Sunday, 8 August 2021

Dato' Azizulhasni Awang Raih Pingat Perak Olimpik Tokyo 2020


Sebentar tadi Dato Azizulhasni Awang dari Malaysia telah menenangi pingat perak dalam acara sukan Keirin Lelaki Olimpik Tokyo 2020. Ini merupakan pingat kedua buat negara Malaysia selepas pasukan badminton negara kita memenangi gangsa dalam acara Badminton Beregu Lelaki iaitu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Syabas buat semua para atlet negara kita kerana telah mengharumkan nama Malaysia. 



Berbalik kepada acara sukan Keirin, apa itu Keiri? 

Keirin adalah bentuk perlumbaan kitaran laju motor di mana penunggang basikal trek berlumba untuk kemenangan setelah permulaan yang dikawal dengan kelajuan di belakang pacer bermotor atau tidak bermotor. Ia dikembangkan di Jepun sekitar tahun 1948 untuk tujuan perjudian dan menjadi acara rasmi di Sukan Olimpik 2000 di Sydney, Australia.

Penunggang menggunakan basikal gear tetap tanpa brek. Perlumbaan biasanya sepanjang 1.5 kilometer (0.93 mi): 6 pusingan pada trek 250 m (270 yd), 4 pusingan pada trek 333 m (364 yd), atau 4 pusingan pada trek 400 m (440 yd). Mereka akan mengikuti giliran untuk posisi bagi pelumba pecut di belakang pacer, yang biasanya merupakan motosikal, tetapi boleh menjadi basikal elektrik, basikal atau tandem. Penunggang mesti berada di belakang pacer selama 3 pusingan di trek 250 m (270 yd). Pacer bermula pada 30 km / j (19 mph), secara beransur-ansur meningkat menjadi 50 km / j (31 mph) oleh litar terakhirnya. Pacer meninggalkan trek 750 m (820 yd) sebelum akhir perlumbaan (3 pusingan pada trek 250 m (270 yd)). Kelajuan penamat pemenang boleh melebihi 70 km / j (43 mph).

Perlumbaan keirin dilakukan dalam beberapa pusingan dengan satu final. Beberapa penunggang basikal yang tersingkir dapat mencuba lagi dalam perubahan tersebut.


Dato'Azizulhasni Awang juga dikenali sebagai "The Pocket Rocketman" kerana tubuhnya yang kecil, dia adalah penunggang basikal pertama dan satu-satunya penunggang basikal Malaysia yang memenangi pingat di Sukan Olimpik Musim Panas.

Bercakap mengenai kemajuan Dato'Azizulhasni Awang di peringkat Olimpik, beliau mendapat kedudukan ke-10 pada Olimpik Beijing 2008, ke-6 Olimpik London 2012, tempat ke-3 Olimpik Rio 2016 dan baru-baru ini tempat ke-2 untuk Olimpik Tokyo 2020. Tidak mustahil untuk Olimpik Paris 2024, beliau akan membawa balik pingat emas untuk Malaysia.

Kita doakan kesihatan & kesejahteraan hidup beliau dan mengharapkan untuk melahirkan lebih ramai lagi pelapis dalam sukan ini. Tidak lupa juga dengan Shah Firdaus yang sanggup berjuang sampai akhir dengan mengetepikan kesakitan yang dialaminya semasa di peringkat saringan dan suku akhir, tahniah buat beliau atas pencapaiannya.

Kami tetap bangga dengan semua pencapaian atlet negara sepanjang Olimpik Tokyo 2020 ini. Maka berakhirlah Olimpik Tokyo 2020, kita akan berjumpa lagi di Olimpik Paris 2024. Terima kasih kepada atlet-atlet Malaysia. Moga semuanya pulang dengan selamatnya.

1 comment:

  1. Bahan yang sangat menarik untuk dibaca...tahniah kak lydia...truskan content sperti ini.

    ReplyDelete