Tuesday, 28 September 2021

Trip ke Bukit Batu Selabat, Kuching Sarawak | Lydia Aramina

Lydia Aramina


Siapa sini suka tengok pemandangan sunrise dan sunset terutamanya bagi warga Kuching. Lydia cadangkan anda pergi ke Bukit Batu Selabat di Kampung Selabat Muara Tebas. Kenapa? Meh Lydia bagitahu kenapa.

1. Ketinggian Bukit Batu Selabat tak tinggi

Bagi yang baru nak berjinak-jinak hiking, Bukit Batu Selabat adalah tempat yang terbaik untuk anda train. Mengambil masa dalam 45 minit sehingga sejam sahaja sudah sampai ke puncak ikut stamina masing-masing. Kira-kira dalam 1.5km sahaja perjalanan naik ke atas.

2. Mempunyai pemandangan yang cantik. 

Kalau anda seorang yang tidak takut dengan ketinggian, inilah masa untuk anda bersinar. Dengan berlatarkan lautan dan hutan, umpama anda dapat tempat yang mempunyai pakej yang lengkap. Anda juga boleh melihat pemandangan bandar Kuching dari jauh, sangat cantik sekiranya anda pergi waktu sunset.


Lydia dan rombongan pergi waktu sunset jadi kami turun dari rumah jam 3.45pm. Perjalanan kami untuk sampai ke tempat pendaftaran Bukit Batu Selabat ini mengambil masa dalam 45 minit memandangkan rumah kami di bahagian atas Padawan. 

Yuran yang dikenakan ialah:-
Guide - RM50 sekumpulan
Entry - RM10 seorang
Parking - RM5 sebuah
Buka setiap hari

Treknya agak mencabar kerana anda akan naik sahaja, banyak batu kecik-kecik jadi pastikan anda memakai kasut hiking kerana agak bahaya semasa anda turun dari bukit tersebut. Dan yang paling penting, pastikan anda membawa lampu suluh atau head lamp kerana ia sangat berguna ketika anda turun nanti. 

Sampai sahaja di atas, apa lagi ambik gambar banyak-banyak tau. 

Lydia Aramina
Ini stage pertama untuk ambil gambar.

Lydia Aramina
Batu Dinding orang cakap sebab lurus seperti dinding kalau tengok dari tepi. Pemandangan sini memang cantik.

Lydia Aramina
Ini dah mula sunset.

Lydia Aramina
View nang kacak habis. 


Lydia Aramina
Sunset tepat pada jam 6.30pm.

Lydia Aramina
Night View bandar Kuching

Dalam jam 7.30pm baru kami turun dari situ, memang gelaplah. Sebab itu anda dinasihatkan untuk membawa lampu picit ataupun head lamp. Jalan agak licin juga disebabkan batu kecik. Jadi hati-hati ya. Hiking memang seronok kalau kita menikmati sepanjang perjalanan kita itu.

"The best view comes after the hardest climb."

Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini, jika ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.


Boleh lihat juga: 

Continue Reading

Thursday, 16 September 2021

Mengapa Produk Skincare Tidak Berfungsi Lagi | Lydia Aramina

Lydia Aramina

Pernah tak tanya diri sendiri produk penjagaan kulit sebelum ini elok ja pakai tapi lama-kelamaan produk itu tidak berkesan dah pada kulit kita. Adakah kulit kita dah imun dengan produk tersebut? Mengapa produk penjagaan kulit saya tidak berfungsi lagi?

Jadi jawapan untuk soalan di atas ialah TIDAK. Kulit kita bukan imun dengan produk tersebut dan kita tidak perlu beli produk lain. Mari kita fahamkan situasi yang berlaku ini. 

1. Kulit anda sentiasa berubah.

Kulit anda bertindak balas, mengatur diri, meremajakan, memperbaiki dan melakukan sendiri seperti yang sepatutnya dilakukan. Ia adalah organ yang dipengaruhi oleh perubahan musim, tahap kelembapan iklim cuaca, ketidakseimbangan hormon, tahap tekanan, apa yang anda makan, dan apa yang kurang untuk badan anda.

Hal ini selalu berlaku kepada insan bergelar wanita pabila menjelang minggu period, kulit anda cenderung menjadi lebih rentan dan lebih berminyak. Ia hanya mengeluarkan lebih banyak wax atau sebum, jadi produk penjagaan kulit yang anda gunakan pada minggu tersebut mungkin akan menyebabkan liang pori tersumbat. 

Sekiranya anda berada di bawah banyak tekanan, banyak perkara berlaku di dalam badan kita dan di luar badan kita juga, kulit anda akan menjadi lebih sensitif. Kulit akan bertindak balas terhadap produk ini dengan kemerahan-merahan dan berlaku keradangan.

2. Produk anda telah 'menyeimbangkan kembali' kulit anda

Anda kena faham produk penjagaan kulit umpama makanan tambahan untuk kesihatan kulit luaran kita. Sekiranya anda pada usia 20-an, kitaran semula jadi kulit anda sudah berada pada tahap yang cukup sihat. Kadang kala ia menjadi perlahan kerana keadaan luaran seperti cuaca atau ketidakseimbangan hormon. 

Produk penjagaan kulit anda seperti Retinol (vitamin a), Vitamin c dan AHA boleh digunakan untuk meningkatkan fungsi kulit semula jadi anda, membantu menyokong kulit anda untuk melakukan tugasnya dan mengimbangkan semula kulit. Ini bermanfaat untuk menambah nutrien yang mungkin kekurangan pada kulit anda buat sementara waktu ketika skin barrier anda terganggu, ketika itulah produk seperti minyak, ceramides dan bahan yang serupa sesuai untuk mengembalikan fungsi semulajadi kulit kita. 

3. Produk anda hilang keberkesanannya

Ini biasa berlaku dengan produk yang mempunyai bahan yang tidak stabil seperti Vitamin C. Kita semua tahu bahawa statistik serum vitamin c baru dibuat yang belum dibuka dan selama beberapa minggu pertama menggunakannya, ia merupakan serum vitamin c yang paling kuat dan paling berkesan yang akan anda alami berbanding tiga bulan atau enam bulan seterusnya.

Hal ini berlaku mungkin disebabkan kelembapan bilik dan suhu bilik untuk kita menyimpan produk penjagaan kulit kita. Kita juga perlu menitikberatkan tentang bungkusan produk yang digunakan. 

Selain itu, kita juga sering kali lupa dengan tarikh tamat tempoh produk tersebut. Saya bagi contoh, susu yang basi boleh menyebabkan perut kita sakit dan seterusnya cirit-birit. Sama juga dengan produk penjagaan kulit. Jadi pesanan saya, pastikan periksa balik tarikh produk anda dan catatkan bila tarikh anda buka produk itu. 

Suka untuk saya ingatkan balik bahawa produk penjagaan kulit adalah makanan tambahan untuk kulit luaran kita. Ia membantu untuk fungsi semulajadi kulit kita bukan untuk menyembuhankannya. Produk penjagaan kulit yang baik adalah yang melindungi kulit anda dan membantu kulit anda berfungsi secara semulajadi. 

Jika anda ada apa-apa soalan mengenai penjagaan kulit, boleh tinggalkan komen anda di bawah ya. 

Boleh juga lihat:-

5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir

Elakkan Makanan ini Untuk Jerawat!

Jenis-Jenis Active Ingredients dalam Skincare Products

Tips Pudarkan Hyper-Pigmentation atau Parut Jerawat

Continue Reading

Wednesday, 15 September 2021

Minyak Ikan Omega-3 Sesuai untuk Semua Lydia Aramina

Minyak Ikan Omega-3 sesuai untuk semua


Omega-3 adalah asid lemak penting yang diperlukan agar badan kita berfungsi dengan baik. Salah satu manfaat yang paling penting adalah Omega-3 bertindak sebagai anti-radang. Omega-3 dapat meredakan radang tubuh, dan mungkin itulah cara kita untuk mencegah beberapa penyakit kronik ini seperti penyakit jantung dan arthritis. Jadi bagaimana omega-3 memberi manfaat kepada orang pada usia yang berbeza?

1. Kanak-kanak 

Omega-3 penting untuk kesihatan kanak-kanak sejak awal lagi dan sebenarnya sebelum mereka dilahirkan lagi. Pengambilan Omega-3 semasa hamil sangat bagus untuk perkembangan kognitif dan tumbesaran bayi dalam kandungan. Hal ini juga boleh mengurangkan risiko penyakit asma dan kelahiran pramatang. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen omega-3 (DHA dan EPA) semasa kehamilan dan pada bulan pertama penyusuan mendapat markah lebih tinggi pada ujian kognitif pada usia 4 tahun berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil suplemen DHA dan EPA.

Lydia Aramina

2. Orang Dewasa Muda (18 - 40 tahun)

Seterusnya, dalam kumpulan umur ini cenderung mempunyai badan yang sihat. Tetapi ini adalah masa yang tepat untuk mula berfikir ke depan dan mempertimbangkan kesihatan kita dalam jangka masa panjang. Omega-3 membantu untuk kesihatan kardiovaskular. Kajian mendapati bahawa orang yang memakan minyak ikan dua kali seminggu mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah. Omega-3 juga mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit kanser seperti kanser payudara, prostat, kolon, ovari, esofagus, dan lain-lain. Setakat ini, bukti tidak begitu kukuh. Tetapi sejumlah kajian menyatakan bahawa orang yang mengambil jumlah omega-3 yang lebih tinggi mempunyai tahap kanser tertentu yang lebih rendah. Untuk peringkat umur ini, kita cenderung untuk mengalami masalah kemurungan dan keadaan psikiatri lain. Beberapa kajian mendapati bahawa kadar asid lemak omega-3 dalam darah lebih rendah pada mereka yang mengalami kemurungan. Oleh itu pengambilan Omega-3 diperlukan kerana ia bertindak sebagai anti-stress.

3. Dewasa Madya dan Dewasa Akhir (41 tahun dan ke atas)

Dan terakhir adalah bagi peringkat pertengahan umur atau warga emas. Apabila usia semakin tua, risiko penyakit serius seperti penyakit jantung semakin meningkat. Omega-3 membantu mengekalkan degupan jantung yang stabil. Satu kajian mendapati bahawa orang yang sudah pernah mengalami serangan jantung dan mengambil minyak ikan mengalami penurunan risiko kematian sebanyak 45%. Ikan dan minyak ikan juga memperlambat arteriosklerosis dan menurunkan risiko strok. Omega-3 iaitu DHA dan EPA dapat mengurangkan kadar trigliserida sebanyak 20% hingga 50%. Minyak ikan juga dapat mengurangkan simptom artritis reumatoid, seperti kekejangan pagi dan rasa sakit. Satu kajian mendapati bahawa minyak ikan dengan kombinasi dengan kalsium dan minyak primrose mampu meningkatkan kepadatan tulang pada orang tua yang ada masalah osteoporosis. DHA boleh menjadi makanan tambahan yang bermanfaat dan mungkin memberi kesan positif terhadap kehilangan ingatan secara beransur-ansur yang berkaitan dengan penuaan.

Apakah kaedah terbaik untuk mendapatkan omega-3 anda? Tambah diet harian anda dengan asid lemak omega-3. Ikan berlemak adalah sumber DHA dan EPA yang baik. Walaupun terdapat sumber tumbuhan omega-3 seperti rami, minyak zaitun, dan beberapa sayuran hijau tidak begitu berkesan. Tumbuhan mengandungi asid lemak yang disebut ALA, yang harus dipecah menjadi DHA dan EPA di dalam badan. Banyak produk makanan diperkaya dengan minyak alga dan boleh menjadi sumber DHA yang baik. Walaupun mendapatkan nutrien dari makanan selalu disyorkan, pengambilan suplemen juga merupakan langkah yang bijak.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega 3 atau ingin mendapatkan Omega Guard Shaklee, boleh hubungi saya di pautan Whatsapp dengan menekan gambar dibawah.



Boleh lihat juga:




Kebaikan Omega-3 untuk Ibu dan Anak

Continue Reading

Tuesday, 14 September 2021

Tips Memilih Minyak Ikan yang berkualiti | Lydia Aramina

Lydia Aramina


Minyak ikan dikenali secara meluas sebagai sumber Omega-3 yang bagus, terutamanya DHA dan EPA. Garis panduan diet menyarankan pengambilan 2-3 hidangan ikan seminggu terutama ikan berlemak dari air sejuk. Walaubagaimanpun, terdapat kebimbangan dikaitkan dengan pengambilan minyak ikan kerana paras tinggi bahan kimia bertoksik. Oleh itu, adalah penting untuk memilih minyak ikan yang selamat, terbukti dan berkesan.


Antara ciri-ciri minyak ikan yang berkualiti adalah:-

1. Syarikat yang berkualiti dan jaminan kelangsungan. 

Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti. Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.

2. Kita perlu menitikberatkan ketulenan dan keselamatan. 

Penyulingan Molekul adalah proses yang meletakkan ikan di dalam keadaan vakum. Hal ini membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak. Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.

Lydia Aramina


3. Saiz Ikan. 

Saiz ikan memainkan peranan yang penting juga dalam penghasilan minyak ikan yang berkualiti. Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin. Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.

Adakah minyak ikan anda mengandungi bahan ini seperti logam berat, bifenil berpoloklorin (PCBs), merkuri dan dioksina? Tepuk dada tanya selera. Pengambilan jangka masa lama bahan kimia bertoksik ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya bagi fetus yang sedang berkembang. Maka anda perlu menukar minyak ikan anda ke arah lebih semulajadi dan selamat.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega 3 atau ingin mendapatkan Omega Guard Shaklee, boleh hubungi saya di pautan Whatsapp dengan menekan gambar di bawah.



Boleh juga lihat:
Continue Reading