Friday, 2 July 2021

Jenis-Jenis Active Ingredients dalam Skincare Products | Lydia Aramina


Untuk entri kali ini Lydia nak kongsikan jenis-jenis active ingredients dalam skincare products kita. Penting ya untuk kita ketahui semua ini untuk elakkan kulit kita breakout dengan teruk. 

Sekarang Lydia akan menguraikan setiap jenis active ingredients dan cadangkan beberapa produk kepada anda. Jom kita mula. 


1. Vitamin A - Retinoic Acid, Retinol

Kita mulakan dengan Vitamin A. Contoh Vitamin A ialah Retinoic Acid dan kebanyakan produk di luar sana disebut Retinol. Lydia jujur dengan anda yang Lydia tak pernah lagi mencuba Retinol.

Lydia agak ragu-ragu dan agak takut untuk mencubanya kerana Lydia tahu betapa irritating nya untuk pertama kali mencuba produk yang ada active ingredients ini. Kita juga kena lalui fasa purging itu.

Lydia ingin mencubanya kerana ini adalah satu-satunya ingredient yang terbukti secara klinikal di mana Vitamin A dapat rewind balik usia kulit kita. Vitamin A tidak hanya dapat mengurangkan tona warna kulit yang tidak sekata atau hyper-pigmentation atau jerawat, ia juga berfungsi untuk membaiki kerosakan DNA pada sel kulit. 

Apabila anda mula menggunakan produk ini, anda memerlukan banyak kesabaran untuk melihat hasilnya dan jangan berhenti setengah jalan ok.  

Untuk masa sekarang, Lydia cukup puas hati dengan produk lain yang Lydia gunakan sekarang, jadi Lydia review baliklah tentang Retinol ini kalau Lydia dah pakai ok semua. 


2. Vitamin B3 - Niacinamide 


Kita ada Vitamin B3 aka Niacinamide aka my favorite ingredient. It's amazing at suppressing Melanin production. Anti-penuaan yang luar biasa, bahan pelembab yang luar biasa di mana ia mempunyai sifat ati-radang yang hebat dan juga mengawal pengeluaran sebum. 

Jika anda mencari Niacinamide yang lebih berkesan, anda cari yang 5% atau lebih tinggi dari itu. Lydia ada produk Niacinamide yang Lydia suka iaitu The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%. 

It is not irritating at all. Skin Lydia boleh tolerate dengan sangat baik. Tetapi masalahnya adalah dia mengelupas. Jadi Lydia tak boleh lapiskan ini di bawah makeup bermaksud Lydia tak guna waktu siang tetapi guna sebelum tidur. 


3. Vitamin C - L-ascorbic Acid, SAP, MAP etc


Vitamin C adalah ingredient yang luar biasa untuk mencerahkan dan sekatakan tona warna kulit. Bersifat antioksidan. Apa-apa dengan "Ascorbic" atau "Ascorbyl berkait rapat dengan Vitamin C. 

Antara banyak-banyak Vitamin C, L-Ascorbic Acid masih berada di tangga teratas yang biasa digunakan. Jadi tidak hairan jika ada banyak produk skincare vitamin C yang mempunyai ingredient ini.

Lydia anggap produk vitamin C ini sebagai "High-maintenance girlfriend" yang tidak dapat dipuaskan kerana produk ini mempunyai banyak ragam. Jadi pembungkusan sangat memainkan peranan penting untuk menyimpan vitamin C ini.

Jika ia dibungkus dengan clear bottle, jangan sesekali beli. Sekiranya terdapat dalam bentuk dropper pula, gunakan secepat yang mungkin. Packaging yang ideal hanyalah packaging yang menggunakan air-lift-air-tight pump. 

Vitamin C yang berkesan adalah antara 10% hingga 30%. Dan L-Ascorbic Acid yang berkesan, ia mestilah berada dalam range pH 3 hingga 3.5 sahaja. Itu sebabnya anda merasakan tangling pada kulit kerana ia bersifat acidic. 


4. Arbutin

Arbutin sangat popular dahulu tetapi Niacinamide rampas popular Arbutin kerana Niacinamide mempunyai formulasi yang lebih stabil dan diterima oleh ramai orang serta harga yang lebih murah.

Tetapi Arbutin terkenal sebagai ingredient untuk mencerahkan kulit.  


Setiap active ingredients mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Tetapi ingin Lydia nasihatkan bahawa jika anda ingin menggunakan produk ini, pastikan basic skincare dah strong terutamanya sunscreen. Kalau tidak pernah guna sunscreen lagi, sekaranglah masanya anda menggunakan sunscreen. 

Untuk sebarang pertanyaan, jangan malu jangan segan untuk tanya di ruang komen ya. Lydia akan bantu sebaik yang mungkin. 

Jangan lupa untuk kongsikan entri Lydia ini kepada orang lain.

Sekian Terima Kasih.



0 comments:

Post a Comment