Monday, 28 June 2021

Bagaimana Mengatasi Masalah Rejection Part I | Lydia Aramina


Adakah anda masih ingat waktu terakhir yang anda rasa ditolak?

Adakah lelaki/wanita yang tidak pernah membalas panggilan telefon anda?

Atau seorang ayah yang tidak pernah kembali ke rumah?

Adakah majikan yang mengabaikan anda untuk kenaikan pangkat atau gaji? 

Atau mungkin seseorang yang di dalam hidup anda yang tidak pernah menganggap anda cukup baik, tidak kira apa yang anda lakukan untuk menarik perhatian mereka.

Kita semua tahu penolakan itu menyakitkan, seperti menusuk ke dalam hati kita. Ia membuatkan kita berasa tidak cukup baik. Ia menyebabkan kita mempersoalkan diri kita dan meragui masa depan kita.

Saya ingin mengatakan kepada anda semua bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang harus kita takuti.

Penolakan bukan sesuatu yang membuatkan kita berasa ingin berputus asa, tertekan atau bekerja lebih masa untuk membuktikan kepada dunia bahawa kita adalah seseorang yang patut dibanggakan dan diberi perhatian.

Sebaliknya, penolakan adalah rakan kita dan bukanlah musuh kita.

Saya akan berkongsi dua cara agar kita dapat melihat penolakan untuk memanfaatkan saat-saat itu dan menjadi kesakitan yang kita alami selama ini sebagai pemangkin semangat terbesar bagi kejayaan kita dan bukti nilai dan keunikan kita.

Untuk entri kali ini saya kongsikan point yang pertama sebab agak panjang penjelasannya. 

Ok.

1. Kita melihat penolakan sebagai projection. Psychological projection

Psychological projection adalah ketika seseorang secara tidak sedar menggunakan perasaan atau emosi yang tidak diingini kepada orang lain untuk mengakui atau menangani perasaan sendiri. 

Apabila kita dapat melihat bagaimana penolakan yang kita alami mungkin lebih berkaitan dengan masalah orang lain dan bukan nilai kita sendiri, hidup kita akan berubah. 

Daridapa kita kecik hati dimana perasaan ini akan membuat kita berputus asa atau kita play safe, baik kita menerima penolakan tersebut. Percayalah kita akan lebih maju dalam kehidupan dengan penuh keyakinan dan harga diri yang tinggi. 

Saya bagi satu situasi di sini supaya anda boleh faham dengan apa yang nak sampaikan. 

Ali seorang pelajar yang sangat cemerlang baik dalam kokurikulum mahupun korikulum dan sangat ramah dengan orang lain. Dia berkawan dengan semua orang. Kekurangan dia cumalah dia datang dari keluarga yang miskin. 

Satu hari dia nampak rakan sekelas dia berkumpul sambil ketawa terbahak-bahak, dia pergilah tanya ceita apa yang melucukan. Rakan-rakannya terdiam. Dia tanya lagi sekali, dan salah seorang rakannya menjawab bahawa dia yang melucukan kerana berusaha untuk jadi seperti orang lain agar disukai. 

Apa yang Ali rasakan waktu itu adalah malu dan rejection. Dia membirakan penolakan itu merosakkan keyakinan dan harga diri dia. Daripada meraikan keunikan dia sendiri, Ali mengubah diri dia supaya dirinya diterima oleh rakannya. 

Ali mula ponteng sekolah, menjual dadah dan membuat keputusan yang salah kerana dia ingin mendapat persetujuaan dan penerimaan daripada rakannya. Dan anda tahu apa terjadi? Ianya berhasil.

Mereka menerima Ali tetapi jauh di dalam hati Ali, dia tahu bukan dia yang mereka terima tetapi dirinya yang berpura-pura. Dan semakin mereka menerima Ali yang baru ini, semakin sukar Ali menerima penolakan yang dia rasa sebelum ini. 

Ali tidak faham bahawa penolakan itu adalah projected. Projected of someones's own fears and insecurities onto another person. Pelajar yang mengejek dia sebenarnya merasa diri mereka insecure. Mereka tidak yakin dengan diri mereka sendiri, mereka takut untuk melakukan perkara di luar yang difikir oleh rakan sebaya mereka. 

Dan kerana mereka tidak tahu bagaimana menjadi diri mereka yang unik, mereka gunakan perasaan itu kepada Ali untuk mempertahankan maruah mereka dengan mengejek dan membuat jenaka. 

Kerana kadang-kadang, bercakap buruk tentang orang lain membuat kita merasa lebih baik dan lega. Sekiranya kita dapat melihat penolakan itu sebagai projection, kita tidak akan menganggap jenaka itu secara peribadi. 

Kita tidak akan membuang masa dalam hidup untuk berusaha mendapatkan persetujuan dan penerimaan orang lain. Kita akan tetap setia pada pendirian diri kita. 

Dan saya percaya bahawa menangani penolokan dengan betul adalah komponen penting untuk mengurangkan peningkatan anxiety, kemurungan dan kadar bunuh diri di negara dan di dunia. 

Satu kajian dari "Oxford Handbook of Social Exclusions" menyatakan bahawa penolakan adalah penyabab kemurungan. 

Adakah anda pernah merasa kecewa setelah ditolak?

Mungkin rakan sekerja anda mengajak semua pekerja lain pergi keluar minum selepas habis waktu kerja kecuali anda. Atau orang yang tidak berminat untuk melaburkan wang dan masa mereka ke dalam visi dan impian anda?  

Perkara ini menyebabkan kita tidak suka dengan diri kita, cepat putus asa, makan mengikut emosi serta nafsu dan menonton Netflix tanpa cuba untuk memperbaiki diri sendiri. 

Saya belajar satu hal bahawa kita tidak perlu membiarkan penolakan membuat kita melakukan kerja gila. Kita dapat memanfaatkan saat penolakan itu untuk menghasilkan keyakinan dan kejayaan kita. 

Saya dah buat hal ini. Apabila kita menerima penolakan tersebut, kita dapat melihat perubahan dalam diri kita. Perubahan yang ke arah yang lebih baik. 

Jangan down lama-lama, nanti kita akan menyesal nanti. 

Part II akan menyusul kemudian. Jangan lupa untuk follow dan share. Mana tau ada orang diluar sana memerlukan. 

Terima kasih semua kerana sudi membaca sampai habis. 

Lihat untuk part II

0 comments:

Post a Comment