Saturday, 19 June 2021

Shaklee Effect Diri Sendiri | Lydia Aramina


Semua orang pernah mengalami masalah kulit breakout disebabkan hormon tidak stabil atau tersalah guna produk kerana tak sesuai dengan kulit kita.

Lydia pun pernah alami itu juga di mana kulit muka Lydia naik blackhead dengan sangat banyak secara tiba-tiba dan ini sekaligus membuat kulit Lydia ada banyak jerawat pasir daripada biasa. Hal ini berlaku secara tiba-tiba ya. 

Lydia pun tak tau sebab apa, mungkin disebabkan oleh produk yang Lydia guna, Lydia guna produk dari drugstore ja. Tak sesuailah itu sebab healing crisis sangat lama mengambil masa berbulan jadi Lydia anggap produk itu tak sesuai dengan kulit Lydia. Lydia stop serta merta. 

Waktu ini Lydia tak consume lagi Shaklee. Cuma berhenti ja produk dan tukar kepada produk yang organic sebab kulit sangat sensitif waktu ini. Tahun ini tak guna face mask pun jadi memang malu nak keluar rumah.

Mula dari Julai 2018 Lydia mulakan dengan ESP & Vitamin C dulu. Masuk tahun 2019, Lydia tambah dengan Omega Guard. Kulit Lydia semakin pulih. 

Tahun 2020 pula Lydia tambah lagi dengan Zinc Plus. Maka complete Set Cantik Shaklee Lydia. Kulit Lydia taklah flawless tapi sihat & sangat bersih. Itu yang kita mahu. Memang ambil masa yang sangat lama sebab kita nak baiki kulit kita dari dalam & luar sekali. Jadi kenalah bersabar, lagi-lagi kalau guna produk yang sangat semulajadi.


Lydia jelaskan sikit manfaat yang Lydia consume di bawah ini ya.



ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
  • Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.
  • Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit.
  • Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.

Sustained Release Vita-C Plus
  • Bertindak sebagai anti-oksida
  • Melindungi daripada sinaran UV
  • Bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi
  • Berfungsi sebagai agen anti-radang
  • Membantu dalam penghasilan kolagen.
  • Melindungi kolagen daripada korosakan oksidatif.

Omega Guard
  • Melembapkan kulit
  • Mengatasi masalah inflamasi atau radang pada kulit
  • Melambatkan proses penuaan dan melindungi kulit akibat sinaran UV dan serangan radikal bebas.
  • Omega3 menjaga kulit supaya kekal hidrasi dan anjal.
  • Membantu untuk masalah jerawat
  • EPA dalam Omega 3 membantu menghalang pengeluaran enzim yang disebabkan UV yang merosakkan kolagen dalam kulit kita, punca kepada garis-garis halus dan kulit kendur.
  • Mengatasi dan memperbaiki masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema. kerana Omega 3 bersifat anti radang.
  • Kulit jadi licin, berseri dan pinkish.

Zinc Plus
  • membantu dalam penyembuhan luka dan penghasilan semula kulit yang lebih sihat.
  • Mengandungi sifat anti-radang untuk melegakan kulit, mencegah jerawat. 
  • Membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang anjal dan tegang.

Inilah yang Lydia makan untuk kesihatan kulit Lydia. Untuk penjagaan kulit luaran pula Lydia pakai produk drugstore sahaja. Sunscreen lah antara produk yang Lydia takkan skip. Jadi lupa pakai Sunscreen setiap kali kita bangun pagi tak kisah kalau korang dalam rumah atau luar rumah, wajib pakai ok.

Lydia akan buat post mengenai produk penjagaan kulit luar Lydia di lain hari. Korang boleh juga baca page ini untuk maklumat lanjut.
 
5 Cara untuk Menghapuskan Jerawat Pasir

0 comments:

Post a Comment