Tuesday, 22 June 2021

Kenapa Saya Perlu Memilih Perniagaan Shaklee? | Lydia Aramina

Seperti tajuk di atas, kenapa perlu memilih untuk buat perniagaan Shaklee. Selalu orang ajak-ajak ja tapi tak tau apa sebenarnya yang Shaklee boleh bagikan. Haa korang kena baca entry kali ini sampai habis sebab sangat berbaloi. Agak panjang tapi saya harap anda boleh faham dengan apa yang nak disampaikan. 

Selamat membaca.


1) Produk yang berkualiti 

Kekuatan Perniagaan Shaklee ini adalah pada produk yang beri Shaklee effect. Apabila pelanggan dapat effect, mereka akan repeat order. 

Sebuah perniagaan, jika produk yang dikeluarkan tidak kuat, produk itu tidak akan bertahan lama. Contohnya nama-nama produk popular atau viral dahulu, sekarang dah tak dengar dah. Bila produk ini tak beri effect yang baik pada pelanggan, jadi pelanggan tak repeat order.

Produk tidak bertahan lama di pasaran. Founder perlu mengeluarkan produk baru pula untuk dapat jualan. Selepas tamat tempoh "viral" mereka akan keluar balik produk lain. Sebab itu kita dengar nama produk viral ni sekejap saja. Viral kerana mereka bergantung pada viral dan hype marketing untuk lariskan.

Tetapi dalam Shaklee ada produk sampai berusia 104 tahun. Banyakkan selama 104 tahun orang tetap beli Vitalea. Shaklee tak tukar produk Vitalea sebab produk ini bagus dan beri kesan. Jadi orang teruskan membeli Vitalea selama 104 tahun. Kalau tak berkesan, produk ini tak wujud lagi dah sekarang.

Setiap satu bahan Shaklee ini akan diuji sebanyak 350 jenis ujian kualiti. Dan setiap tahun Shaklee peruntukkan 200 millions USD untuk quality test ini supaya menjamin keberkesanan serta keselamatan produk Shaklee.

Tiada produk lain boleh lawan benda ini. Jadi perniagaan dengan produk yang popular, permintaan tinggi dan berkualiti ini buat kita mudah nak berniaga.


2) Perniagaan Shaklee beri komisyen yang lumayan

Perinagaan Shaklee ini macam dropshipper tetapi tidaklah sama sangat. Dropshipper ini tidak perlu simpan stok. Macam Shaklee juga. Apabila customer order, customer bayar. Kita guna payment dari customer untuk order di website. Shaklee akan pos. 

Apa yang membezakannya ialah kalau dengan Shaklee, 1 barang kita jual, kita dapat untung runcit RM15-RM20. Tapi kita hidup dengan komisyen sebab komisyen Shaklee yang lebih besar dan cepat grow. Komisyen Shaklee boleh dapat dari 5% sehingga 21% dan sehingga maxima 42%.

Contohnya kita ada duit RM4000, kita simpan dalam bank yang bayar dividen 21%. Kita dapat banyak RM840. Untung runcit RM600 dan komisyen RM840. Total dapat RM1440.

Contoh ESP 1 tong RM150 kita jual 27 tong. 

Total sale RM4050. Untung runcit 1 ESP RM21. 

Kalau 27 tong dapat RM567. 

Sale RM3483. 

Komisyen RM383.18. 

RM383.18 + RM567 = RM950.18 

Ini baru 11%. 

Belum lagi 21%. Kalau 21% anggaran bonus RM2200. Untung runcit RM2000. So boleh dapat RM4200.

Berbeza dengan dropshipper, sistem dropshipper ini tidak boleh berkembang menjadi jualan beratus ribu ataupun sejuta. Di Shaklee boleh. Dari kita seorang berniaga, kita boleh bina sampai ada beribu orang dalam team kita dan menjana 1 juta jualan sebulan.

Kalau sistem ejen pula, diorang kena beli dalam suatu kuantiti minimum supaya dapat harga murah. Kemudian diorang boleh tolak pada dropshipper atau customer dengan harga lebih tinggi untuk dapat untung runcit.

Berbeza dengan Shaklee, kita tak perlu ada minima purchase. Even order 1 barang dapat harga ahli yang fix untuk semua ahli tak kira apa level pun.

Yang ketiga adalah stokis. Stokis perlu beli barang dan keluarkan upfront modal. Masih hidup dengan untung runcit. Boleh bandingkan dengan beberapa syarikat terkenal yang lain. Contohnya insurans.


3) Shaklee offer trip setiap tahun. Anda boleh pilih nak pergi umrah setiap tahun, umrah vvip atau nak pergi trip international yang Shaklee tetapkan

Korang boleh bawa ahli keluarga bersama untuk trip Shaklee ini asal menepati kelayakkan yang ditetapkan. Kalau company lain, hanya anda saja dapat travel, tapi Shaklee bagi anda travel satu keluarga. Kita boleh kumpul point dan dapat tiket untuk mak, ayah, mentua, suami dan anak-anak. Jadilah percutian satu keluarga yang ditanggung mewah 100% oleh Shaklee sendiri.

Shaklee bukan dimiliki oleh orang Muslim, tetapi setiap tahun Shaklee hantar berpuluh-puluh orang Islam pergi umrah. Ada tak syarikat di Malaysia sponsor orang pergi umrah setiap tahun? Tak banyakkan? Tapi Shaklee adalah salah satu syarikat yang menawarkan trip ini untuk penggunannya.


4) Miliki perniagaan sendiri

Sebenarnya kita tak perlu menjadi seorang founder di mana perlu keluarkan produk kita untuk jadi business owner. Di Shaklee, kita adalah business owner walaupun kita jual produk orang. 

Kalau kita jadi founder, kita keluarkan produk dan spend beratus ribu untuk R&D. Dan masih juga produk kita tak hebat pun. Shaklee spend total hundred of millions USD untuk R&D satu-satu produk dan diikuti kajian Klinikal untuk buktikan produk kita berkualiti, berkesan dan selamat digunakan.

Seorang founder akan buka peluang pada ejen. Jadi ejen join founder dan founder train. Sama juga dengan Shaklee, anda buka peluang untuk orang join bisnes anda dan anda daftar bawah id anda. ID anda adalah bisnes anda. Bisnes yang anda miliki sendiri.

Perbezaannya ialah anda tak perlu fikir R&D atau berapa duit nak invest pada produk. Anda dapat produk yang memang selamat dan berkualiti tinggi. Yang mudah nak jual serta dapat repeat order. Anda hanya fokus marketing saja dan train team anda.


5) Perniagaan Shaklee boleh diwarisi

Kalau anda jadi ejen syarikat mana-mana, anda ada ramai ejen bawah anda. Anda train mereka. Katalah sebulan team anda buat sales RM300,000 dan income anda sebulan RM30,000. Tiba-tiba anda meninggal dunia.

Agak-agak ejen anda akan stay dengan anda? Anda sudah tiada nak beli stok dan jual pada mereka. Jadi mereka pun move on sebab mereka tidak terikat dengan anda. Dan bisnes anda bukan auto mode. Jadi income anda sebulan yang anda bina selama bertahun-tahun ini, lesap dengan kematian anda. Penat.

Tapi Shaklee, anda daftar pengedar bawah anda. Dan mereka beli barang dari Shaklee bukan dari anda. jadi mereka bina bisnes sendiri. Mereka recruit sendiri. Mereka tidak perlukan anda pun. 

Contohnya anda dah train team anda dan anda buat sale sebulan RM300,000, bonus anda RM30,000 sebulan. Tiba-tiba anda meninggal dunia. Distributors anda apa jadi?

Mereka lari ke? Tidakk!

Mereka continue sebab mereka tidak perlukan anda. Mereka place order in website dan mereka continue dengan bisnes mereka sebab mereka memang own bisnes mereka melalui anda dan company.

Jadi meraka akan terus dapat uv dan sales walaupun anda sudah tiada. Anda punya income sebulan contohnya RM30,000 akan pergi kepada anak anda, kalau tak ada anak lagi, ibu-bapa yang dapat. Jadi segala usaha anda selama hidup ini berbaloi.

Sebab anda usaha sepanjang anda hidup tapi anda untung lebih panjang dari usia anda. Sebab anak-anak, cucu cicit anda akan makan hasil usaha anda. Jadi berbaloi bisnes macam ini.


6) Bisnes Networking adalah bisnes yang cepat berkembang tanpa modal pun.

Warren Buffet pun ada company MLM. Even bila tanya Bill Gates apa bidang bisnes yang dia nak ceburi, dia cakap networking business. Sebab networking business semua orang boleh buat.

Contohnya anda pergi minum di Starbucks. Anda rasa best sangat. Anda pun nak own Starbucks franchise juga. Jadi anda apply & invest RM700 000 untuk buka Starbucks. 

Selepas itu Starbucks cakap ok takpa kami akan train staff anda dan berikan segala resepi & SOP. Anda ikut saja. Setiap bulan anda bayar 20% keuntungan kepada kami.

Sama macam sistem Shaklee. Anda datang kepada saya & saya train anda. Saya dapat komisen bila train anda. Tapi bukan anda yang bayar. Shaklee yang bayar. Shaklee bayar pada anda dan Shaklee bayar pada saya. 

Saya tak ambil duit anda langsung. Saya hanya guide sampai anda berjaya. Lagi banyak kejayaan anda bermakna saya telah lakukan kerja dengan bagus sekali.

 Katakan 1 kedai anda buat RM100,000 sale sebulan. Kalau anda nak hit more sale anda kena buka lagi 1 dan lagi 1 kedai. 

Jadi setiap kali anda nak grow, anda kena invest lebih untuk buka kedai lebih lagi.

Another RM700,000 lagi kena laburkan.

Kalau kedai Shaklee pula macam mana?

Anda adalah jenama anda. Selepas itu anda berniaga dan kongsikan peluang untuk join team anda. Ada orang cakap nak join. Jadi anda masukkan dalam team anda. Anda train. Jadi dia jadi kedai pertama anda.

Selepas itu dia mula maju dan buat jualan RM10,000 sebulan. Ini kedai online anda. Another person nak join anda. And another person. Setiap seorang ini buat RM10,000 sale.

Jadi anda dah ada RM30,000 sale. Dan own personal sale RM10,000. Anda sudah ada RM40,000 sale.

Anda ada 3 kedai tapi anda tak nampak secara fizikal. Tapi mereka adalah kedai anda. In fact mereka berkembang tanpa anda letak RM700,000 pun. Mereka berkembang kerana anda buka peluang pada orang untuk berniaga dan anda kongsikan peluang dengan orang lain.

The more u share the more your business grow. Networking business grow with networking and sharing. 

Bukan dengan duit. You invest your time and your energy to share and train people.

Jadi berapa orang boleh buka Starbucks. Berapa orang ada RM700 000? Boleh ke ada 1000 Starbucks di Kuching?

Tapi berapa orang ada RM35 untuk mulakan perniagaan Shaklee? Semua orang ada. Kalau tiada pun dia boleh pinjam.Jadi semua orang ada masa dan tenaga untuk kongsi. Semua orang ada networking. So semua orang boleh buat bisnes Shaklee.

Sebab itu Bill Gates cakap networking business is the fastest growing business. Kalau ramai orang boleh buat bisnes itu maka cepatlah bisnes itu berkembang.


Sekian sahaja coretan kali ini. 






0 comments:

Post a Comment