Friday, 25 June 2021

Elakkan Makanan ini Untuk Jerawat! Singkirkan Jerawat Hormon secara Semulajadi | Lydia Aramina


Lydia faham sangat-sangat betapa stress dan kecewa nya kita apabila kita meluangkan masa, tenaga dan terutamanya wang kita, mengharapkan satu produk itu boleh membuatkan kulit muka kita kembali flawless. 

Tetapi anda juga mungkin merasakan produk-produk penjagaan kulit ini bukan faktor utama kenapa kulit kita masih tiada perubahan. 

Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah berhenti menyalahi produk-produk penjagaan kulit di pasaran dan kita lihat pada diri kita, apa yang kita makan. 

Ok sebelum itu apa yang menyebabkan jerawat tidak pandai surut? 

Ada dua sebab utama kenapa jerawat kita tak pandai hilang.

1. Hormon tidak seimbang

2. Inflamasi atau berlakunya keradangan

Anda kena faham konsep jerawat ini berlaku macam mana. Jadi Lydia terangkan sedikit ya. Boleh rujuk gambar di bawah ini.


Secara ringkasnya, apabila tahap gula dalam darah kita naik, badan kita akan menghasilkan insulin untuk mengawalnya tetapi apabila insulin dihasilkan, ini menyebabkan tahap hormon kita terganggu dan mengepam sejenis hormon iaitu hormon androgen. 

Hormon androgen merangsang pengeluaran yang sekata dan menjadikan sebum kita menjadi lebih pekat. Hal ini akan menyebabkan liang pori kita tersumbat. Oleh itu, terjadilah jerawat. 

Apa yang berlaku pada kulit kita adalah keradangan. Jadi apa yang boleh kita lakukan adalah elakkan diri dari makanan yang boleh mengganggu keseimbangan hormon kita dan seterusnya menyebabkan berlakunya keradangan. 

Antara makanan yang harus anda elakkan ialah:

1. Gula 

Seperti mana yang Lydia terangkan awal-awal tadi, gula boleh meransangkan tahap gula dalam darah naik. Tidak dinafikan bahawa kulit kita akan bersih jika kita kurangkan atau tidak mengambil gula terus. 

2. Makanan tenusu (Dairy)

Secara umumnya, makanan tenusu adalah sumber semulajadi gula. Susu lembu mempunyai hormon pertumbuhan dan bahan keradangan yang boleh melekat di sel kulit anda. Hal ini akan menyebabkan liang pori anda mengecil terutamanya jika anda seorang lactose intolerant. 

Jangan paksa badan anda untuk mengambil makanan tenusu kerana ini adalah faktor jerawat tumbuh. Anda boleh gantikan susu lembu (haiwan) dengan susu berasaskan tumbuhan dan kekacang. 

3. Makanan glisemik tinggi

Makanan glisemik tinggi pada dasarnya adalah makanan yang dapat terhurai dengan cepat dan menyebabkan peningkatan kadar gula dalam badan. Anda mungkin pernah dengar karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik. 

Karbohidrat tidak baik biasanya glisemik tinggi seperti roti putih, beras putih, bijirin, kerepek kentang dan sebagainya. Anda menukarkannya kepada karbohidrat baik seperti makanan bijirin penuh, beras perang, oatmeal dan sebagainya.

Apa yang perlu kita makan untuk kulit yang lebih sihat.

1. Vitamin A

Banyak fasa jerawat didapati mempunyai Vitamin A tahap sangat rendah dalam darah. Itu sebabnya banyak produk untuk jerawat mempunyai bahan Vitamin A tetapi ini juga banyak mendatangkan kesan sampingan. 

Jadi Lydia rekemen anda untuk mengambil Vitamin A dari makanan harian ataupun supplement. Vitamin A boleh mengawal pengeluaran sebum dan menghapuskan apa yang tidak baik dalam kulit kita. Vitamin A juga boleh meransangkan tahap kolagen dalam kulit kita dan lindungi kulit kita. 

Contoh makanan yang kaya dengan Vitamin A ialah lobak merah, brocoli dan ubi keledek, makanan ini sangat baik untuk kulit kita. 

2. Omega-3 Fatty Acids

Lydia suka sangat dengan Omega-3. Omega-3 mampu mengurangkan kerandangan dalam badan kita. Contoh makanan yang kaya dengan Omega-3 ialah flaxseeds, chia seed, walnut, ikan salmon dan sebagainya.

3. Zinc

Zinc merupakan nutrisi mikro yang jarang orang ambil perhatian tapi bila Lydia mula amalkan supplement zinc dalam rutin harian, Lydia mula melihat perubahan pada kulit Lydia di mana kulit Lydia jarang dah meragam. 

Zinc sangat elok untuk mengurangkan ance pea, sejenis jerawat yang menyebabkan penyebaran bakteria.

4. Makanan yang kaya antioksida

Makan buah-buahan yang kaya dengan antioksida seperti buah beri, sayur kailan, dan minum tea hijau setiap hari. Anda akan mendapat manfaat dari antioksida kerana ia akan membuat kulit anda sihat dan melindungi kulit kita daripada radikal bebas yang menyebabkan kulit kita rosak.

5. Probiotics

Probiotik boleh membantu untuk meningkatkan penyerapan vitamin yang kita makan setiap hari. Jadi ini sangat penting dan kita boleh mendapatkan ini daripada makanan yang dijeruk seperti acar, kimchi, jeruk buah dan sebagainya. 

Kesimpulan yang boleh Lydia buat ialah dengan mengurangkan makanan tertentu dan lebihkan makanan yang lebih banyak nutrien padat dan makanan sebenar dalam diet anda akan membantu untuk memberikan kulit yang sangat sihat. 

Lydia kongsikan ini dari pengalaman Lydia sendiri. Lydia percaya dengan makanan yang sihat dapat membantu kulit kita sihat. Dan Lydia rasa kita perlu lebih menyayangi badan kita kerana pada dasarnya kita yang menyuburkan badan kita dengan makanan yang kita ambil setiap hari. 

Dan Lydia nak sayang diri Lydia dan badan Lydia. Untuk melakukan ini, Lydia kena bagi diri Lydia makanan yang sihat untuk badan Lydia. We are what we eat.

Tetapi, sebelum itu kita kena ubah mindset kita. 

Lydia taknak apabila anda dah baca apa yang Lydia kongsikan ini, anda melarang atau pantang diri anda daripada mengambil makanan yang anda suka terus. Ubah runti anda perlahan-lahan kerana untuk kulit yang sihat, ia mengambil masa yang sangat lama untuk pulih.

Apabila anda lebih menyayangi badan anda, anda akan mula memilih cara hidup yang lebih baik dengan mengambil pemakanan yang lebih sihat.

Ini sahaja pekongsian Lydia kali ini. Terima kasih semua kerana sudi membaca.

0 comments:

Post a Comment