Saturday, 26 June 2021

Set Cantik Shaklee Untuk Masalah Jerawat | Lydia Aramina

Sebelum ini Lydia pernah kongsikan apa yang perlu kita makan untuk kulit yang sihat. Jika anda belum baca lagi, anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan yang perlu dielakkan jika mengalami masalah jerawat terlalu lama.

Untuk entri kali ini, Lydia akan kongsikan supplement Shaklee untuk masalah kulit terutamanya jerawat.

Sebelum itu, ada dua sebab kenapa jerawat berlaku.

1. Hormon tidak seimbang

2. Inflamasi atau keradangan

Untuk mengatasi masalah ini, anda kena ambik ambik makanan yang sihat untuk kulit anda. 

Makanan atau Supplement yang perlu anda amalkan adalah:-

1. Vitamin C Plus

Vitamin C adalah vitamin larut air yang mempunyai pelbagai fungsi terhadap badan, dan fungsi utamanya adalah sebagai antioksida.  Memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.

Ia juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh anda. 

Keisitimewaa Vitamin C Shaklee ialah ia mempunyai teknologi sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam

2. Carotomax (Vitamin A)

Carotomax mengandungi antioksida larut lemak yang dikenali sebagai karotenoid yang memberikan perlindungan antioksida yang tinggi untuk menggalakkan sel-sel yang lebih sihat dari dalam untuk kesihatan yang lebih baik, termasuk kulit anda.

3. Omega Guard (Omega-3)

EPA dalam Omega-3 membantu menghalang pengeluaran enzim yang disebabkan UV yang merosakkan kolagen dalam kulit kita, punca kepada garis-garis halus dan kulit kendur. 

Omega-3 membantu mengatasi masalah inflamasi atau keradangan pada kulit. Omega-3 bersifat anti radang, oleh itu ia membantu mengatasi dan memperbaiki masalah kulit seperti psoriasis, ekzema dan jerawat yang teruk.

4. ESP (Protein)

ESP mempunyai index Glisemik yang sangat rendah dan diperbuat daripada: kacang soya asli, BUKAN-GMO kacang soya yang melalui pengubahsuaian organisma secara genetik. Lebih sihat daripada protein haiwan kerana soya adalah berasaskan tumbuhan yang tidak mempunyai kolesterol dan rendah lemak. Sesuai untuk mereka yang mempunyai intoleransi laktosa atau sensitif terhadap laktosa. Tiada gluten, selamat untuk anda yang sensitif terhadap gluten. 

Protein untuk membina kulit yang sihat. ESP menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat. Dalam ESP juga mempunyai isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit. ESP membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen. 

5. Zink 

Lapisan luar kulit anda mempunyai lima kali lebih banyak zink daripada lapisan lain. Bertindak sebagai antioksida, zink membantu mencegah kerosakan serius yang berpunca daripada sinaran UV dan bahan asing lain.

Zink membantu dalam penyembuhan luka dan penghasilan semula kulit yang lebih sihat. Zink mengandungi sifat anti-radang untuk melegakan kulit dan mencegah jerawat. Zink membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang anjal dan tegang.

Testimoni Set Cantik Shaklee





Mereka ini adalah pengamal Shaklee yang tegar. Ingin Lydia ingatkan setiap orang mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk mendapat kulit yang sihat. Percaya pada proses dan konsisten dan paling penting sabar, pasti kulit anda akan beransur pulih. 

Pengalaman Lydia sendiri mengambil masa 4 tahun untuk dapat kulit yang sangat bersih. Boleh baca cerita Lydia My Skin Journey with Shaklee.

Itu sahaja coretan Lydia pada kali ini. Moga memberi manfaat dengan kita semua. 

Terima kasih dan selamat berhujung minggu. 

Lihat Juga:






0 comments:

Post a Comment