Kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam hal ini supaya wang yang kita belanjakan tidak dibazirkan dan kesihatan kita juga tidak terjejas. Di sini, saya ingin kongsikan bagaimana kita boleh mengetahui bahawa ubat atau suplemen yang kita makan adalah berdaftar dan selamat.
Semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian yang dilakukan terhadap produk tersebut adalah untuk memastikan kualiti dan keselamatan serta keberkesanan produk farmaseutikal dan ubat-ubatan traditional terjamin untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.
Ada dua ciri-ciri utama produk yang berdaftar dengan PBKD.
1. Nombor Pendaftaran MAL
Bermula dengan perkataan MAL diikuti 8 digit Nombor Pendaftaran, diakhiri dengan huruf A, X, T, atau N. Contoh MAL43215678N.
Bagi barang kosmestik pula adalah bermula dengan NOT diikuti 9 digit Nombor Pendaftaran dan diakhiri dengan huruf K.
Contoh NOT123456789K.
2. Label Hologram Farmatag
Pelekat Keselamatan Hologram wajib dilekatkan pada setiap bungkusan ubat bermula tahun 2006.
Gunakan Dekoder Meditag untuk mengesahkan ketulenan hologram. Bawa ubat anda ke farmasi swasta berdekatan untuk semakan.
Selain itu anda juga boleh mengesahkan sama ada produk tersebut telah berdaftar atau tidak melalui Pautan Laman Sesawang NPRA.
Sekian sahaja pengkongsian kali ini. Ingat, sebelum menggunakan ubat-ubatan atau produk kosmetik, pastinya ia mempunyai Nombor Pendaftaran MAL dan NOT serta label hologram. Jangan mudah tertipu kerana anda pengguna yang bijak.
0 comments:
Post a Comment