Saturday, 3 July 2021

Tips Pudarkan Hyper-Pigmentation atau Parut Jerawat | Lydia Aramina


Lydia fikir semuanya akan menjadi tenang apabila kulit kita bebas atau kurang jerawat tetapi hidup tidak semudah yang kita sangkakan. Ada hal lain lagi yang akan membuat kita tidak tenteram selepas muka bersih iaitu tak lain tak bukan, PARUT JERAWAT ataupun HYPER-PIGMENTATION.

Jadi hari ini, Lydia secara khususnya akan kongsikan topik bagaimana untuk mengatasi masalah hiper-pigmentasi selepas radang. Entri kali ini juga akan bermanfaat bagi anda yang menghadapi masalah perubahan warna kulit termasuk, melasma, sun spots, age spots atau brown spots. 

Oleh itu, mari kita mulakan.

Lydia yakin "Dengan produk dan ingredients penjagaan kulit yang betul dan amalan yang betul, anda akan mengatasi masalah ini". 


Mari kita bincangkan bagaimana rutin penjagaan kulit muka anda.


1. Anda mesti mempunyai serum atau ampoule atau essence yang mempunyai ingredients yang berkesan dan aktif dimana boleh bekerjasama untuk pengeluaran melanin. Jadi ini akan menjadi satu kaedah pencegahan atau mengatasi proses hiper-pigmentasi yang sedang berlaku. Lydia akan cerita ingredient aktif ini kemudian ya. 

2. Melembapkan kulit. Sekiranya moisture barrier anda terganggu atau rosak, kulit anda akan melambatkan proses penyembuhan. Sebab itu penting untuk membuatnya berfungsi dengan sendirinya dan jangan sesekali mengeringkan kulit anda.

3. Pastikan sentiasa menggunakan SUNSCREEN pada siang hari, di dalam dan di luar rumah. WAJIB! Jika anda tidak mahu menggunakan sunscreen, anda boleh keluar daripada entri ini ya. Sebab tidak ada gunanya melakukan semua ini jika anda tidak menggunakan sunscreen. 

4. Gunakan exfoliator chemical seperti AHA. Jenis-jenis AHA adalah Glycolic Acid, Lactic Acid dan Mandelic Acid. AHA going to push that accelerate that alerts turnover so that your healing process kinds of speeds up a little bit. Ia juga befungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati di atas permukaan kulit muka supaya kulit kita lebih bersih.

5. Dan terakhir, anda harus mempunyai kesabaran dan komitmen dalam penjagaan kulit anda. Berikan masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 bulan untuk melihat hasil dengan rutin penjagaan kulit ini. 


Active ingredients yang perlu anda cari untuk kulit anda. 

Ada 4 active ingredients yang boleh anda pakai untuk memudarkan hyper-pigmentation iaitu Vitamin A, Vitamin B3, Vitamin C dan Arbutin. Untuk ini, anda boleh lihat di link bawah untuk keterangan lebih lanjut untuk setiap jenis active ingredients. 

Jenis-Jenis Active Ingredients dalam Skincare Products.


Sekiranya anda mencari ingredients yang lebih semulajadi

Bearberry Extract adalah sumber Arbutin, jadi itulah sebabnya anda melihat sebilangan besar ektrack ini ada dalam product skincare untuk mencerahkan kuli. 

Dua ingredients yang lain yang boleh anda cari jika anda suka yang natural sahaja adalah Mulberry Extract dan Licorice Root Extract. 


Oils can help too!

Sebilangan minyak mempunyai sifat regenerating yang luar biasa. Kebanyakan Skincare Guru mengesyorkan Tamanu Oil. Tamanu Oil sebenarnya boleh membantu masalah Ezcema, sunburn yang teruk, scaly skin atau jerawat dan bekas jerawat dan stretch marks. It's because it has an amazing wound healing and skin regenerating and skin rejuvenating property. 

Minyak lain yang popular juga adalah Rose Hip Oil dan Sea Buckthorn Oil. 

Contoh, The Ordinary Rose Hip Seed Oil. Harga produk ini agak berpatutan. Ia kaya dengan Vitamin A Retinoic Acid, sebab itu ia sebenarnya boleh menyerap jauh ke dalam kulit dan mendorong penghasilan kulit yang baru. Ia juga kaya dengan Vitamin C dimana ia membantu untuk mencerahkan dan sekatakan tona kulit. Sesuai untuk kulit yang berminyak kerana ia mempunyai Linoleic Acid yang bersifat minyak yang kering. Sangat sesuai untuk jenis kulit acne-prone.

Sea Buckthorn Oil popular dengan memudarkan parut jerawat dan membersihkan kulit dari jerawat sebab ia bersifat anti-radang. Ia juga tinggi dengan antioksidan. Jadi ia sesuai dengan semua jenis kulit muka. But the thing is that it's a little bit heavy. Kaya dengan Oleic Acid, jadi ia agak tidak sesuai untuk kulit berminyak dan acne-prone skin types. But you can use it as spot treatment. 


Jadi ini sahaja daripada Lydia mengenai bagaimana mengatasi masalah hyper-pigmentation. Ia memerlukan banyak kesabaran dan konsisten. Dengan kedua-dua ini, anda akan berpuas hati dengan hasil di hari akan datang. 

Jika anda ada sebarang pertanyaan, jangan malu jangan segan untuk tinggalkan pertanyaan anda di ruangan komen. Lydia cuba tolong sebaik yang mungkin.

Jangan lupa juga untuk share entri ini kepada rakan-rakan atau keluarga yang mengalami masalah ini. 

Terima kasih semua dan kita berjumpa lagi di entri yang seterusnya.    



0 comments:

Post a Comment