Sunday, 25 July 2021

Tingkatkan Sistem Imun secara Semulajadi | Lydia Aramina

Tingkatkan imun sistem secara semulajadi


Sistem imun anda adalah penting. Ia merupakan tentera peribadi yang mengawal badan anda 24/7 untuk menentang serangan dari penyerang (bakteria, kulat dan virus), dan bertindak sebagai satu pertahanan terhadap jangkitan dan pertumbuhan sel tidak normal.

Selain melindungi anda dari jagkitan, sistem imun juga boleh mengurangkan keterukan jangkitan. Keupayaan sistem imun anda untuk mengingati serangan penyakit yang terdahulu membuatkan anda lebih bersedia untuk berlawan dengan jangkitan-jangkitan serupa pada masa akan datang, membenarkan anda pulih lebih cepat dan mencegah daripada menghasilkan isu-isu kesihatan yang lebih serius.

Sistem imun yang lemah akan membuatkan anda lebih mudah dipengaruhi kepada beberapa serangan yang boleh menimbulkan huru-hara didalam badan. Mengamalkan gaya hdup sihat dan pengurusan tekanan yang baik, dilengkapi dengan diet yang berkhasiat dan disokong oleh makanan tambahan yang diperlukan menggambarkan pendekatan holistik dalam menjaga sistem imun anda untuk memaksimumkan perlindungan badan anda daripada bahaya. 

Adakah anda tahu?

Terdapat 3 tahap pertahanan dalam sistem imun anda. Apa membentuk keimunan anda bukanlah satu entiti tunggal, tetapi satu sistem organ, sel dan tisu yang hadir di seluruh anggota badan anda. Adalah penting untuk memupuk semua 3 tahap perlindungan imun untuk membuatkan badan anda kuat dan sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana 3 tahap perlindungan imun bekerja boleh klik link di bawah.

Bagaimana Cara Imun Bekerja Menolak Virus atau Kuman


Nutrien yang meransangkan sistem imun

1. Protein

Protein menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.

Contoh makanan tinggi protein adalah daging, ayam, ikan, makanan laut, produk tenusu dan sebagainya.

2. Vitamin dan Mineral

Membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.

Contoh makanan tinggi vitamin dan mineral adalah bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan sebagainya. 

3. Omega 3

Terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan, dan gerak balas imun yang terlalu aktif. 

Contoh makanan tinggi omega3 adalah ikan salmon, ikan tuna, ikan sardin, flexseed, chia seeds dan sebagainya.

4. Biji Labu, Biji Plantago, Bunga Safflower, Honeysuckle Jepun

Meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.

5. Karotenoid

Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.

Contoh makanan tinggi karotenoid adalah keladi, bayam, tembikai, lada belanga, lobak merah dan sebagainya.

6. Bawang Putih

Antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

7. Vitamin C

"Otot" sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing.

Contoh makanan tinggi vitamin C adalah buah sitrus, strawberi, blackcurrants, brokoli, kentang dan sebagainya.

8. Resveratrol & Polifenol

Meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semula jadi semasa membaiki dan melindungi sel-sel DNA.

Contoh makanan tinggi polifenol adalah buah beri, epal, minyak zaitun, kunyit dan sebagainya.

Dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, badan kita lebih sihat dan antibodi kita lebih kuat untuk melawan jangkitan-jangkitan jahat. 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp. 

Lydia Aramina


Lihat juga:

2 comments:

  1. Ada banyak alternatif lain ye untuk bantu boost sistem imun kita, selain vitamin C :)

    ReplyDelete