Wednesday, 7 July 2021

Bakat Terpendam Ditemui Waktu PKP | Lydia Aramina

Lydia sedia maklum bahawa ramai asah bakat sewaktu bermulanya PKP yang pertama dahulu. Ada yang ambik kesempatan untuk belajar untuk memasak, bermain alat muzik, menari, menyanyi. Lydia juga tidak ketinggalan untuk mengasah bakat terpendam selama ini, iaitu melukis menggunakan kanvas dan acrylic paint.

Lydia tak sangka juga sebenarnya yang Lydia ada tangan seni sebab Lydia bukan budak seni dari bangku sekolah lagi. Lydia budak business, jadi sepanjang Lydia hidup, Lydia belajar untuk mengira sahaja. 

Macam mana Lydia terdetik untuk mulakan hobi baru ini? Mesti ada yang tertanya juga kan. Sebab terlalu bosan duduk rumah memanjang, Lydia mula tengok anime (Lydia dari kecik sampai ke besar masih layan anime tapi disebabkan sibuk dengan kerja, jarang tengok.)

Lydia tengok satu per satu movie anime dari Ghibli Studio waktu itu. Kalau siapa yang pernah tengok hasil kerja Ghibli Studio ini, korang tahu betapa cantiknya pemandangan yang diaorang hasilkan dalam movie diaorang. Sebab terlalu cantik, terdetik nak buat lukisan.

Lydia belajar dari Youtube sahaja waktu itu. Syukur sangat-sangat dengan Cikgu Youtube, banyak sangat membantu untuk Lydia hasil kerja Lydia. 

Jadi inilah hasil lukisan yang Lydia buat sepanjang PKP 1.0. Lydia banyak lukisan pemandangan la.


Lukisan pertamaku.Cotton Candy in the Sky.
Waktu ini memang rasa macam apa aku tengah buat ini. haha. Ini belum berguru dengan Mr Youtube lagi, jadi agak errr tak tau macam mana nak cakap. Macam gula kapas kan? 

Lukisan 2. A Little Bit of Country is Good for Your Soul.
Sebab Lydia rindu sangat-sangat dengan suasana kampung, inilah hasilnya. Ini dah tak sombong dah, mula cari Mr Youtube. 


Lukisan 3. We All Travel the Milky Way Together, Trees and Men. 
Teringat dengan langit di kampung Lydia waktu masih kecik lagi. Ada satu hari itu, langit malam penuh dengan bintang. Padat ya amat ya. Itulah pertama dan terakhir Lydia tengok langit macam itu.


Lukisan 4. Spring Garden. 
Rasanya lukisan yang paling lama Lydia buat. Lukisan ini inspirasi dari movie anime The Garden of Words by Makoto Shinkai. 


Lukisan 5. A Heart's a Heavy Burden. 
Siapa peminat movie anime Howl's Moving Castle dari Ghibli Studio sini kita geng. Korang mesti tahu tajuk yang Lydia bagi ini ayat siapa kan. Lydia suka sangat cerita itu sehingga Lydia sanggup belajar main musik piano cerita ini ya. Yang tak tengok lagi pergi tengok, ada dekat Netflix.


Lukisan 6: Bloody Sunset.
Ini sebab atas permintaan kawan, jadi kena tunaikan. Waktu hasilkan ini, Lydia teringat dengan sunset yang boleh dilihat dari Labanrata, Gunung Kinabalu. Memang merah jingga macam inilah atas itu. 


Lukisan 7. In the Morning.
Bila ada sunset kenalah ada sunrise kan? Lydia teringin tengok pagi macam ini dimana penuh dengan bunga. Tapi di Malaysia, payah nak buat padang bunga macam ini sebab cuaca kita panaskan. Jadi Lydia lukislah untuk pujuk hati ini. 

Lukisan 8. Wild Flower.
Ini juga salah satu impian Lydia untuk tengok padang penuh dengan wild flower. 


Mesti korang tertanya-tanya kenapa lukisan dia ini semua pemandangan macam ini. Ermmm. Sebabnya ialah Lydia biasa hidup dengan suasana kampung di mana kampung Lydia terletak di bawah kaki gunung. Sebab PKP kan tak boleh rentas daerah, jadi inilah ubat rindu Lydia waktu itu. 

Ada beberapa lagi hasil kerja Lydia yang lain. Korang boleh follow Instagram Lydia @tiaaramina atau klik sini untuk ke instagram Lydia 

Lydia tak buat tempahanlah buat masa sekarang. Ini hanyalah untuk mengisi masa lapang Lydia sahaja. 

Itu sahaja untuk kali ini. Korang waktu PKP yang pertama buat apa? Ce komen sikit. 




0 comments:

Post a Comment