Thursday, 16 September 2021

Mengapa Produk Skincare Tidak Berfungsi Lagi | Lydia Aramina

Lydia Aramina

Pernah tak tanya diri sendiri produk penjagaan kulit sebelum ini elok ja pakai tapi lama-kelamaan produk itu tidak berkesan dah pada kulit kita. Adakah kulit kita dah imun dengan produk tersebut? Mengapa produk penjagaan kulit saya tidak berfungsi lagi?

Jadi jawapan untuk soalan di atas ialah TIDAK. Kulit kita bukan imun dengan produk tersebut dan kita tidak perlu beli produk lain. Mari kita fahamkan situasi yang berlaku ini. 

1. Kulit anda sentiasa berubah.

Kulit anda bertindak balas, mengatur diri, meremajakan, memperbaiki dan melakukan sendiri seperti yang sepatutnya dilakukan. Ia adalah organ yang dipengaruhi oleh perubahan musim, tahap kelembapan iklim cuaca, ketidakseimbangan hormon, tahap tekanan, apa yang anda makan, dan apa yang kurang untuk badan anda.

Hal ini selalu berlaku kepada insan bergelar wanita pabila menjelang minggu period, kulit anda cenderung menjadi lebih rentan dan lebih berminyak. Ia hanya mengeluarkan lebih banyak wax atau sebum, jadi produk penjagaan kulit yang anda gunakan pada minggu tersebut mungkin akan menyebabkan liang pori tersumbat. 

Sekiranya anda berada di bawah banyak tekanan, banyak perkara berlaku di dalam badan kita dan di luar badan kita juga, kulit anda akan menjadi lebih sensitif. Kulit akan bertindak balas terhadap produk ini dengan kemerahan-merahan dan berlaku keradangan.

2. Produk anda telah 'menyeimbangkan kembali' kulit anda

Anda kena faham produk penjagaan kulit umpama makanan tambahan untuk kesihatan kulit luaran kita. Sekiranya anda pada usia 20-an, kitaran semula jadi kulit anda sudah berada pada tahap yang cukup sihat. Kadang kala ia menjadi perlahan kerana keadaan luaran seperti cuaca atau ketidakseimbangan hormon. 

Produk penjagaan kulit anda seperti Retinol (vitamin a), Vitamin c dan AHA boleh digunakan untuk meningkatkan fungsi kulit semula jadi anda, membantu menyokong kulit anda untuk melakukan tugasnya dan mengimbangkan semula kulit. Ini bermanfaat untuk menambah nutrien yang mungkin kekurangan pada kulit anda buat sementara waktu ketika skin barrier anda terganggu, ketika itulah produk seperti minyak, ceramides dan bahan yang serupa sesuai untuk mengembalikan fungsi semulajadi kulit kita. 

3. Produk anda hilang keberkesanannya

Ini biasa berlaku dengan produk yang mempunyai bahan yang tidak stabil seperti Vitamin C. Kita semua tahu bahawa statistik serum vitamin c baru dibuat yang belum dibuka dan selama beberapa minggu pertama menggunakannya, ia merupakan serum vitamin c yang paling kuat dan paling berkesan yang akan anda alami berbanding tiga bulan atau enam bulan seterusnya.

Hal ini berlaku mungkin disebabkan kelembapan bilik dan suhu bilik untuk kita menyimpan produk penjagaan kulit kita. Kita juga perlu menitikberatkan tentang bungkusan produk yang digunakan. 

Selain itu, kita juga sering kali lupa dengan tarikh tamat tempoh produk tersebut. Saya bagi contoh, susu yang basi boleh menyebabkan perut kita sakit dan seterusnya cirit-birit. Sama juga dengan produk penjagaan kulit. Jadi pesanan saya, pastikan periksa balik tarikh produk anda dan catatkan bila tarikh anda buka produk itu. 

Suka untuk saya ingatkan balik bahawa produk penjagaan kulit adalah makanan tambahan untuk kulit luaran kita. Ia membantu untuk fungsi semulajadi kulit kita bukan untuk menyembuhankannya. Produk penjagaan kulit yang baik adalah yang melindungi kulit anda dan membantu kulit anda berfungsi secara semulajadi. 

Jika anda ada apa-apa soalan mengenai penjagaan kulit, boleh tinggalkan komen anda di bawah ya. 

Boleh juga lihat:-

5 Cara Untuk Menghapuskan Jerawat Pasir

Elakkan Makanan ini Untuk Jerawat!

Jenis-Jenis Active Ingredients dalam Skincare Products

Tips Pudarkan Hyper-Pigmentation atau Parut Jerawat

0 comments:

Post a Comment