Saturday, 10 July 2021

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Vitamin C | Lydia Aramina

faq vitamin c

Vitamin C dianggap sebagai vitamin serba boleh kerana senarai manfaatnya yang mengagumkan. Di sini, Lydia memberikan jawapan terhadap soalan-soalan yang mungkin ditanya mengenai bahan terbaik ini yang menyokong dalam kesihatan badan.


Q: Adakah lebih baik mengambil dos vitamin C yang lebih tinggi pada satu masa atau mengambil dos vitamin C yang kecil sepanjang hari?

Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu kita perlu menambah vitamin penting ini melalui diet. Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan anda hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya jika berlebihan. 

Pilihan untuk mengambil vitamin C melalui Sustained Release Vita-C Plus™ dimana 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan maksimum pada badan. Warga emas dan mereka yang merasa tidak sihat mungkin memerlukan rangsangan tambahan vitamin C bagi perlindungan tambahan.


Q: Saya makan makanan sihat termasuk buah-buahan dan sayuran. Perlu kah saya mengambil vitamin C?

Kandungan vitamin C dalam buah-buahan dan sayuran mungkin berbeza-beza, terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah. Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian, kerana kos yang tinggi. Cara bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen. Sustained Release Vita-C Plus™ hanya memberikan kos 43 sen sahaja setiap biji!


Q: Saya mempunyai gastrik. Saya dengar bahawa pesakit gastrik tidak digalakkan untuk mengambil suplemen vitamin C.

Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan sakit gastrik.Pilih vitamin C yang diekstrak dari jagung yang lembut serta sensitif pada perut.


Q: Berapa banyak vitamin C yang perlu saya makan setiap hari? 

Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/ hari. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimum kepada 2000mg/hari.

dos maksima vitamin c yang disarankan kkm


Q: Apa itu sistem pelepasan berperingkat? Adakah ia penting untuk saya?

Dengan sistem pelepasan berperingkat, vitamin C daripada tablet dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam badan dalam masa beberapa jam. Ini penting bagi memastikan vitamin C dibekalkan secara berterusan ke badan anda kerana vitamin ini tidak boleh dihasilkan atau disimpan dalam badan anda. Untuk perlindungan sepanjang hari, ambillah Shaklee Sustained Release Vita-C Plus.


Q: Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ mempunyai komponen yang dipanggil bioflavonoid. Apakah ia?

Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. Sebagai contoh, anda boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang. 

Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus, memberi anda kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam setiap tablet yang mudah ini.


Q: Bolehkah Vitamin C mencegah selsema?

Vitamin C boleh didapati dengan banyak dalam sel darah putih – salah satu daripada sel imun kita. Antara peranannya adalah untuk menyokong dan merangsang perlindungan imun. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen vitamin C secara berkala mengalami tempoh selesema yang lebih pendek dengan simptom yang lebih ringan. Bagaimanapun, kemungkinan untuk ia mencegah anda daripada mendapat selesema adalah rendah

Oleh kerana vitamin C selamat diambil setiap hari dalam jangka masa panjang, ada baiknya anda memulakan pengambilan vitamin C minimum 500mg setiap hari untuk merangsang perlindungan imun anda.


Q: Adakah benar perokok memerlukan lebih banyak Vitamin C?

Ya. Perokok menggunakan vitamin C di dalam badannya pada kadar yang lebih cepat, berbanding dengan bukan perokok. Satu kajian mendapati bahawa perokok mempunyai tahap vitamin C yang sangat rendah di dalam badan mereka manakala kajian lain pula mendapati individu yang mengalami kekurangan vitamin C berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan paru-paru. Oleh itu, suplemen vitamin C sangat disarankan kepada perokok dan mereka yang tinggal bersama perokok.


Q: Bilakah masa terbaik untuk mengambil Shaklee Sustained Release Vita-C Plus?

Masa terbaik untuk mengambil Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ adalah ketika atau selepas makan. Mulakan hari anda dengan Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ untuk perlindungan yang lebih kuat


Q: Adakah Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ sesuai untuk vegan?

Ya. Produk ini sesuai untuk semua vegan.


Q: Bolehkah saya potong separuh tablet Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ sebelum menelannya?

Anda tidak dinasihatkan untuk berbuat demikian kerana produk ini diformulasi dengan sistem pelepasan berperingkat. Memotong separuh tablet akan mensia-siakan manfaat masa pelepasan bagi produk ini.


Moga ini menjawab soalan anda semua. Terima kasih kerana sudi hadir di blog Lydia. Jangan lupa untuk kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda.

Lihat juga:

Sustained Release Vita C Plus Shaklee

Fungsi Vitamin C untuk Kulit dan Badan

0 comments:

Post a Comment