Tuesday, 6 July 2021

Fungsi Vitamin C untuk Kulit dan Badan | Lydia Aramina

Fungsi Vitamin C untuk kulit dan badan

Tahukah anda bahawa tubuh kita mampu melalukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C kerana Vitamin C sejenis vitamin yang larut air. Oleh itu, anda perlu mengambil Vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen. Vitamin C boleh didapati secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia penting untuk pelbagai fungsi badan.

Seperti kita tahu juga bahawa ia sangat baik untuk tubuh badan kita lagi-lagi untuk kesihatan kulit dan tingkatkan imun sistem badan kita. Jika badan kita kekurangan Vitamin C dalam badan, kita mudah jatuh sakit lagi-lagi selesama.


Antara Fungsi Vitamin C adalah:-

1. Untuk Kesihatan Kulit 

Vitamin C adalah vitamin cantik dimana vitamin ini mempunyai antioksida yang tinggi. Antioksida berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dan mengelakkan berlakunya sunburn yang teruk. Ia umpama sunblock yang melindungi kulit kita dari dalam.Vitamin C juga mampu melawan radikal bebas supaya dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Jika anda mempunyai masalah jerawat baik di muka mahupun di badan, Vitamin C mampu memberikan kulit yang lebih bersih dan cerah. Ia juga mempercepatkan proses penyembuhan luka seperti luka jerawat, luka kecik atau luka dalam. Memudarkan parut juga ya dan sekatakan tona kulit.

Vitamin C komponen yang penting untuk kulit menghasilkan kolagen. Semakin meningkat usia kita, makin kuranglah badan kita menghasilkan kolagen, jadi kalau nak lambat proses penuaan, pastikan makan Vitamin C yang cukup ya.


2. Untuk Kesihatan Imun

Nak elak badan dari cepat jatuh sakit, pastikan badan kita cukup Vitamin C untuk meningkatkan sistem imunisasi anda. Vitamin C membantu meransang pengeluaran dari fungsi pelbagai sel imun. 

Kajian ke atas manusia telah menunjukkan bahawa Vitamin C bukan hanya mengurangkan tempoh selsema biasa tetapi boleh mengurangkan rasa deman dan keseujukan.


3. Untuk Kesihatan Ibu Hamil & Bayi

Ambil Vitamin C untuk memastikan ibu dan bayi juga sihat. Bagi ibu yang hamil, Vitamin C antara nutris yang penting kerana Vitamin C mampu meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik bagi mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Vitamin C juga penting untuk penghasilan kolagen bagi pembentukkan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang bagi bayi. Vitamin C juga memastikan kesihatan yang baik dan sokongan imun untuk si kecil. 


Oleh itu pengambilan Vitamin C dalam rutin harian kita baik untuk keseluruhan kesihatan kita di mana kita boleh mendapatkannya samada dalam makanan harian kita mahupun suplemen. 

Kalau ambik suplemen pastikan ambil yang semulajadi dan bukanlah yang sintetik kerana kita nak pakai badan kita lama. 

Itu sahaja daripada Lydia hari ini, semoga memberi manfaat kepada pembaca di luar sana. Jangan lupa untuk kongsikan bersama keluarga dan kawan-kawan ya.

Terima kasih semua.


Lihat juga:

Sustained Release Vita-C Plus


0 comments:

Post a Comment