Sunday, 25 July 2021

Tingkatkan Sistem Imun secara Semulajadi | Lydia Aramina

Tingkatkan imun sistem secara semulajadi


Sistem imun anda adalah penting. Ia merupakan tentera peribadi yang mengawal badan anda 24/7 untuk menentang serangan dari penyerang (bakteria, kulat dan virus), dan bertindak sebagai satu pertahanan terhadap jangkitan dan pertumbuhan sel tidak normal.

Selain melindungi anda dari jagkitan, sistem imun juga boleh mengurangkan keterukan jangkitan. Keupayaan sistem imun anda untuk mengingati serangan penyakit yang terdahulu membuatkan anda lebih bersedia untuk berlawan dengan jangkitan-jangkitan serupa pada masa akan datang, membenarkan anda pulih lebih cepat dan mencegah daripada menghasilkan isu-isu kesihatan yang lebih serius.

Sistem imun yang lemah akan membuatkan anda lebih mudah dipengaruhi kepada beberapa serangan yang boleh menimbulkan huru-hara didalam badan. Mengamalkan gaya hdup sihat dan pengurusan tekanan yang baik, dilengkapi dengan diet yang berkhasiat dan disokong oleh makanan tambahan yang diperlukan menggambarkan pendekatan holistik dalam menjaga sistem imun anda untuk memaksimumkan perlindungan badan anda daripada bahaya. 

Adakah anda tahu?

Terdapat 3 tahap pertahanan dalam sistem imun anda. Apa membentuk keimunan anda bukanlah satu entiti tunggal, tetapi satu sistem organ, sel dan tisu yang hadir di seluruh anggota badan anda. Adalah penting untuk memupuk semua 3 tahap perlindungan imun untuk membuatkan badan anda kuat dan sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana 3 tahap perlindungan imun bekerja boleh klik link di bawah.

Bagaimana Cara Imun Bekerja Menolak Virus atau Kuman


Nutrien yang meransangkan sistem imun

1. Protein

Protein menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.

Contoh makanan tinggi protein adalah daging, ayam, ikan, makanan laut, produk tenusu dan sebagainya.

2. Vitamin dan Mineral

Membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.

Contoh makanan tinggi vitamin dan mineral adalah bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan sebagainya. 

3. Omega 3

Terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan, dan gerak balas imun yang terlalu aktif. 

Contoh makanan tinggi omega3 adalah ikan salmon, ikan tuna, ikan sardin, flexseed, chia seeds dan sebagainya.

4. Biji Labu, Biji Plantago, Bunga Safflower, Honeysuckle Jepun

Meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.

5. Karotenoid

Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.

Contoh makanan tinggi karotenoid adalah keladi, bayam, tembikai, lada belanga, lobak merah dan sebagainya.

6. Bawang Putih

Antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

7. Vitamin C

"Otot" sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing.

Contoh makanan tinggi vitamin C adalah buah sitrus, strawberi, blackcurrants, brokoli, kentang dan sebagainya.

8. Resveratrol & Polifenol

Meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semula jadi semasa membaiki dan melindungi sel-sel DNA.

Contoh makanan tinggi polifenol adalah buah beri, epal, minyak zaitun, kunyit dan sebagainya.

Dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, badan kita lebih sihat dan antibodi kita lebih kuat untuk melawan jangkitan-jangkitan jahat. 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp. 

Lydia Aramina


Lihat juga:

Continue Reading

Monday, 19 July 2021

Keistimewaan Shaklee | Lydia Aramina

Keistimewaan Shaklee

Dalam membina legasi inovasi dan sainsnya, falsafah Living in Harmony with Nature® adalah tunjang kepada semua yang Shaklee lakukan.

Shaklee komited untuk membuat produk dari bahan semula jadi yang asli.

  • Produk yang bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk yang mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk yang lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk kami adalah bebas gluten.
  • Produk yang tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari penganiayaan.

Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, Shaklee telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Selamat. Terbukti. Berkesan.


Keistimewaan Shaklee
1. SELAMAT

Komitmen Jangka Panjang Shaklee untuk Ketulenan, Keselamatan Dan Keberkesanan.


Di Shaklee, kami memusatkan perhatian kepada kualiti setiap produk kami. Walaupun pengeluar menjalankan ujian ini, apabila produk ini dihantar ke Shaklee, kami menjalankan ujian bebas kami sendiri. Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk kami kepada anda.

  • Ketulenan dan keselamatan terjamin - 350 ujian ke atas setiap bahan botani baru untuk pencemaran yang berbahaya, racun perosak dan sisa lain.
  • Kualiti dan kemujaradan terjamin - lebih dari 100,000 jumlah ujian kawalan kualiti setiap tahun yang dilakukan oleh Shaklee
  • Organik - lebih dari 3 kali ganda 300 ujian terhadap racun perosak dari yang diperlukan oleh pharmacopeia Amerika syarikat

2. TERBUKTI

Formula unik kami EKSLUSIF TERSEDIA dari Shaklee.


Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.

Lawati healthresource.shaklee.com untuk keseluruhan kompendium penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.


3. BERKESAN

Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan. Produk Shaklee memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA dan ia terbukti oleh orang seperti anda dan saya.




Continue Reading

Saturday, 17 July 2021

Bagaimana Cara Imun Bekerja Menolak Virus atau Kuman | Lydia Aramina

Bagaimana cara imun bekerja menolak virus atau kuman

Seperti yang kita tahu kes Covid-19 di Malaysia beberapa hari ini telah mencatatkan kes sebanyak 5 angka tanpa gagal. Keadaan ini amat membimbangkan dan kita sebagai rakyat haruslah peka dengan keadaan sekeliling kita.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan, keluar hanya bila perlu sahaja. Kita juga harus menjaga kesihatan kita sepanjang kita memerangi virus ini. Pastikan kita mendapatkan vaksin Covid-19 untuk meningkatkan lagi imun badan kita.

Pernah terfikir tak bagaimana imun sistem kita bekerja? Pasti ramai yang tidak jelas lagi hal ini jadi hari ini, saya ingin kongsikan bagaimana imun sistem kita bekerja untuk melawan setiap apa membahayakan badan kita masuk ke dalam sistem badan kita.

Badan kita mempunyai tiga tahap perlindungan imun yang bekerja bermula dari luar badan kita sehinggalah ke dalam badan kita.

3 tahap perlindungan imun bekerja

Tahap Pertama

Peringkat pertama pertahanan adalah kulit, mukus, air mata, air iur, peluh dan asid perut anda yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang mereka daripada memasuki badan mereka.


Tahap Kedua

Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, mereka akan menerima pelbagai jenis sel-sel imun, termasuk sel-sel pembunuh semula jadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan anda. Protein isyarat imun yang dipanggil Interferon memainkan peranan yang penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun untuk melindungi anda daripada serangan kuman.


Tahap Ketiga

Tahap pertahanan ini bertindak balas secara khsusu terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya. Sekiranya ia menyerang badan anda lagi, ia akan bertindak balas dengan sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakan yang serius kepada sel-sel anda. Untuk pulih dengan sendiri, sel-sel anda memerlukan Resveratrol dan Polifenol untuk pemulihan sel yang lebih cepat. 


Kita boleh mendapatkan nutrisi perlu daripada makanan harian atau suplemen kita untuk tingkatkan imun badan kita. Dalam Shaklee terdapat beberapa yang boleh kita amalkan untuk kesejahteraan hidup.

Supplement tingkatkan imun badan

ESP (Protein)

Menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.


Vitalea (Vitamin dan Mineral)

Membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.


Omega Guard (Omega 3)

Membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan, dan gerak balas imun yang terlalu aktif.


Nutriferon (Biji labu, biji plantago, bunga safflower, honeysuckle Jepun)

Meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.


Carotomax (Karotenoid)

Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.


Garlic Complex (Bawang Putih)

Antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.


Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C)

'Otot' sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing.


Vivix (Resveratrol dan Polifenol)

Meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semula jadi semasa membaiki dan melindungi sel-sel DNA. 


Sekiranya anda ingin mengambil suplemen untuk mendapatkan nutirsi, pastikan anda ambil yang semulajadi dan bukanlah yang sintetik sebab kita ingin menggunakan badan kita dengan lama. Seperti yang kita tahu produk Shaklee sangat berkualiti dan semulajadi di mana ia selamat untuk badan kita.

Mari kita sama-sama dalam menangani masalah Covid-19 yang melanda negara kita dengan meningkatkan imun badan kita. Apabila imun badan kita kuat, risiko untuk mendapat Covid-19 itu rendah. Dan sekiranya kita positif, kita tidak akan dalam keadaan yang teruk. 

Ikhtiar, ikhtiar dan terus ikhtiar. 

Continue Reading

Thursday, 15 July 2021

Ciri-Ciri Ubat dan Suplemen Berdaftar di Malaysia | Lydia Aramina

Ciri-ciri ubat dan suplemen berdaftar di malaysia


Apabila musim Covid ini melanda, ramai perniaga di luar sana mengambil peluang untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan ubat-ubatan atau suplemen kesihatan.

Kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam hal ini supaya wang yang kita belanjakan tidak dibazirkan dan kesihatan kita juga tidak terjejas. Di sini, saya ingin kongsikan bagaimana kita boleh mengetahui bahawa ubat atau suplemen yang kita makan adalah berdaftar dan selamat. 

Ubat yang berdaftar


Semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian yang dilakukan terhadap produk tersebut adalah untuk memastikan kualiti dan keselamatan serta keberkesanan produk farmaseutikal dan ubat-ubatan traditional terjamin untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.


Ada dua ciri-ciri utama produk yang berdaftar dengan PBKD.

1. Nombor Pendaftaran MAL

nombor pendaftaran mal


Bermula dengan perkataan MAL diikuti 8 digit Nombor Pendaftaran, diakhiri dengan huruf A, X, T, atau N. Contoh MAL43215678N.

Bagi barang kosmestik pula adalah bermula dengan NOT diikuti 9 digit Nombor Pendaftaran dan diakhiri dengan huruf K. 
Contoh NOT123456789K.

2. Label Hologram Farmatag

Pelekat Keselamatan Hologram wajib dilekatkan pada setiap bungkusan ubat bermula tahun 2006. 

Ciri-ciri produk berdaftar


Gunakan Dekoder Meditag untuk mengesahkan ketulenan hologram. Bawa ubat anda ke farmasi swasta berdekatan untuk semakan. 

Selain itu anda juga boleh mengesahkan sama ada produk tersebut telah berdaftar atau tidak melalui Pautan Laman Sesawang NPRA.

3+ Quest

Sekian sahaja pengkongsian kali ini. Ingat, sebelum menggunakan ubat-ubatan atau produk kosmetik, pastinya ia mempunyai Nombor Pendaftaran MAL dan NOT serta label hologram. Jangan mudah tertipu kerana anda pengguna yang bijak. 




Continue Reading

Saturday, 10 July 2021

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Vitamin C | Lydia Aramina

faq vitamin c

Vitamin C dianggap sebagai vitamin serba boleh kerana senarai manfaatnya yang mengagumkan. Di sini, Lydia memberikan jawapan terhadap soalan-soalan yang mungkin ditanya mengenai bahan terbaik ini yang menyokong dalam kesihatan badan.


Q: Adakah lebih baik mengambil dos vitamin C yang lebih tinggi pada satu masa atau mengambil dos vitamin C yang kecil sepanjang hari?

Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu kita perlu menambah vitamin penting ini melalui diet. Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan anda hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya jika berlebihan. 

Pilihan untuk mengambil vitamin C melalui Sustained Release Vita-C Plus™ dimana 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan maksimum pada badan. Warga emas dan mereka yang merasa tidak sihat mungkin memerlukan rangsangan tambahan vitamin C bagi perlindungan tambahan.


Q: Saya makan makanan sihat termasuk buah-buahan dan sayuran. Perlu kah saya mengambil vitamin C?

Kandungan vitamin C dalam buah-buahan dan sayuran mungkin berbeza-beza, terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah. Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian, kerana kos yang tinggi. Cara bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen. Sustained Release Vita-C Plus™ hanya memberikan kos 43 sen sahaja setiap biji!


Q: Saya mempunyai gastrik. Saya dengar bahawa pesakit gastrik tidak digalakkan untuk mengambil suplemen vitamin C.

Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan sakit gastrik.Pilih vitamin C yang diekstrak dari jagung yang lembut serta sensitif pada perut.


Q: Berapa banyak vitamin C yang perlu saya makan setiap hari? 

Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/ hari. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimum kepada 2000mg/hari.

dos maksima vitamin c yang disarankan kkm


Q: Apa itu sistem pelepasan berperingkat? Adakah ia penting untuk saya?

Dengan sistem pelepasan berperingkat, vitamin C daripada tablet dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam badan dalam masa beberapa jam. Ini penting bagi memastikan vitamin C dibekalkan secara berterusan ke badan anda kerana vitamin ini tidak boleh dihasilkan atau disimpan dalam badan anda. Untuk perlindungan sepanjang hari, ambillah Shaklee Sustained Release Vita-C Plus.


Q: Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ mempunyai komponen yang dipanggil bioflavonoid. Apakah ia?

Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. Sebagai contoh, anda boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang. 

Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus, memberi anda kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam setiap tablet yang mudah ini.


Q: Bolehkah Vitamin C mencegah selsema?

Vitamin C boleh didapati dengan banyak dalam sel darah putih – salah satu daripada sel imun kita. Antara peranannya adalah untuk menyokong dan merangsang perlindungan imun. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen vitamin C secara berkala mengalami tempoh selesema yang lebih pendek dengan simptom yang lebih ringan. Bagaimanapun, kemungkinan untuk ia mencegah anda daripada mendapat selesema adalah rendah

Oleh kerana vitamin C selamat diambil setiap hari dalam jangka masa panjang, ada baiknya anda memulakan pengambilan vitamin C minimum 500mg setiap hari untuk merangsang perlindungan imun anda.


Q: Adakah benar perokok memerlukan lebih banyak Vitamin C?

Ya. Perokok menggunakan vitamin C di dalam badannya pada kadar yang lebih cepat, berbanding dengan bukan perokok. Satu kajian mendapati bahawa perokok mempunyai tahap vitamin C yang sangat rendah di dalam badan mereka manakala kajian lain pula mendapati individu yang mengalami kekurangan vitamin C berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan paru-paru. Oleh itu, suplemen vitamin C sangat disarankan kepada perokok dan mereka yang tinggal bersama perokok.


Q: Bilakah masa terbaik untuk mengambil Shaklee Sustained Release Vita-C Plus?

Masa terbaik untuk mengambil Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ adalah ketika atau selepas makan. Mulakan hari anda dengan Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ untuk perlindungan yang lebih kuat


Q: Adakah Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ sesuai untuk vegan?

Ya. Produk ini sesuai untuk semua vegan.


Q: Bolehkah saya potong separuh tablet Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ sebelum menelannya?

Anda tidak dinasihatkan untuk berbuat demikian kerana produk ini diformulasi dengan sistem pelepasan berperingkat. Memotong separuh tablet akan mensia-siakan manfaat masa pelepasan bagi produk ini.


Moga ini menjawab soalan anda semua. Terima kasih kerana sudi hadir di blog Lydia. Jangan lupa untuk kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda.

Lihat juga:

Sustained Release Vita C Plus Shaklee

Fungsi Vitamin C untuk Kulit dan Badan

Continue Reading

Wednesday, 7 July 2021

Bagaimana Mengatasi Masalah Rejection Part II | Lydia Aramina

Bagaimana mengatasi masalah rejection


Saya sudah sentuh cara rejection pertama dalam entri saya sebelum ini. Anda semua boleh baca balik di link bawah untuk part I jika belum sempat membaca lagi.

Bagaimana Mengatasi Masalah Rejection Part I

Jadi saya teruskan dengan cara kedua untuk kita atasi masalah rejection, iaitu kita melihat penolakan tersebut sebgai PERLINDUNGAN.

Perlindungan dari keadaan sesuatu atau seseorang yang tidak seharusnya ada dalam kehidupan kita lagi. Saya bagi situasi yang saya alami sendiri. Saya belajar pengajaran ini setelah impian saya untuk menjadi seorang doktor tidak tercapai.

Saya fikir waktu itu kalau saya jadi doktor, saya boleh bantu ramai orang sakit yang memerlukan. Mempunyai rumah dan kereta dan yang paling utama boleh bahagiakan orang tua saya.

Saya berusaha belajar bersungguh-sungguh siang malam dan mendapat keputusan cemerlang baik dalam kokurikulum mahupun korikulum. Cikgu pun cakap saya boleh. Tetapi saya tidak pernah diterima oleh mana-mana sekolah atau kelas Sains kerana keputusan saya tidak cukup cemerlang. Penat dan kecewa dengan diri sendiri.

Hidup telah menolak semua kerja keras yang saya buat. Daripada melihat impian saya sebagai perlindungan dari jalan kerjaya yang bukan yang terbaik untuk saya, saya menganggapnya sebagai peribadi.

Saya merasa seperti hidup membenci saya. Saya merasa bahawa nilai saya hampir tidak ada tanpa impian yang saya sayangi atau pengiktirafan yang saya dapat dari menjadi seorang doktor.

Kepercayaan bahawa saya adalah seorang yang gagal mendorong saya ke arah kemurungan paling gelap dalam hidup saya ketika itu. Saya ingin membunuh diri kerana saya fikir lebih baik mengakhiri hidup saya daripada menghadapi saat penolakan lain yang menyakitkan. Itu semua kerana saya tidak faham bagaimana menangani penolakan. 

Saya mempunyai pengalaman yang mengubah hidup yang memberi saya harapan dan tujuan dan membantu saya untuk mempercayai bahawa mungkin penolakan yang saya alami adalah perlindungan dari masa depan yang bukan yang terbaik bagi saya. 

Dan mungkin ada pekerjaan dan kehidupan di luar sana yang jauh lebih baik daripada apa yang saya impikan. Oleh itu, saya menghabiskan beberapa tahun untuk meneliti semua yang saya cari dengan tujuan dan makna. Saya baca buku. Saya mengikuti kursus dalam talian. Saya berdoa. Saya bermenditasi. Saya juga menonton banyak rancangan motivasi.

Saya mula mempelajari kemahiran baru dan meneroka minat baru. Anda tahu tak? Lama kelamaan, saya membina kehidupan yang saya sayangi dan nikmati lebih daripada kehidupan saya sebelumnya. 

Dan saya tidak akan pernah dapat melakukan itu sekiranya saya tidak alami rejection ini sepenuhnya. Daripada beranggapan penolakan yang bermaksud bahawa kita kurang berharga atau masa depan kita tidak pasti, kita harus melihatnya sebagai perlindungan dari sesuatu atau seseorang yang tidak seharusnya berada dalam kehidupan kita lagi.

Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kita berhenti melihat penolakan sebagai kekuatan negatif dan memalukan, dan kita mula melihat penolakan sebagai tools untuk  membangun dan sebagai pemangkin kejayaan besar. 

Apabila saya melihat orang-orang yang saya kagumi yang telah berjaya dalam hidup, saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka mengatasi penolakan yang mereka hadapi. Ini menyebabkan saya tertanya-tanya apakah mereka akan menjadi siapa mereka hari ini sekiranya bukan kerana bagaimana mereka memanfaatkan saat-saat penolakan mereka. 

Maksud saya, saya tertanya-tanya apakah Apple akan menjadi salah satu syarikat teknologi terbesar di dunia jika bukan kerana Steve Jobs ditolak oleh syarikatnya sendiri. 

Lebih penting lagi, saya tertanya-tanya bagaimana kehidupan anda jika anda kembali ke saat-saat penolakan anda, dan daripada menangis, marah, atau putus asa, anda melihat saat-saat itu dan menjadikannya sebagai projection dan protection.

Saya tertanya-tanya jika anda akan menemui kunci yang akan membuka jalan baru dalam kehidupan yang jauh melebihi apa yang anda fikirkan atau bayangkan. Saya tertanya-tanya apakah tahap kejayaan anda seterusnya jika terkunci di bawah saat penolakan anda yang paling menyakitkan. 

Saya mulakan dengan bertanya kepada anda bila kali terakhir anda merasa ditolak? Adakah daripada majikan? Bekas suami atau isteri? Ibu bapa? Seorang kawan? Atau hanya nasib buruk? 

Dan saya akan mengakhiri entri ini dengan bertanya kepada anda "Apa yang akan anda lakukan untuk mengatasi masalah ini?"

Sekian terima kasih. 

Continue Reading

Bakat Terpendam Ditemui Waktu PKP | Lydia Aramina

Lydia sedia maklum bahawa ramai asah bakat sewaktu bermulanya PKP yang pertama dahulu. Ada yang ambik kesempatan untuk belajar untuk memasak, bermain alat muzik, menari, menyanyi. Lydia juga tidak ketinggalan untuk mengasah bakat terpendam selama ini, iaitu melukis menggunakan kanvas dan acrylic paint.

Lydia tak sangka juga sebenarnya yang Lydia ada tangan seni sebab Lydia bukan budak seni dari bangku sekolah lagi. Lydia budak business, jadi sepanjang Lydia hidup, Lydia belajar untuk mengira sahaja. 

Macam mana Lydia terdetik untuk mulakan hobi baru ini? Mesti ada yang tertanya juga kan. Sebab terlalu bosan duduk rumah memanjang, Lydia mula tengok anime (Lydia dari kecik sampai ke besar masih layan anime tapi disebabkan sibuk dengan kerja, jarang tengok.)

Lydia tengok satu per satu movie anime dari Ghibli Studio waktu itu. Kalau siapa yang pernah tengok hasil kerja Ghibli Studio ini, korang tahu betapa cantiknya pemandangan yang diaorang hasilkan dalam movie diaorang. Sebab terlalu cantik, terdetik nak buat lukisan.

Lydia belajar dari Youtube sahaja waktu itu. Syukur sangat-sangat dengan Cikgu Youtube, banyak sangat membantu untuk Lydia hasil kerja Lydia. 

Jadi inilah hasil lukisan yang Lydia buat sepanjang PKP 1.0. Lydia banyak lukisan pemandangan la.


Lukisan pertamaku.Cotton Candy in the Sky.
Waktu ini memang rasa macam apa aku tengah buat ini. haha. Ini belum berguru dengan Mr Youtube lagi, jadi agak errr tak tau macam mana nak cakap. Macam gula kapas kan? 

Lukisan 2. A Little Bit of Country is Good for Your Soul.
Sebab Lydia rindu sangat-sangat dengan suasana kampung, inilah hasilnya. Ini dah tak sombong dah, mula cari Mr Youtube. 


Lukisan 3. We All Travel the Milky Way Together, Trees and Men. 
Teringat dengan langit di kampung Lydia waktu masih kecik lagi. Ada satu hari itu, langit malam penuh dengan bintang. Padat ya amat ya. Itulah pertama dan terakhir Lydia tengok langit macam itu.


Lukisan 4. Spring Garden. 
Rasanya lukisan yang paling lama Lydia buat. Lukisan ini inspirasi dari movie anime The Garden of Words by Makoto Shinkai. 


Lukisan 5. A Heart's a Heavy Burden. 
Siapa peminat movie anime Howl's Moving Castle dari Ghibli Studio sini kita geng. Korang mesti tahu tajuk yang Lydia bagi ini ayat siapa kan. Lydia suka sangat cerita itu sehingga Lydia sanggup belajar main musik piano cerita ini ya. Yang tak tengok lagi pergi tengok, ada dekat Netflix.


Lukisan 6: Bloody Sunset.
Ini sebab atas permintaan kawan, jadi kena tunaikan. Waktu hasilkan ini, Lydia teringat dengan sunset yang boleh dilihat dari Labanrata, Gunung Kinabalu. Memang merah jingga macam inilah atas itu. 


Lukisan 7. In the Morning.
Bila ada sunset kenalah ada sunrise kan? Lydia teringin tengok pagi macam ini dimana penuh dengan bunga. Tapi di Malaysia, payah nak buat padang bunga macam ini sebab cuaca kita panaskan. Jadi Lydia lukislah untuk pujuk hati ini. 

Lukisan 8. Wild Flower.
Ini juga salah satu impian Lydia untuk tengok padang penuh dengan wild flower. 


Mesti korang tertanya-tanya kenapa lukisan dia ini semua pemandangan macam ini. Ermmm. Sebabnya ialah Lydia biasa hidup dengan suasana kampung di mana kampung Lydia terletak di bawah kaki gunung. Sebab PKP kan tak boleh rentas daerah, jadi inilah ubat rindu Lydia waktu itu. 

Ada beberapa lagi hasil kerja Lydia yang lain. Korang boleh follow Instagram Lydia @tiaaramina atau klik sini untuk ke instagram Lydia 

Lydia tak buat tempahanlah buat masa sekarang. Ini hanyalah untuk mengisi masa lapang Lydia sahaja. 

Itu sahaja untuk kali ini. Korang waktu PKP yang pertama buat apa? Ce komen sikit. 




Continue Reading

Tuesday, 6 July 2021

Fungsi Vitamin C untuk Kulit dan Badan | Lydia Aramina

Fungsi Vitamin C untuk kulit dan badan

Tahukah anda bahawa tubuh kita mampu melalukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C kerana Vitamin C sejenis vitamin yang larut air. Oleh itu, anda perlu mengambil Vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen. Vitamin C boleh didapati secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia penting untuk pelbagai fungsi badan.

Seperti kita tahu juga bahawa ia sangat baik untuk tubuh badan kita lagi-lagi untuk kesihatan kulit dan tingkatkan imun sistem badan kita. Jika badan kita kekurangan Vitamin C dalam badan, kita mudah jatuh sakit lagi-lagi selesama.


Antara Fungsi Vitamin C adalah:-

1. Untuk Kesihatan Kulit 

Vitamin C adalah vitamin cantik dimana vitamin ini mempunyai antioksida yang tinggi. Antioksida berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dan mengelakkan berlakunya sunburn yang teruk. Ia umpama sunblock yang melindungi kulit kita dari dalam.Vitamin C juga mampu melawan radikal bebas supaya dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Jika anda mempunyai masalah jerawat baik di muka mahupun di badan, Vitamin C mampu memberikan kulit yang lebih bersih dan cerah. Ia juga mempercepatkan proses penyembuhan luka seperti luka jerawat, luka kecik atau luka dalam. Memudarkan parut juga ya dan sekatakan tona kulit.

Vitamin C komponen yang penting untuk kulit menghasilkan kolagen. Semakin meningkat usia kita, makin kuranglah badan kita menghasilkan kolagen, jadi kalau nak lambat proses penuaan, pastikan makan Vitamin C yang cukup ya.


2. Untuk Kesihatan Imun

Nak elak badan dari cepat jatuh sakit, pastikan badan kita cukup Vitamin C untuk meningkatkan sistem imunisasi anda. Vitamin C membantu meransang pengeluaran dari fungsi pelbagai sel imun. 

Kajian ke atas manusia telah menunjukkan bahawa Vitamin C bukan hanya mengurangkan tempoh selsema biasa tetapi boleh mengurangkan rasa deman dan keseujukan.


3. Untuk Kesihatan Ibu Hamil & Bayi

Ambil Vitamin C untuk memastikan ibu dan bayi juga sihat. Bagi ibu yang hamil, Vitamin C antara nutris yang penting kerana Vitamin C mampu meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik bagi mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Vitamin C juga penting untuk penghasilan kolagen bagi pembentukkan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang bagi bayi. Vitamin C juga memastikan kesihatan yang baik dan sokongan imun untuk si kecil. 


Oleh itu pengambilan Vitamin C dalam rutin harian kita baik untuk keseluruhan kesihatan kita di mana kita boleh mendapatkannya samada dalam makanan harian kita mahupun suplemen. 

Kalau ambik suplemen pastikan ambil yang semulajadi dan bukanlah yang sintetik kerana kita nak pakai badan kita lama. 

Itu sahaja daripada Lydia hari ini, semoga memberi manfaat kepada pembaca di luar sana. Jangan lupa untuk kongsikan bersama keluarga dan kawan-kawan ya.

Terima kasih semua.


Lihat juga:

Sustained Release Vita-C Plus


Continue Reading

Sunday, 4 July 2021

Sustained Release Vitamin C Shaklee | Lydia Aramina

 Sustained Release Vitamin C Shaklee

Vitamin yang paling lazim yang diambil oleh semua orang tak lain tak bukan Vitamin C. Dalam Shaklee ada Sustained Release Vita-C Plus. Vitamin C juga dikenali sebagai Ascorbic Acid di mana vitamin yang larut air. 

Vitamin yang sangat femas sebab kebaikannya dalam melindungi sistem imunisasi kita. Oleh sebab tubuh kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C, jadi kita perlu sentiasa dapatkan Vitamin C daripada pemakanan harian dan suplemen. Dan selebihnya, buah pinggang kita akan bantu singkirkan setiap hari. Jadi kita tidak dapat simpan dalam tubuh badan kita.

Sebab itu kita kena sentiasa mengambil Vitamin C dari usia muda. Dan biasanya Vitamin C boleh didapati secara semulajadi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Cuma, kandungan Vitamin C dalam setiap buah & sayur adalah berbeza.

Lydia percaya ramai dah tahu bahawa Vitamin C ini memang sangat-sangat penting untuk tingkatkan imun sistem. Dan secara amnya, jika kita kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan anda mudah sakit terutamanya selsema. 


Adakah Anda Mendapatkan Vitamin C yang Mencukupi?

Kekurangan Vitamin C dalam badan

Jika anda mengalami masalah di atas, badan anda mungkin kekurangan Vitamin C dalam badan.


Manfaat Vitamin C

Manfaat vitamin c

Kesihatan Imun
Vitamin C menyokong fungsi dan mengurangkan tempoh deman dan kesejukkan.
- Membantu merangsang pengeluaran dan fungsi pelbagai sel imun
- Membantu badan anda menghasilkan antibodi penting: protein yang mengikat mikrob menyerang untuk meneutralkannya.

Kesihatan Kulit
Perlindungan antioksida
- Mengurangkan garisan halus, kulit kering dan kulit kasar
- Menggalakkan penghasilan kolagen dari sel kulit
- Membantu penyembuhan luka
- Mempertahankan kulit daripada radikal bebas

Kesihatan Ibu & Bayi
Pranatal
- Boleh meningkatkan kesuburan
- Tingkatkan penyerapan zat besi dan asid folik
- Kurangkan risiko kelahiran pramatang
- Pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang
Postnatal
- Untuk kesihatan yang baik dan sokongan imun


Keisitimewaan Vitamin C Shaklee

Sistem pelepasan berperingkat vitamin c shaklee

Vitamin C yang kaya dengan Bioflavoniod

Vitamin C Shaklee Murah


Vitamin C Shaklee tinggi antioksidan


1 botol Sustained Release Vita-C Plus = 180 tablets
1 tablet 1 hari (1 botol untuk 6 bulan pengambilan)

Harga Ahli: RM78
Harga Runcit: RM98

Untuk mendapat produk ini boleh hubungi Whatsapp Lydia ya. 



Lihat juga:


Continue Reading

Saturday, 3 July 2021

Tips Pudarkan Hyper-Pigmentation atau Parut Jerawat | Lydia Aramina


Lydia fikir semuanya akan menjadi tenang apabila kulit kita bebas atau kurang jerawat tetapi hidup tidak semudah yang kita sangkakan. Ada hal lain lagi yang akan membuat kita tidak tenteram selepas muka bersih iaitu tak lain tak bukan, PARUT JERAWAT ataupun HYPER-PIGMENTATION.

Jadi hari ini, Lydia secara khususnya akan kongsikan topik bagaimana untuk mengatasi masalah hiper-pigmentasi selepas radang. Entri kali ini juga akan bermanfaat bagi anda yang menghadapi masalah perubahan warna kulit termasuk, melasma, sun spots, age spots atau brown spots. 

Oleh itu, mari kita mulakan.

Lydia yakin "Dengan produk dan ingredients penjagaan kulit yang betul dan amalan yang betul, anda akan mengatasi masalah ini". 


Mari kita bincangkan bagaimana rutin penjagaan kulit muka anda.


1. Anda mesti mempunyai serum atau ampoule atau essence yang mempunyai ingredients yang berkesan dan aktif dimana boleh bekerjasama untuk pengeluaran melanin. Jadi ini akan menjadi satu kaedah pencegahan atau mengatasi proses hiper-pigmentasi yang sedang berlaku. Lydia akan cerita ingredient aktif ini kemudian ya. 

2. Melembapkan kulit. Sekiranya moisture barrier anda terganggu atau rosak, kulit anda akan melambatkan proses penyembuhan. Sebab itu penting untuk membuatnya berfungsi dengan sendirinya dan jangan sesekali mengeringkan kulit anda.

3. Pastikan sentiasa menggunakan SUNSCREEN pada siang hari, di dalam dan di luar rumah. WAJIB! Jika anda tidak mahu menggunakan sunscreen, anda boleh keluar daripada entri ini ya. Sebab tidak ada gunanya melakukan semua ini jika anda tidak menggunakan sunscreen. 

4. Gunakan exfoliator chemical seperti AHA. Jenis-jenis AHA adalah Glycolic Acid, Lactic Acid dan Mandelic Acid. AHA going to push that accelerate that alerts turnover so that your healing process kinds of speeds up a little bit. Ia juga befungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati di atas permukaan kulit muka supaya kulit kita lebih bersih.

5. Dan terakhir, anda harus mempunyai kesabaran dan komitmen dalam penjagaan kulit anda. Berikan masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 bulan untuk melihat hasil dengan rutin penjagaan kulit ini. 


Active ingredients yang perlu anda cari untuk kulit anda. 

Ada 4 active ingredients yang boleh anda pakai untuk memudarkan hyper-pigmentation iaitu Vitamin A, Vitamin B3, Vitamin C dan Arbutin. Untuk ini, anda boleh lihat di link bawah untuk keterangan lebih lanjut untuk setiap jenis active ingredients. 

Jenis-Jenis Active Ingredients dalam Skincare Products.


Sekiranya anda mencari ingredients yang lebih semulajadi

Bearberry Extract adalah sumber Arbutin, jadi itulah sebabnya anda melihat sebilangan besar ektrack ini ada dalam product skincare untuk mencerahkan kuli. 

Dua ingredients yang lain yang boleh anda cari jika anda suka yang natural sahaja adalah Mulberry Extract dan Licorice Root Extract. 


Oils can help too!

Sebilangan minyak mempunyai sifat regenerating yang luar biasa. Kebanyakan Skincare Guru mengesyorkan Tamanu Oil. Tamanu Oil sebenarnya boleh membantu masalah Ezcema, sunburn yang teruk, scaly skin atau jerawat dan bekas jerawat dan stretch marks. It's because it has an amazing wound healing and skin regenerating and skin rejuvenating property. 

Minyak lain yang popular juga adalah Rose Hip Oil dan Sea Buckthorn Oil. 

Contoh, The Ordinary Rose Hip Seed Oil. Harga produk ini agak berpatutan. Ia kaya dengan Vitamin A Retinoic Acid, sebab itu ia sebenarnya boleh menyerap jauh ke dalam kulit dan mendorong penghasilan kulit yang baru. Ia juga kaya dengan Vitamin C dimana ia membantu untuk mencerahkan dan sekatakan tona kulit. Sesuai untuk kulit yang berminyak kerana ia mempunyai Linoleic Acid yang bersifat minyak yang kering. Sangat sesuai untuk jenis kulit acne-prone.

Sea Buckthorn Oil popular dengan memudarkan parut jerawat dan membersihkan kulit dari jerawat sebab ia bersifat anti-radang. Ia juga tinggi dengan antioksidan. Jadi ia sesuai dengan semua jenis kulit muka. But the thing is that it's a little bit heavy. Kaya dengan Oleic Acid, jadi ia agak tidak sesuai untuk kulit berminyak dan acne-prone skin types. But you can use it as spot treatment. 


Jadi ini sahaja daripada Lydia mengenai bagaimana mengatasi masalah hyper-pigmentation. Ia memerlukan banyak kesabaran dan konsisten. Dengan kedua-dua ini, anda akan berpuas hati dengan hasil di hari akan datang. 

Jika anda ada sebarang pertanyaan, jangan malu jangan segan untuk tinggalkan pertanyaan anda di ruangan komen. Lydia cuba tolong sebaik yang mungkin.

Jangan lupa juga untuk share entri ini kepada rakan-rakan atau keluarga yang mengalami masalah ini. 

Terima kasih semua dan kita berjumpa lagi di entri yang seterusnya.    



Continue Reading

Friday, 2 July 2021

Jenis-Jenis Active Ingredients dalam Skincare Products | Lydia Aramina


Untuk entri kali ini Lydia nak kongsikan jenis-jenis active ingredients dalam skincare products kita. Penting ya untuk kita ketahui semua ini untuk elakkan kulit kita breakout dengan teruk. 

Sekarang Lydia akan menguraikan setiap jenis active ingredients dan cadangkan beberapa produk kepada anda. Jom kita mula. 


1. Vitamin A - Retinoic Acid, Retinol

Kita mulakan dengan Vitamin A. Contoh Vitamin A ialah Retinoic Acid dan kebanyakan produk di luar sana disebut Retinol. Lydia jujur dengan anda yang Lydia tak pernah lagi mencuba Retinol.

Lydia agak ragu-ragu dan agak takut untuk mencubanya kerana Lydia tahu betapa irritating nya untuk pertama kali mencuba produk yang ada active ingredients ini. Kita juga kena lalui fasa purging itu.

Lydia ingin mencubanya kerana ini adalah satu-satunya ingredient yang terbukti secara klinikal di mana Vitamin A dapat rewind balik usia kulit kita. Vitamin A tidak hanya dapat mengurangkan tona warna kulit yang tidak sekata atau hyper-pigmentation atau jerawat, ia juga berfungsi untuk membaiki kerosakan DNA pada sel kulit. 

Apabila anda mula menggunakan produk ini, anda memerlukan banyak kesabaran untuk melihat hasilnya dan jangan berhenti setengah jalan ok.  

Untuk masa sekarang, Lydia cukup puas hati dengan produk lain yang Lydia gunakan sekarang, jadi Lydia review baliklah tentang Retinol ini kalau Lydia dah pakai ok semua. 


2. Vitamin B3 - Niacinamide 


Kita ada Vitamin B3 aka Niacinamide aka my favorite ingredient. It's amazing at suppressing Melanin production. Anti-penuaan yang luar biasa, bahan pelembab yang luar biasa di mana ia mempunyai sifat ati-radang yang hebat dan juga mengawal pengeluaran sebum. 

Jika anda mencari Niacinamide yang lebih berkesan, anda cari yang 5% atau lebih tinggi dari itu. Lydia ada produk Niacinamide yang Lydia suka iaitu The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%. 

It is not irritating at all. Skin Lydia boleh tolerate dengan sangat baik. Tetapi masalahnya adalah dia mengelupas. Jadi Lydia tak boleh lapiskan ini di bawah makeup bermaksud Lydia tak guna waktu siang tetapi guna sebelum tidur. 


3. Vitamin C - L-ascorbic Acid, SAP, MAP etc


Vitamin C adalah ingredient yang luar biasa untuk mencerahkan dan sekatakan tona warna kulit. Bersifat antioksidan. Apa-apa dengan "Ascorbic" atau "Ascorbyl berkait rapat dengan Vitamin C. 

Antara banyak-banyak Vitamin C, L-Ascorbic Acid masih berada di tangga teratas yang biasa digunakan. Jadi tidak hairan jika ada banyak produk skincare vitamin C yang mempunyai ingredient ini.

Lydia anggap produk vitamin C ini sebagai "High-maintenance girlfriend" yang tidak dapat dipuaskan kerana produk ini mempunyai banyak ragam. Jadi pembungkusan sangat memainkan peranan penting untuk menyimpan vitamin C ini.

Jika ia dibungkus dengan clear bottle, jangan sesekali beli. Sekiranya terdapat dalam bentuk dropper pula, gunakan secepat yang mungkin. Packaging yang ideal hanyalah packaging yang menggunakan air-lift-air-tight pump. 

Vitamin C yang berkesan adalah antara 10% hingga 30%. Dan L-Ascorbic Acid yang berkesan, ia mestilah berada dalam range pH 3 hingga 3.5 sahaja. Itu sebabnya anda merasakan tangling pada kulit kerana ia bersifat acidic. 


4. Arbutin

Arbutin sangat popular dahulu tetapi Niacinamide rampas popular Arbutin kerana Niacinamide mempunyai formulasi yang lebih stabil dan diterima oleh ramai orang serta harga yang lebih murah.

Tetapi Arbutin terkenal sebagai ingredient untuk mencerahkan kulit.  


Setiap active ingredients mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Tetapi ingin Lydia nasihatkan bahawa jika anda ingin menggunakan produk ini, pastikan basic skincare dah strong terutamanya sunscreen. Kalau tidak pernah guna sunscreen lagi, sekaranglah masanya anda menggunakan sunscreen. 

Untuk sebarang pertanyaan, jangan malu jangan segan untuk tanya di ruang komen ya. Lydia akan bantu sebaik yang mungkin. 

Jangan lupa untuk kongsikan entri Lydia ini kepada orang lain.

Sekian Terima Kasih.



Continue Reading