Saturday, 26 June 2021

Order Produk Shaklee Secara Online | Lydia Aramina

Jika anda seorang ahli Shaklee, pastinya anda ingin membuat pembelian produk Shaklee secara atas talian atau online terutamanya jika anda seorang perniga produk Shaklee. 

Kali ini Lydia kongsikan cara bagaimana untuk membuat pembelian produk Shaklee secara online. Lydia akan sertakan dengan sebuah video ringkas di bawah ini. 


 Tetapi jangan risau bagi tidak berapa faham, Lydia akan jelaskan mengikut setiap slide gambar. 

Langkah pertama ialah anda pergi ke laman web Shaklee iaitu shaklee.com.my

Jika anda seorang ahli Shaklee, anda cuma perlu masukan SHAKLEE ID dan PASSWORD anda kemudian klik LOGIN. 
Jika belum daftar menjadi seorang ahli, anda boleh klik di sini untuk terus mendaftar sebagai seorang ahli Shaklee

Setelah anda berjaya memasuki laman web Shaklee, anda akan melihat page seperti di atas. Anda boleh menukar bahasa mengikut kefahaman anda di bahagian atas bucu kiri, ada bahasa inggeris, bahasa malaysia dan bahasa mandarin. 

Bahagian ini juga anda dapat melihat UNIT VALUE, PURCHASE VALUE dan jumlah BONUS yang anda dapat setiap bulan. Untuk mendapat bonus, anda hanya perlu mengumpul 150UV dan ke atas untuk melayakkan anda mendapat bonus setiap bulan. 

Untuk bahagian pembelian produk, klik SHOP atau BELI-BELAH di bahagian menu. 

Setelah anda klik bahagian SHOP atau BELI-BELAH, ia akan keluar subpages seperti di atas. Ada banyak pilihan. Jika anda ingin mencari supplement, anda klik bahagian HIDUP LEBIH SIHAT atau LIVE HEALTHIER. 

Anda akan melihat banyak gambar supplement keluar. Tekan gambar supplement yang anda berminat untuk mengetahui produk tersebut dengan lebih lanjut. 

Contoh anda berminat dengan B-complex. Anda boleh baca gambaran keseluruhan produk tersebut, apa keistimewaan Shaklee dan sebagainya. Sekiranya anda ingin membeli, anda cuma perlu klik ADD TO CART.

Di sini anda akan melihat anda 3 butang. LIHAT TROLI adalah anda boleh membeli jumlah keseluruhan pembelian, BAYAR SEKARANG untuk pembayaran terus (boleh lihat gambar seterusnya) dan TERUS MEMBELI-BELAH untuk melihat produk lain.

Seperti mana yang saya terangkan di gambar tadi, ini adalah gambaran yang anda akan lihat jika menekan butang yang anda pilih tadi.

Butang BAYAR SEKARANG, bahagian ini anda boleh memilih cara pembayaran samada dengan kredit/debit kad atau FPX (online transfer). Bahagian ini juga anda boleh menukar alamat penerima yang baru.

Butang LIHAT TROLI pula, bahagian ini akan melihat jumlah keseluruhan pembelian. Pembelian RM300 ke atas anda akan mendapat penghantaran PERCUMA. Jika pembelian bawah RM300, RM10 akan dicaj. Shaklee menggunakan khidmat penghantaran Gdex.  

Bahagian LIHAT TROLI juga, anda boleh menukar alamat penerima. Anda cuma perlu tekab EDIT dan isi maklumat penerima yang baru. Jangan lupa untuk tekan butang SAVE setelah selesai menukar maklumat penerima.

Setelah anda berjaya membuat pembayaran, pihak Shaklee akan menghantar SMS dan EMAIL sebagai bukti pembelian anda telah berjaya dilakukan. Shaklee selalunya akan packing barang kita sehari selepas pembelian. 

Untuk melihat status pembelian anda, anda boleh pergi ke MY ACCOUNT atau AKAUN SAYA (bahagian bucu atas sebelah kanan) dan pilih ORDER HISTORY atau SEJARAH PEMBAYARAN.

Sekian sahaja daripada saya kali ini, sekiranya anda anda pertanyaan, 


Terima kasih.



0 comments:

Post a Comment