutu air mani dan juga sperma di mana spermanya dalam keadaan sihat dan sempurna. Misal kata suami adalah seorang perokok, mereka ini lagi memerlukan Vitamin C unutk kurangkan kerosakan radikal bebas dari rokok terhadap sperma. 

SEMASA HAMIL

Jantung kita bekerja lebih keras untuk bekalkan nutrisi yang mencukupi untuk janin. Jadi pada waktu ini, badan kita akan tingkatkan volume darah sebanyak 30% sampai 50%. Oleh disebabkan peningkatan volume darah, waktu ini adalah sangat penting untuk ibu hamil tingkatkan pengambilan zat besi untuk sokong sel darah merah dan hemoglobin 

Sebab itu pentingnya ibu hamil untuk penyerapan zat besi dan sangat penting untuk mengelakkan anemia untuk si ibu. Sebab itu ibu hamil sangat digalakkan untuk mengambil vitamin C bersema makanan ataupun supplement multivitamin yang mengandungi zat besi.   

Dan yang paling lazim, apabila kita makan daging, ikan atau ayam, memang digalakkan meminum segelas oren jus untuk membantu penyerapan zat besi. 

Semasa hamil, apabila badan cukup vitamin C juga bantu untuk mengelakkan risiko kelahiran pramatang. Biasanya ibu hamil 5 bulan, apabila tulang rawan perlahan-lahan terbentuk jadi tulang, waktu inilah penting untuk mengambil vitamin C supaya dapat bantu penyerapan zat besi, kuatkan sistem imun dan juga menghasilkan kolagen yang merupakan sebahagian saluran darah. 

Apabila dah masuk 7 bulan, waktu ini vitamin C juga sangat diperlukan untuk menyokong kesihatan kulit ibu dan bayi. Vitamin C juga dapat tingakkan penghasilan sel imun, kuatkan sistem imun ibu untuk melawan penyakit. 

Bagi sesetengah wanita, mabuk hamil boleh berlaku sepanjang hari. Apabila digabungkan dengan vitamin K, vitamin C membantu melegakan rasa mual dan muntah. Pilih vitamin C yang memberi rasa masam sedikit untuk melegakan mabuk hamil.

Vitamin C merupakan vitamin yang mampu melakukan pelbagai perkara. Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan, perkembangan dan membaiki sel tisu badan. Dan vitamin melibatkan fungsi badan yang lain seperti untuk menghasilkan kolagen dan juga untuk penyelenggaraan tulan rawan, jadi sangat bagus untuk sendi dan gusi kita. 

Apa pula kaitan vitamin C dengan kulit cantik berseri? 

Vitamin C adalah vitamin cantik di mana mempunyai antioksidan yang melindungi kulit daripada sunburn. Vitamin C ini umpama sunblock yang berfungsi dari dalam dan mampu melawan radikal bebas untuk kurangkan tanda-tanda penuaan. 

Vitamin C berupaya melindungi kulit dari kemusnahan UV. Hal ini akan membuatkan kulit kita lebih cerah dan berseri. 

Vitamin C memainkan peranan yang penting untuk penghasilan kolagen. Apabila badan kita cukup kolagen, kita akan nampak kulit kita kurang berkedut dan tompok penuaan serta memberikan tona warna kulit yang sekata.

Jika kulit yang berjerawat atau ada parut/luka yang sedang sembuh sangat digalakkan untuk mengambil vitamin C. 

Oleh itu, vitamin C penting untuk ibu hamil untuk kesihatan menyeluruh & juga kesihatan kulit supaya sentiasa berseri-seri.

Lydia ingin berkongsikan vitamin C yang terbaik untuk anda iaitu Sustained Release Vita-C Plus™.




Itu saja coretan Lydia kali ini. Ibu hamil pun kenalah cantik dan paling penting sihat. Elakkan gula putih juga. Ambillah supplemen yang benar-benar berkualiti.

Di farmasi kebanyakannya yang sintetik. Elakkan sintetik. Pilih supplement yang semulajadi. Macam vitamin Shaklee bukan sahaja semulajadi tetapi juga MELANGKAUI ORGANIK lagi.


Lihat juga:






Continue Reading

Monday, 28 June 2021

Bagaimana Mengatasi Masalah Rejection Part I | Lydia Aramina


Adakah anda masih ingat waktu terakhir yang anda rasa ditolak?

Adakah lelaki/wanita yang tidak pernah membalas panggilan telefon anda?

Atau seorang ayah yang tidak pernah kembali ke rumah?

Adakah majikan yang mengabaikan anda untuk kenaikan pangkat atau gaji? 

Atau mungkin seseorang yang di dalam hidup anda yang tidak pernah menganggap anda cukup baik, tidak kira apa yang anda lakukan untuk menarik perhatian mereka.

Kita semua tahu penolakan itu menyakitkan, seperti menusuk ke dalam hati kita. Ia membuatkan kita berasa tidak cukup baik. Ia menyebabkan kita mempersoalkan diri kita dan meragui masa depan kita.

Saya ingin mengatakan kepada anda semua bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang harus kita takuti.

Penolakan bukan sesuatu yang membuatkan kita berasa ingin berputus asa, tertekan atau bekerja lebih masa untuk membuktikan kepada dunia bahawa kita adalah seseorang yang patut dibanggakan dan diberi perhatian.

Sebaliknya, penolakan adalah rakan kita dan bukanlah musuh kita.

Saya akan berkongsi dua cara agar kita dapat melihat penolakan untuk memanfaatkan saat-saat itu dan menjadi kesakitan yang kita alami selama ini sebagai pemangkin semangat terbesar bagi kejayaan kita dan bukti nilai dan keunikan kita.

Untuk entri kali ini saya kongsikan point yang pertama sebab agak panjang penjelasannya. 

Ok.

1. Kita melihat penolakan sebagai projection. Psychological projection

Psychological projection adalah ketika seseorang secara tidak sedar menggunakan perasaan atau emosi yang tidak diingini kepada orang lain untuk mengakui atau menangani perasaan sendiri. 

Apabila kita dapat melihat bagaimana penolakan yang kita alami mungkin lebih berkaitan dengan masalah orang lain dan bukan nilai kita sendiri, hidup kita akan berubah. 

Daridapa kita kecik hati dimana perasaan ini akan membuat kita berputus asa atau kita play safe, baik kita menerima penolakan tersebut. Percayalah kita akan lebih maju dalam kehidupan dengan penuh keyakinan dan harga diri yang tinggi. 

Saya bagi satu situasi di sini supaya anda boleh faham dengan apa yang nak sampaikan. 

Ali seorang pelajar yang sangat cemerlang baik dalam kokurikulum mahupun korikulum dan sangat ramah dengan orang lain. Dia berkawan dengan semua orang. Kekurangan dia cumalah dia datang dari keluarga yang miskin. 

Satu hari dia nampak rakan sekelas dia berkumpul sambil ketawa terbahak-bahak, dia pergilah tanya ceita apa yang melucukan. Rakan-rakannya terdiam. Dia tanya lagi sekali, dan salah seorang rakannya menjawab bahawa dia yang melucukan kerana berusaha untuk jadi seperti orang lain agar disukai. 

Apa yang Ali rasakan waktu itu adalah malu dan rejection. Dia membirakan penolakan itu merosakkan keyakinan dan harga diri dia. Daripada meraikan keunikan dia sendiri, Ali mengubah diri dia supaya dirinya diterima oleh rakannya. 

Ali mula ponteng sekolah, menjual dadah dan membuat keputusan yang salah kerana dia ingin mendapat persetujuaan dan penerimaan daripada rakannya. Dan anda tahu apa terjadi? Ianya berhasil.

Mereka menerima Ali tetapi jauh di dalam hati Ali, dia tahu bukan dia yang mereka terima tetapi dirinya yang berpura-pura. Dan semakin mereka menerima Ali yang baru ini, semakin sukar Ali menerima penolakan yang dia rasa sebelum ini. 

Ali tidak faham bahawa penolakan itu adalah projected. Projected of someones's own fears and insecurities onto another person. Pelajar yang mengejek dia sebenarnya merasa diri mereka insecure. Mereka tidak yakin dengan diri mereka sendiri, mereka takut untuk melakukan perkara di luar yang difikir oleh rakan sebaya mereka. 

Dan kerana mereka tidak tahu bagaimana menjadi diri mereka yang unik, mereka gunakan perasaan itu kepada Ali untuk mempertahankan maruah mereka dengan mengejek dan membuat jenaka. 

Kerana kadang-kadang, bercakap buruk tentang orang lain membuat kita merasa lebih baik dan lega. Sekiranya kita dapat melihat penolakan itu sebagai projection, kita tidak akan menganggap jenaka itu secara peribadi. 

Kita tidak akan membuang masa dalam hidup untuk berusaha mendapatkan persetujuan dan penerimaan orang lain. Kita akan tetap setia pada pendirian diri kita. 

Dan saya percaya bahawa menangani penolokan dengan betul adalah komponen penting untuk mengurangkan peningkatan anxiety, kemurungan dan kadar bunuh diri di negara dan di dunia. 

Satu kajian dari "Oxford Handbook of Social Exclusions" menyatakan bahawa penolakan adalah penyabab kemurungan. 

Adakah anda pernah merasa kecewa setelah ditolak?

Mungkin rakan sekerja anda mengajak semua pekerja lain pergi keluar minum selepas habis waktu kerja kecuali anda. Atau orang yang tidak berminat untuk melaburkan wang dan masa mereka ke dalam visi dan impian anda?  

Perkara ini menyebabkan kita tidak suka dengan diri kita, cepat putus asa, makan mengikut emosi serta nafsu dan menonton Netflix tanpa cuba untuk memperbaiki diri sendiri. 

Saya belajar satu hal bahawa kita tidak perlu membiarkan penolakan membuat kita melakukan kerja gila. Kita dapat memanfaatkan saat penolakan itu untuk menghasilkan keyakinan dan kejayaan kita. 

Saya dah buat hal ini. Apabila kita menerima penolakan tersebut, kita dapat melihat perubahan dalam diri kita. Perubahan yang ke arah yang lebih baik. 

Jangan down lama-lama, nanti kita akan menyesal nanti. 

Part II akan menyusul kemudian. Jangan lupa untuk follow dan share. Mana tau ada orang diluar sana memerlukan. 

Terima kasih semua kerana sudi membaca sampai habis. 

Lihat untuk part II

Continue Reading

Sunday, 27 June 2021

Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee | Lydia Aramina

"Macam mana jadi ahli?"

"Macam mana nak buat business Shaklee?"

Selalu dapat soalan ini jadi untuk entri kali ini Lydia kongsikan bagaimana anda boleh jadi ahli. 

Ada dua cara untuk menjadi ahli:

1. Pendaftaran ahli RM35 sahaja. 

Anda boleh daftar di sini (klik ini ya)

2. Pendaftaran ahli PERCUMA. Pembelian barangan Shaklee bernilai RM380 ke atas, anda akan dapat free membership.

Untuk melihat pakej ahli, anda boleh klik di sini untuk keterangan lanjut.


Apa yang perlu anda tahu?

Q: Saya tak ada modal yang besar, boleh ke saya join business Shaklee?

Sebenarnya business Shaklee tidak memerlukan modal pun sebab business ini macam buat dropship juga. Anda cari pelangan, pelangan bayar dan anda akan proceed order di Website Shaklee atau dari direct upline anda. Shaklee akan bantu anda membuat pengeposan terus ke pelangan anda.


Q: Saya nak jadi ahli untuk makan sendiri sahaja, tak nak business boleh ke?

Keahlian Shaklee adalah terbuka samada anda nak berbusiness atau tak nak. Pilihan di tangan anda. Ramai yang join ahli sebab nak beli produk Shaklee dengan harga lebih murah. 


Q: Berapa jualan/belian perlu saya buat setiap bulan?

Tiada ketetapan kepada ahli biasa kecuali pabila anda sudah menjadi seorang pemimpin perniagaan Shaklee. Tiada jumlah minimun kecuali anda memang nak cash bonus yang gemuk. Buat lebih, dapat lebih.


Q: Berapa keuntungan saya boleh dapat setiap bulan?

Cash bonus Shaklee bermula dari 5% sehinggalah 21% bergantung kepada jualan/belian anda pada bulan tersebut. Minimum 150 points atau RM510 jualan/belian untuk layak mendapat cash bonus. Anda juga dapat untung runcit sebanyak 25% daripada jualan anda.


Q: Saya baru pertama kali nak join business ini, tak ada apa2 ilmu business lagi boleh ke?

Boleh saja, Lydia akan guide sampai anda pandai bergerak sendiri. Group support pun 24/7 ada. Bernaung di bawah team besar iaitu S2U, bimbingan Master Firdhaus dan Master Iffah Anuar. Ramai leader2 yang hebat juga, jadi anda tidak keseorangan.


Q: Ok faham, jadi dengan siapa saya boleh daftar jadi ahli?

Anda boleh berdaftar dengan Lydia. Lydia boleh bantu anda daftar keahlian di website Shaklee, anda cuma perlu bagi maklumat penting bersertakan yuran ahli. Atau anda boleh daftar sendiri di link ini. Anda cuma perlu klik sahaja. 

Sekian sahaja coretan Lydia kali ini. Moga memberi manfaat kepada anda. Untuk sebarang pertanyaan, jangan malu jangan segan untuk hubungi Lydia ya. Malu bertanya nanti sesat jalan. 

Klik di sini untuk hubungi saya melalui whatsapp.

Boleh lihat:

Kelebihan menjadi seorang Ahli Shaklee, anda boleh baca di sini untuk keterangan lanjut.


Continue Reading

Saturday, 26 June 2021

Order Produk Shaklee Secara Online | Lydia Aramina

Jika anda seorang ahli Shaklee, pastinya anda ingin membuat pembelian produk Shaklee secara atas talian atau online terutamanya jika anda seorang perniga produk Shaklee. 

Kali ini Lydia kongsikan cara bagaimana untuk membuat pembelian produk Shaklee secara online. Lydia akan sertakan dengan sebuah video ringkas di bawah ini. 


 Tetapi jangan risau bagi tidak berapa faham, Lydia akan jelaskan mengikut setiap slide gambar. 

Langkah pertama ialah anda pergi ke laman web Shaklee iaitu shaklee.com.my

Jika anda seorang ahli Shaklee, anda cuma perlu masukan SHAKLEE ID dan PASSWORD anda kemudian klik LOGIN. 
Jika belum daftar menjadi seorang ahli, anda boleh klik di sini untuk terus mendaftar sebagai seorang ahli Shaklee

Setelah anda berjaya memasuki laman web Shaklee, anda akan melihat page seperti di atas. Anda boleh menukar bahasa mengikut kefahaman anda di bahagian atas bucu kiri, ada bahasa inggeris, bahasa malaysia dan bahasa mandarin. 

Bahagian ini juga anda dapat melihat UNIT VALUE, PURCHASE VALUE dan jumlah BONUS yang anda dapat setiap bulan. Untuk mendapat bonus, anda hanya perlu mengumpul 150UV dan ke atas untuk melayakkan anda mendapat bonus setiap bulan. 

Untuk bahagian pembelian produk, klik SHOP atau BELI-BELAH di bahagian menu. 

Setelah anda klik bahagian SHOP atau BELI-BELAH, ia akan keluar subpages seperti di atas. Ada banyak pilihan. Jika anda ingin mencari supplement, anda klik bahagian HIDUP LEBIH SIHAT atau LIVE HEALTHIER. 

Anda akan melihat banyak gambar supplement keluar. Tekan gambar supplement yang anda berminat untuk mengetahui produk tersebut dengan lebih lanjut. 

Contoh anda berminat dengan B-complex. Anda boleh baca gambaran keseluruhan produk tersebut, apa keistimewaan Shaklee dan sebagainya. Sekiranya anda ingin membeli, anda cuma perlu klik ADD TO CART.

Di sini anda akan melihat anda 3 butang. LIHAT TROLI adalah anda boleh membeli jumlah keseluruhan pembelian, BAYAR SEKARANG untuk pembayaran terus (boleh lihat gambar seterusnya) dan TERUS MEMBELI-BELAH untuk melihat produk lain.

Seperti mana yang saya terangkan di gambar tadi, ini adalah gambaran yang anda akan lihat jika menekan butang yang anda pilih tadi.

Butang BAYAR SEKARANG, bahagian ini anda boleh memilih cara pembayaran samada dengan kredit/debit kad atau FPX (online transfer). Bahagian ini juga anda boleh menukar alamat penerima yang baru.

Butang LIHAT TROLI pula, bahagian ini akan melihat jumlah keseluruhan pembelian. Pembelian RM300 ke atas anda akan mendapat penghantaran PERCUMA. Jika pembelian bawah RM300, RM10 akan dicaj. Shaklee menggunakan khidmat penghantaran Gdex.  

Bahagian LIHAT TROLI juga, anda boleh menukar alamat penerima. Anda cuma perlu tekab EDIT dan isi maklumat penerima yang baru. Jangan lupa untuk tekan butang SAVE setelah selesai menukar maklumat penerima.

Setelah anda berjaya membuat pembayaran, pihak Shaklee akan menghantar SMS dan EMAIL sebagai bukti pembelian anda telah berjaya dilakukan. Shaklee selalunya akan packing barang kita sehari selepas pembelian. 

Untuk melihat status pembelian anda, anda boleh pergi ke MY ACCOUNT atau AKAUN SAYA (bahagian bucu atas sebelah kanan) dan pilih ORDER HISTORY atau SEJARAH PEMBAYARAN.

Sekian sahaja daripada saya kali ini, sekiranya anda anda pertanyaan, 


Terima kasih.



Continue Reading

Set Cantik Shaklee Untuk Masalah Jerawat | Lydia Aramina

Sebelum ini Lydia pernah kongsikan apa yang perlu kita makan untuk kulit yang sihat. Jika anda belum baca lagi, anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan yang perlu dielakkan jika mengalami masalah jerawat terlalu lama.

Untuk entri kali ini, Lydia akan kongsikan supplement Shaklee untuk masalah kulit terutamanya jerawat.

Sebelum itu, ada dua sebab kenapa jerawat berlaku.

1. Hormon tidak seimbang

2. Inflamasi atau keradangan

Untuk mengatasi masalah ini, anda kena ambik ambik makanan yang sihat untuk kulit anda. 

Makanan atau Supplement yang perlu anda amalkan adalah:-

1. Vitamin C Plus

Vitamin C adalah vitamin larut air yang mempunyai pelbagai fungsi terhadap badan, dan fungsi utamanya adalah sebagai antioksida.  Memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.

Ia juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh anda. 

Keisitimewaa Vitamin C Shaklee ialah ia mempunyai teknologi sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam

2. Carotomax (Vitamin A)

Carotomax mengandungi antioksida larut lemak yang dikenali sebagai karotenoid yang memberikan perlindungan antioksida yang tinggi untuk menggalakkan sel-sel yang lebih sihat dari dalam untuk kesihatan yang lebih baik, termasuk kulit anda.

3. Omega Guard (Omega-3)

EPA dalam Omega-3 membantu menghalang pengeluaran enzim yang disebabkan UV yang merosakkan kolagen dalam kulit kita, punca kepada garis-garis halus dan kulit kendur. 

Omega-3 membantu mengatasi masalah inflamasi atau keradangan pada kulit. Omega-3 bersifat anti radang, oleh itu ia membantu mengatasi dan memperbaiki masalah kulit seperti psoriasis, ekzema dan jerawat yang teruk.

4. ESP (Protein)

ESP mempunyai index Glisemik yang sangat rendah dan diperbuat daripada: kacang soya asli, BUKAN-GMO kacang soya yang melalui pengubahsuaian organisma secara genetik. Lebih sihat daripada protein haiwan kerana soya adalah berasaskan tumbuhan yang tidak mempunyai kolesterol dan rendah lemak. Sesuai untuk mereka yang mempunyai intoleransi laktosa atau sensitif terhadap laktosa. Tiada gluten, selamat untuk anda yang sensitif terhadap gluten. 

Protein untuk membina kulit yang sihat. ESP menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat. Dalam ESP juga mempunyai isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit. ESP membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen. 

5. Zink 

Lapisan luar kulit anda mempunyai lima kali lebih banyak zink daripada lapisan lain. Bertindak sebagai antioksida, zink membantu mencegah kerosakan serius yang berpunca daripada sinaran UV dan bahan asing lain.

Zink membantu dalam penyembuhan luka dan penghasilan semula kulit yang lebih sihat. Zink mengandungi sifat anti-radang untuk melegakan kulit dan mencegah jerawat. Zink membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang anjal dan tegang.

Testimoni Set Cantik Shaklee





Mereka ini adalah pengamal Shaklee yang tegar. Ingin Lydia ingatkan setiap orang mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk mendapat kulit yang sihat. Percaya pada proses dan konsisten dan paling penting sabar, pasti kulit anda akan beransur pulih. 

Pengalaman Lydia sendiri mengambil masa 4 tahun untuk dapat kulit yang sangat bersih. Boleh baca cerita Lydia My Skin Journey with Shaklee.

Itu sahaja coretan Lydia pada kali ini. Moga memberi manfaat dengan kita semua. 

Terima kasih dan selamat berhujung minggu. 

Lihat Juga:






Continue Reading

Friday, 25 June 2021

Elakkan Makanan ini Untuk Jerawat! Singkirkan Jerawat Hormon secara Semulajadi | Lydia Aramina


Lydia faham sangat-sangat betapa stress dan kecewa nya kita apabila kita meluangkan masa, tenaga dan terutamanya wang kita, mengharapkan satu produk itu boleh membuatkan kulit muka kita kembali flawless. 

Tetapi anda juga mungkin merasakan produk-produk penjagaan kulit ini bukan faktor utama kenapa kulit kita masih tiada perubahan. 

Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah berhenti menyalahi produk-produk penjagaan kulit di pasaran dan kita lihat pada diri kita, apa yang kita makan. 

Ok sebelum itu apa yang menyebabkan jerawat tidak pandai surut? 

Ada dua sebab utama kenapa jerawat kita tak pandai hilang.

1. Hormon tidak seimbang

2. Inflamasi atau berlakunya keradangan

Anda kena faham konsep jerawat ini berlaku macam mana. Jadi Lydia terangkan sedikit ya. Boleh rujuk gambar di bawah ini.


Secara ringkasnya, apabila tahap gula dalam darah kita naik, badan kita akan menghasilkan insulin untuk mengawalnya tetapi apabila insulin dihasilkan, ini menyebabkan tahap hormon kita terganggu dan mengepam sejenis hormon iaitu hormon androgen. 

Hormon androgen merangsang pengeluaran yang sekata dan menjadikan sebum kita menjadi lebih pekat. Hal ini akan menyebabkan liang pori kita tersumbat. Oleh itu, terjadilah jerawat. 

Apa yang berlaku pada kulit kita adalah keradangan. Jadi apa yang boleh kita lakukan adalah elakkan diri dari makanan yang boleh mengganggu keseimbangan hormon kita dan seterusnya menyebabkan berlakunya keradangan. 

Antara makanan yang harus anda elakkan ialah:

1. Gula 

Seperti mana yang Lydia terangkan awal-awal tadi, gula boleh meransangkan tahap gula dalam darah naik. Tidak dinafikan bahawa kulit kita akan bersih jika kita kurangkan atau tidak mengambil gula terus. 

2. Makanan tenusu (Dairy)

Secara umumnya, makanan tenusu adalah sumber semulajadi gula. Susu lembu mempunyai hormon pertumbuhan dan bahan keradangan yang boleh melekat di sel kulit anda. Hal ini akan menyebabkan liang pori anda mengecil terutamanya jika anda seorang lactose intolerant. 

Jangan paksa badan anda untuk mengambil makanan tenusu kerana ini adalah faktor jerawat tumbuh. Anda boleh gantikan susu lembu (haiwan) dengan susu berasaskan tumbuhan dan kekacang. 

3. Makanan glisemik tinggi

Makanan glisemik tinggi pada dasarnya adalah makanan yang dapat terhurai dengan cepat dan menyebabkan peningkatan kadar gula dalam badan. Anda mungkin pernah dengar karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik. 

Karbohidrat tidak baik biasanya glisemik tinggi seperti roti putih, beras putih, bijirin, kerepek kentang dan sebagainya. Anda menukarkannya kepada karbohidrat baik seperti makanan bijirin penuh, beras perang, oatmeal dan sebagainya.

Apa yang perlu kita makan untuk kulit yang lebih sihat.

1. Vitamin A

Banyak fasa jerawat didapati mempunyai Vitamin A tahap sangat rendah dalam darah. Itu sebabnya banyak produk untuk jerawat mempunyai bahan Vitamin A tetapi ini juga banyak mendatangkan kesan sampingan. 

Jadi Lydia rekemen anda untuk mengambil Vitamin A dari makanan harian ataupun supplement. Vitamin A boleh mengawal pengeluaran sebum dan menghapuskan apa yang tidak baik dalam kulit kita. Vitamin A juga boleh meransangkan tahap kolagen dalam kulit kita dan lindungi kulit kita. 

Contoh makanan yang kaya dengan Vitamin A ialah lobak merah, brocoli dan ubi keledek, makanan ini sangat baik untuk kulit kita. 

2. Omega-3 Fatty Acids

Lydia suka sangat dengan Omega-3. Omega-3 mampu mengurangkan kerandangan dalam badan kita. Contoh makanan yang kaya dengan Omega-3 ialah flaxseeds, chia seed, walnut, ikan salmon dan sebagainya.

3. Zinc

Zinc merupakan nutrisi mikro yang jarang orang ambil perhatian tapi bila Lydia mula amalkan supplement zinc dalam rutin harian, Lydia mula melihat perubahan pada kulit Lydia di mana kulit Lydia jarang dah meragam. 

Zinc sangat elok untuk mengurangkan ance pea, sejenis jerawat yang menyebabkan penyebaran bakteria.

4. Makanan yang kaya antioksida

Makan buah-buahan yang kaya dengan antioksida seperti buah beri, sayur kailan, dan minum tea hijau setiap hari. Anda akan mendapat manfaat dari antioksida kerana ia akan membuat kulit anda sihat dan melindungi kulit kita daripada radikal bebas yang menyebabkan kulit kita rosak.

5. Probiotics

Probiotik boleh membantu untuk meningkatkan penyerapan vitamin yang kita makan setiap hari. Jadi ini sangat penting dan kita boleh mendapatkan ini daripada makanan yang dijeruk seperti acar, kimchi, jeruk buah dan sebagainya. 

Kesimpulan yang boleh Lydia buat ialah dengan mengurangkan makanan tertentu dan lebihkan makanan yang lebih banyak nutrien padat dan makanan sebenar dalam diet anda akan membantu untuk memberikan kulit yang sangat sihat. 

Lydia kongsikan ini dari pengalaman Lydia sendiri. Lydia percaya dengan makanan yang sihat dapat membantu kulit kita sihat. Dan Lydia rasa kita perlu lebih menyayangi badan kita kerana pada dasarnya kita yang menyuburkan badan kita dengan makanan yang kita ambil setiap hari. 

Dan Lydia nak sayang diri Lydia dan badan Lydia. Untuk melakukan ini, Lydia kena bagi diri Lydia makanan yang sihat untuk badan Lydia. We are what we eat.

Tetapi, sebelum itu kita kena ubah mindset kita. 

Lydia taknak apabila anda dah baca apa yang Lydia kongsikan ini, anda melarang atau pantang diri anda daripada mengambil makanan yang anda suka terus. Ubah runti anda perlahan-lahan kerana untuk kulit yang sihat, ia mengambil masa yang sangat lama untuk pulih.

Apabila anda lebih menyayangi badan anda, anda akan mula memilih cara hidup yang lebih baik dengan mengambil pemakanan yang lebih sihat.

Ini sahaja pekongsian Lydia kali ini. Terima kasih semua kerana sudi membaca.

Continue Reading

Tuesday, 22 June 2021

Kenapa Saya Perlu Memilih Perniagaan Shaklee? | Lydia Aramina

Seperti tajuk di atas, kenapa perlu memilih untuk buat perniagaan Shaklee. Selalu orang ajak-ajak ja tapi tak tau apa sebenarnya yang Shaklee boleh bagikan. Haa korang kena baca entry kali ini sampai habis sebab sangat berbaloi. Agak panjang tapi saya harap anda boleh faham dengan apa yang nak disampaikan. 

Selamat membaca.


1) Produk yang berkualiti 

Kekuatan Perniagaan Shaklee ini adalah pada produk yang beri Shaklee effect. Apabila pelanggan dapat effect, mereka akan repeat order. 

Sebuah perniagaan, jika produk yang dikeluarkan tidak kuat, produk itu tidak akan bertahan lama. Contohnya nama-nama produk popular atau viral dahulu, sekarang dah tak dengar dah. Bila produk ini tak beri effect yang baik pada pelanggan, jadi pelanggan tak repeat order.

Produk tidak bertahan lama di pasaran. Founder perlu mengeluarkan produk baru pula untuk dapat jualan. Selepas tamat tempoh "viral" mereka akan keluar balik produk lain. Sebab itu kita dengar nama produk viral ni sekejap saja. Viral kerana mereka bergantung pada viral dan hype marketing untuk lariskan.

Tetapi dalam Shaklee ada produk sampai berusia 104 tahun. Banyakkan selama 104 tahun orang tetap beli Vitalea. Shaklee tak tukar produk Vitalea sebab produk ini bagus dan beri kesan. Jadi orang teruskan membeli Vitalea selama 104 tahun. Kalau tak berkesan, produk ini tak wujud lagi dah sekarang.

Setiap satu bahan Shaklee ini akan diuji sebanyak 350 jenis ujian kualiti. Dan setiap tahun Shaklee peruntukkan 200 millions USD untuk quality test ini supaya menjamin keberkesanan serta keselamatan produk Shaklee.

Tiada produk lain boleh lawan benda ini. Jadi perniagaan dengan produk yang popular, permintaan tinggi dan berkualiti ini buat kita mudah nak berniaga.


2) Perniagaan Shaklee beri komisyen yang lumayan

Perinagaan Shaklee ini macam dropshipper tetapi tidaklah sama sangat. Dropshipper ini tidak perlu simpan stok. Macam Shaklee juga. Apabila customer order, customer bayar. Kita guna payment dari customer untuk order di website. Shaklee akan pos. 

Apa yang membezakannya ialah kalau dengan Shaklee, 1 barang kita jual, kita dapat untung runcit RM15-RM20. Tapi kita hidup dengan komisyen sebab komisyen Shaklee yang lebih besar dan cepat grow. Komisyen Shaklee boleh dapat dari 5% sehingga 21% dan sehingga maxima 42%.

Contohnya kita ada duit RM4000, kita simpan dalam bank yang bayar dividen 21%. Kita dapat banyak RM840. Untung runcit RM600 dan komisyen RM840. Total dapat RM1440.

Contoh ESP 1 tong RM150 kita jual 27 tong. 

Total sale RM4050. Untung runcit 1 ESP RM21. 

Kalau 27 tong dapat RM567. 

Sale RM3483. 

Komisyen RM383.18. 

RM383.18 + RM567 = RM950.18 

Ini baru 11%. 

Belum lagi 21%. Kalau 21% anggaran bonus RM2200. Untung runcit RM2000. So boleh dapat RM4200.

Berbeza dengan dropshipper, sistem dropshipper ini tidak boleh berkembang menjadi jualan beratus ribu ataupun sejuta. Di Shaklee boleh. Dari kita seorang berniaga, kita boleh bina sampai ada beribu orang dalam team kita dan menjana 1 juta jualan sebulan.

Kalau sistem ejen pula, diorang kena beli dalam suatu kuantiti minimum supaya dapat harga murah. Kemudian diorang boleh tolak pada dropshipper atau customer dengan harga lebih tinggi untuk dapat untung runcit.

Berbeza dengan Shaklee, kita tak perlu ada minima purchase. Even order 1 barang dapat harga ahli yang fix untuk semua ahli tak kira apa level pun.

Yang ketiga adalah stokis. Stokis perlu beli barang dan keluarkan upfront modal. Masih hidup dengan untung runcit. Boleh bandingkan dengan beberapa syarikat terkenal yang lain. Contohnya insurans.


3) Shaklee offer trip setiap tahun. Anda boleh pilih nak pergi umrah setiap tahun, umrah vvip atau nak pergi trip international yang Shaklee tetapkan

Korang boleh bawa ahli keluarga bersama untuk trip Shaklee ini asal menepati kelayakkan yang ditetapkan. Kalau company lain, hanya anda saja dapat travel, tapi Shaklee bagi anda travel satu keluarga. Kita boleh kumpul point dan dapat tiket untuk mak, ayah, mentua, suami dan anak-anak. Jadilah percutian satu keluarga yang ditanggung mewah 100% oleh Shaklee sendiri.

Shaklee bukan dimiliki oleh orang Muslim, tetapi setiap tahun Shaklee hantar berpuluh-puluh orang Islam pergi umrah. Ada tak syarikat di Malaysia sponsor orang pergi umrah setiap tahun? Tak banyakkan? Tapi Shaklee adalah salah satu syarikat yang menawarkan trip ini untuk penggunannya.


4) Miliki perniagaan sendiri

Sebenarnya kita tak perlu menjadi seorang founder di mana perlu keluarkan produk kita untuk jadi business owner. Di Shaklee, kita adalah business owner walaupun kita jual produk orang. 

Kalau kita jadi founder, kita keluarkan produk dan spend beratus ribu untuk R&D. Dan masih juga produk kita tak hebat pun. Shaklee spend total hundred of millions USD untuk R&D satu-satu produk dan diikuti kajian Klinikal untuk buktikan produk kita berkualiti, berkesan dan selamat digunakan.

Seorang founder akan buka peluang pada ejen. Jadi ejen join founder dan founder train. Sama juga dengan Shaklee, anda buka peluang untuk orang join bisnes anda dan anda daftar bawah id anda. ID anda adalah bisnes anda. Bisnes yang anda miliki sendiri.

Perbezaannya ialah anda tak perlu fikir R&D atau berapa duit nak invest pada produk. Anda dapat produk yang memang selamat dan berkualiti tinggi. Yang mudah nak jual serta dapat repeat order. Anda hanya fokus marketing saja dan train team anda.


5) Perniagaan Shaklee boleh diwarisi

Kalau anda jadi ejen syarikat mana-mana, anda ada ramai ejen bawah anda. Anda train mereka. Katalah sebulan team anda buat sales RM300,000 dan income anda sebulan RM30,000. Tiba-tiba anda meninggal dunia.

Agak-agak ejen anda akan stay dengan anda? Anda sudah tiada nak beli stok dan jual pada mereka. Jadi mereka pun move on sebab mereka tidak terikat dengan anda. Dan bisnes anda bukan auto mode. Jadi income anda sebulan yang anda bina selama bertahun-tahun ini, lesap dengan kematian anda. Penat.

Tapi Shaklee, anda daftar pengedar bawah anda. Dan mereka beli barang dari Shaklee bukan dari anda. jadi mereka bina bisnes sendiri. Mereka recruit sendiri. Mereka tidak perlukan anda pun. 

Contohnya anda dah train team anda dan anda buat sale sebulan RM300,000, bonus anda RM30,000 sebulan. Tiba-tiba anda meninggal dunia. Distributors anda apa jadi?

Mereka lari ke? Tidakk!

Mereka continue sebab mereka tidak perlukan anda. Mereka place order in website dan mereka continue dengan bisnes mereka sebab mereka memang own bisnes mereka melalui anda dan company.

Jadi meraka akan terus dapat uv dan sales walaupun anda sudah tiada. Anda punya income sebulan contohnya RM30,000 akan pergi kepada anak anda, kalau tak ada anak lagi, ibu-bapa yang dapat. Jadi segala usaha anda selama hidup ini berbaloi.

Sebab anda usaha sepanjang anda hidup tapi anda untung lebih panjang dari usia anda. Sebab anak-anak, cucu cicit anda akan makan hasil usaha anda. Jadi berbaloi bisnes macam ini.


6) Bisnes Networking adalah bisnes yang cepat berkembang tanpa modal pun.

Warren Buffet pun ada company MLM. Even bila tanya Bill Gates apa bidang bisnes yang dia nak ceburi, dia cakap networking business. Sebab networking business semua orang boleh buat.

Contohnya anda pergi minum di Starbucks. Anda rasa best sangat. Anda pun nak own Starbucks franchise juga. Jadi anda apply & invest RM700 000 untuk buka Starbucks. 

Selepas itu Starbucks cakap ok takpa kami akan train staff anda dan berikan segala resepi & SOP. Anda ikut saja. Setiap bulan anda bayar 20% keuntungan kepada kami.

Sama macam sistem Shaklee. Anda datang kepada saya & saya train anda. Saya dapat komisen bila train anda. Tapi bukan anda yang bayar. Shaklee yang bayar. Shaklee bayar pada anda dan Shaklee bayar pada saya. 

Saya tak ambil duit anda langsung. Saya hanya guide sampai anda berjaya. Lagi banyak kejayaan anda bermakna saya telah lakukan kerja dengan bagus sekali.

 Katakan 1 kedai anda buat RM100,000 sale sebulan. Kalau anda nak hit more sale anda kena buka lagi 1 dan lagi 1 kedai. 

Jadi setiap kali anda nak grow, anda kena invest lebih untuk buka kedai lebih lagi.

Another RM700,000 lagi kena laburkan.

Kalau kedai Shaklee pula macam mana?

Anda adalah jenama anda. Selepas itu anda berniaga dan kongsikan peluang untuk join team anda. Ada orang cakap nak join. Jadi anda masukkan dalam team anda. Anda train. Jadi dia jadi kedai pertama anda.

Selepas itu dia mula maju dan buat jualan RM10,000 sebulan. Ini kedai online anda. Another person nak join anda. And another person. Setiap seorang ini buat RM10,000 sale.

Jadi anda dah ada RM30,000 sale. Dan own personal sale RM10,000. Anda sudah ada RM40,000 sale.

Anda ada 3 kedai tapi anda tak nampak secara fizikal. Tapi mereka adalah kedai anda. In fact mereka berkembang tanpa anda letak RM700,000 pun. Mereka berkembang kerana anda buka peluang pada orang untuk berniaga dan anda kongsikan peluang dengan orang lain.

The more u share the more your business grow. Networking business grow with networking and sharing. 

Bukan dengan duit. You invest your time and your energy to share and train people.

Jadi berapa orang boleh buka Starbucks. Berapa orang ada RM700 000? Boleh ke ada 1000 Starbucks di Kuching?

Tapi berapa orang ada RM35 untuk mulakan perniagaan Shaklee? Semua orang ada. Kalau tiada pun dia boleh pinjam.Jadi semua orang ada masa dan tenaga untuk kongsi. Semua orang ada networking. So semua orang boleh buat bisnes Shaklee.

Sebab itu Bill Gates cakap networking business is the fastest growing business. Kalau ramai orang boleh buat bisnes itu maka cepatlah bisnes itu berkembang.


Sekian sahaja coretan kali ini. 






Continue Reading

Saturday, 19 June 2021

Shaklee Effect Diri Sendiri | Lydia Aramina


Semua orang pernah mengalami masalah kulit breakout disebabkan hormon tidak stabil atau tersalah guna produk kerana tak sesuai dengan kulit kita.

Lydia pun pernah alami itu juga di mana kulit muka Lydia naik blackhead dengan sangat banyak secara tiba-tiba dan ini sekaligus membuat kulit Lydia ada banyak jerawat pasir daripada biasa. Hal ini berlaku secara tiba-tiba ya. 

Lydia pun tak tau sebab apa, mungkin disebabkan oleh produk yang Lydia guna, Lydia guna produk dari drugstore ja. Tak sesuailah itu sebab healing crisis sangat lama mengambil masa berbulan jadi Lydia anggap produk itu tak sesuai dengan kulit Lydia. Lydia stop serta merta. 

Waktu ini Lydia tak consume lagi Shaklee. Cuma berhenti ja produk dan tukar kepada produk yang organic sebab kulit sangat sensitif waktu ini. Tahun ini tak guna face mask pun jadi memang malu nak keluar rumah.

Mula dari Julai 2018 Lydia mulakan dengan ESP & Vitamin C dulu. Masuk tahun 2019, Lydia tambah dengan Omega Guard. Kulit Lydia semakin pulih. 

Tahun 2020 pula Lydia tambah lagi dengan Zinc Plus. Maka complete Set Cantik Shaklee Lydia. Kulit Lydia taklah flawless tapi sihat & sangat bersih. Itu yang kita mahu. Memang ambil masa yang sangat lama sebab kita nak baiki kulit kita dari dalam & luar sekali. Jadi kenalah bersabar, lagi-lagi kalau guna produk yang sangat semulajadi.


Lydia jelaskan sikit manfaat yang Lydia consume di bawah ini ya.



ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
  • Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.
  • Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit.
  • Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.

Sustained Release Vita-C Plus
  • Bertindak sebagai anti-oksida
  • Melindungi daripada sinaran UV
  • Bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi
  • Berfungsi sebagai agen anti-radang
  • Membantu dalam penghasilan kolagen.
  • Melindungi kolagen daripada korosakan oksidatif.

Omega Guard
  • Melembapkan kulit
  • Mengatasi masalah inflamasi atau radang pada kulit
  • Melambatkan proses penuaan dan melindungi kulit akibat sinaran UV dan serangan radikal bebas.
  • Omega3 menjaga kulit supaya kekal hidrasi dan anjal.
  • Membantu untuk masalah jerawat
  • EPA dalam Omega 3 membantu menghalang pengeluaran enzim yang disebabkan UV yang merosakkan kolagen dalam kulit kita, punca kepada garis-garis halus dan kulit kendur.
  • Mengatasi dan memperbaiki masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema. kerana Omega 3 bersifat anti radang.
  • Kulit jadi licin, berseri dan pinkish.

Zinc Plus
  • membantu dalam penyembuhan luka dan penghasilan semula kulit yang lebih sihat.
  • Mengandungi sifat anti-radang untuk melegakan kulit, mencegah jerawat. 
  • Membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang anjal dan tegang.

Inilah yang Lydia makan untuk kesihatan kulit Lydia. Untuk penjagaan kulit luaran pula Lydia pakai produk drugstore sahaja. Sunscreen lah antara produk yang Lydia takkan skip. Jadi lupa pakai Sunscreen setiap kali kita bangun pagi tak kisah kalau korang dalam rumah atau luar rumah, wajib pakai ok.

Lydia akan buat post mengenai produk penjagaan kulit luar Lydia di lain hari. Korang boleh juga baca page ini untuk maklumat lanjut.
 
5 Cara untuk Menghapuskan Jerawat Pasir
Continue Reading

Tuesday, 15 June 2021

Pengedar Shaklee Sah Semenanjung, Sabah & Sarawak | Lydia Aramina


Ingin mencari Pergedar Shaklee yang Sah? Anda berada tempat yang betul.

Kami menyedikan khidmat penghataran terus ke rumah anda semada mengunakan kaedah COD ataupun Postage dan tentunya bersama konsultansi yang terbaik.

Pengedar Shaklee seluruh Malaysia boleh hubungi 013-8175191 atau tekan perkataan tempat yang tersenarai  di bawah ini untuk terus ke Whatsapp Pengedar Shaklee kami.


SARAWAK

- Kuching (Lydia)

Lundu (Amira)

- Tatau (Jelina) 

Miri (Jessie)


SABAH

- Tawau (Daphne)


SEMENANJUNG

Johor Bahru (April)

Nilai (Fiona) 

Nilai (Ida)



Klik Gambar di atas untuk pautan ke Whatsapp.

Bosan waktu PKP? Nak cari side Income? Nak business tapi modal kecik? 
Jom sertai kami sekarang. Bahan marketing, suporting group 24 jam akan disediakan.








Continue Reading

Monday, 14 June 2021

Kuatkan Sistem Imun Anda dengan Vitamin Shaklee | Lydia Aramina



Vitamin C adalah komponen penting dalam sistem imun. Ia membantu merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun.


Menerusi pengkongsian Dr Syid, pengambilan Vitamin C dalam dos yang tinggi, membantu pesakit Covid sembuh di ICU. Ia menunjukkan bahawa 57% pesakit Covid boleh dicaj dengan baik dan kadar kematian juga kurang berbanding dengan tidak mengambil Vitamin C. 

Marilah kita amalkan pengambilan vitamin C dalam rutin harian kita. Lydia pilih vitamin C Shaklee. 

Keistimewaan Shaklee 

1. Sustained Release Vita-C Plus™ adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. 

2. Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. 

3. Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

Tahukah anda? 

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Manfaat lain yang vitamin C boleh beri kepada penggunanya:

1. Mabuk Hamil 

Bagi sesetengah wanita, mabuk hamil boleh berlaku sepanjang hari. Apabila digabungkan dengan vitamin K, vitamin C membantu melegakan rasa mual dan muntah. Pilih vitamin C yang memberi anda rasa masam sedikit untuk melegakan mabuk hamil.

2. Mengantuk 

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin C boleh menyebabkan tidur lebih pendek. Kurang tidur atau kualiti tidur yang tidak bagus boleh menyebabkan kekurangan tenaga dan mengantuk pada siang hari yang menjejaskan produktiviti. Kekalkan kesegaran anda setiap hari dengan Vitamin C yang boleh dikunyah!

3. Selsema 

Gejala seperti hidung berair, bersin, keletihan dan batuk boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Antioksidan ini meningkatkan pengeluaran sel darah putih, yang merupakan komponen utama sistem imun. Ia juga dapat mengurangkan tempoh selesema!

4. Mabuk Laut 

Mabuk laut berlaku apabila sistem keseimbangan telinga dalaman terganggu, yang mengakibatkan penghasilan histamin, yang menjadikan anda mabuk laut. Hindari mabuk laut dengan vitamin C yang berfungsi sebagai anti-histamin, memulihkan keseimbangan badan serta mengurangkan simptomnya untuk memastikan anda selesa sepanjang perjalanan.

5. Sakit Tekak 

Sakit tekak berlaku apabila tekak anda dijangkiti, menyebabkan keradangan. Vitamin C mengandungi sifat anti-histamin untuk membantu menyekat kesan keradangan dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh jangkitan.

6. Meningkatkan Penyembuhan

Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka di badan kita, membaiki dan mengekalkan tulang rawan yang sihat, tulang, gigi dan kulit. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan kelewatan pada penyembuhan luka. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin kehilangan gigi, gusi berdarah dengan mudah dan hilang kekuatan tulang mereka.

Testimoni Vitamin C Shaklee untuk kuatkan imun badan:





Itu saja coretan Lydia kali ini. Jaga kesihatan dari sekarang. Elakkan gula putih juga. Ambillah supplemen yang benar-benar berkualiti.

Di farmasi kebanyakannya yang sintetik. Elakkan sintetik. Pilih supplement yang semulajadi. Macam vitamin Shaklee bukan sahaja semulajadi tetapi juga MELANGKAUI ORGANIK lagi.

Semoga kita & keluarga dilindungi dari wabak ini. 


Lihat juga:

Sustained Release Vitamin C Shaklee

Vitamin C untuk Kulit Muka Ibu Hamil

Fungsi Vitamin C untuk Kulit dan Badan

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Vitamin C

Continue Reading