Vitamin C adalah komponen penting dalam sistem imun. Ia membantu merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun.
Marilah kita amalkan pengambilan vitamin C dalam rutin harian kita. Lydia pilih vitamin C Shaklee.
Keistimewaan Shaklee
1. Sustained Release Vita-C Plus™ adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
2. Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran.
3. Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.
Tahukah anda?
Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.
Manfaat lain yang vitamin C boleh beri kepada penggunanya:
1. Mabuk Hamil
Bagi sesetengah wanita, mabuk hamil boleh berlaku sepanjang hari. Apabila digabungkan dengan vitamin K, vitamin C membantu melegakan rasa mual dan muntah. Pilih vitamin C yang memberi anda rasa masam sedikit untuk melegakan mabuk hamil.
2. Mengantuk
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin C boleh menyebabkan tidur lebih pendek. Kurang tidur atau kualiti tidur yang tidak bagus boleh menyebabkan kekurangan tenaga dan mengantuk pada siang hari yang menjejaskan produktiviti. Kekalkan kesegaran anda setiap hari dengan Vitamin C yang boleh dikunyah!
3. Selsema
Gejala seperti hidung berair, bersin, keletihan dan batuk boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Antioksidan ini meningkatkan pengeluaran sel darah putih, yang merupakan komponen utama sistem imun. Ia juga dapat mengurangkan tempoh selesema!
4. Mabuk Laut
Mabuk laut berlaku apabila sistem keseimbangan telinga dalaman terganggu, yang mengakibatkan penghasilan histamin, yang menjadikan anda mabuk laut. Hindari mabuk laut dengan vitamin C yang berfungsi sebagai anti-histamin, memulihkan keseimbangan badan serta mengurangkan simptomnya untuk memastikan anda selesa sepanjang perjalanan.
5. Sakit Tekak
Sakit tekak berlaku apabila tekak anda dijangkiti, menyebabkan keradangan. Vitamin C mengandungi sifat anti-histamin untuk membantu menyekat kesan keradangan dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh jangkitan.
6. Meningkatkan Penyembuhan
Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka di badan kita, membaiki dan mengekalkan tulang rawan yang sihat, tulang, gigi dan kulit. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan kelewatan pada penyembuhan luka. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin kehilangan gigi, gusi berdarah dengan mudah dan hilang kekuatan tulang mereka.
Testimoni Vitamin C Shaklee untuk kuatkan imun badan:
Itu saja coretan Lydia kali ini. Jaga kesihatan dari sekarang. Elakkan gula putih juga. Ambillah supplemen yang benar-benar berkualiti.
Di farmasi kebanyakannya yang sintetik. Elakkan sintetik. Pilih supplement yang semulajadi. Macam vitamin Shaklee bukan sahaja semulajadi tetapi juga MELANGKAUI ORGANIK lagi.
Semoga kita & keluarga dilindungi dari wabak ini.
Lihat juga:
Sustained Release Vitamin C Shaklee
Vitamin C untuk Kulit Muka Ibu Hamil
0 comments:
Post a Comment