Saturday, 23 October 2021

Omega-3 untuk Kulit lebih Cantik dan Berseri | Lydia Aramina

Omega-3 untuk kulit lebih cantik dan berseri


Lemak Omega-3 adalah antara nutrien yang paling banyak dikaji. Makanan ini boleh didapati dalam makanan harian seperti walnut, makanan laut, ikan berlemak, dan minyak biji-bijian serta tumbuhan tertentu. Mereka dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Asid Alpha-Linolenic (ALA), Asid Eicosapentaenoic (EPA), dan Asid Docosahexaenoic (DHA).

Info lanjut: Sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3

Lemak omega-3 terkenal dengan manfaat kesihatan yang terbaik, termasuk potensinya untuk melawan kemurungan, menurunkan keradangan, dan mengurangkan penyakit jantung. Tambahan, satu kelebihan yang kurang terkenal adalah bahawa ia boleh memberi manfaat kepada kulit kita. Jadi untuk itu, saya akan jelaskan apa kebaikan Omega-3 ini untuk kulit.

1. Melindungi daripada sinar ultraviolet A (UVA) dan sinar ultraviolet B (UVB) yang berbahaya. 

Terdapat beberapa bukti bahawa Omega-3 dapat mengurangkan keparahan gejala gangguan kepekaan tertentu, termasuk ruam kulit yang disebabkan pendedahan UV. Omega-3 juga dapat meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sunburns, mengurangkan keparahan kemerahan kulit selepas pendedahan UV, dan mengurangkan gejala gangguan fotosensitiviti tertentu. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan.

2. Membantu mencegah atau mengurangkan masalah jerawat. 

Omega-3 terbukti dapat mengurangkan keradangan, dan bukti baru menunjukkan bahawa jerawat mungkin disebabkan oleh keradangan. Oleh itu, Omega-3 secara tidak langsung dapat melawan jerawat. Suplemen Omega-3 boleh diambil sendiri atau digabungkan dengan suplemen lain dapat membantu mencegah jerawat atau mengurangkan keparahannya. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kesan ini.

3. Melembapkan kulit dan melawan kulit merah, kering, atau gatal

Gangguan kulit seperti atopic dermatitis dan psoriasis sering menyebabkan kulit kita menjadi kemerahan, kering dan gatal. Omega-3 mampu meningkatkan fungsi penghalang kulit, menutup kelembapan dan menjauhkan ketidakselesaan kulit. Dalam satu kajian kecil, wanita yang menggunakan sekitar setengah sesudu teh (2.5 ml) minyak flaxseed kaya omega-3 setiap hari mengalami peningkatan penghidratan kulit sebanyak 39% selepas 12 minggu. Kulit mereka juga kurang kasar dan sensitif berbanding yang tidak mengambil omega-3.

Banyak kajian yang dilakukan mengenai omega-3 ini baik untuk kulit dimana ia dapat meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sunburns, mengurangkan jerawat, dan melindungi dari kulit kering, kemerahan, dan gatal. Secara keseluruhannya, lemak sihat ini adalah tambahan yang mudah dan pantas untuk diet kita, kerana ia bukan sahaja bermanfaat untuk kulit kita tetapi juga kesihatan kita secara keseluruhan.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega 3 atau ingin mendapatkan Omega Guard Shaklee, boleh hubungi saya di pautan Whatsapp dengan menekan gambar di bawah.




Boleh lihat juga:





Continue Reading

Friday, 22 October 2021

ESP Sumber Protein Soya Pilihan untuk Semua | Lydia Aramina

ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan serbuk protein yang berasaskan tumbuhan iaitu kacang soya dimana ia menjadi pilihan semua orang terutamanya Shaklee lover.

ESP Sumber Protein Soya Pilihan untuk Semua

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

Keistimewaan Shaklee 

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). 
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol. 
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan. 
  •  Membekalkan 9 asid amino. 
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat
Bahan kandungan ESP Shaklee
Bahan kandungan dalam ESP

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari


Manfaat ESP untuk kesihatan menyeluruh

  • Membantu membina sel, menyokong sistem imun dan fungsi tubuh optimum termasuk rambut yang berkilau, kulit lebih lembut dan kuku yang kuat.
  • Membantu mengekalkan tenaga kerena ia mengambil masa yang lama untuk dihadam, sekaligus memberikan sumber tenaga yang berkekalan agar mampu untuk melakukan pelbagai tugasan dan kekal cergas setiap sehari.
  • Diet tinggi protein boleh mengurangkan berat berbanding diet rendah dengan protein kerana peranannya dalam mengekalkan rasa kenyang.
  • Pengambilan protein yang tinggi berkait rapat dengan pengurangan kepadatan tulang, tinggi kepadatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang. 
  • Pengambilan protein yang mencukupi membantu mengurangkan atau melambatkan proses kemerosotan otot.

Siapa memerlukan lebih Protein?

  • Orang yang ingin bina badan
  • Bakal menjadi seorang ibu
  • Ibu yang menyusukan bayi
  • Orang yang dalam pertengahan usia
  • Orang yang ingin mengawal berat badan
  • Orang yang ingin kulit & rambut yang sihat

Resipi ESP Shaklee

Yang biasa disarankan adalah 2 skup ESP dengan segelas air kosong atau air jus kesukaan atau susu. Minum kosong macam itu pun dah sedap. Tetapi ada banyak cara bancuhan ESP ini boleh kita cuba, antaranya ialah:

1. 1 skup ESP + 1 skup Lifeshake Elderberry + 250 air kosong / minuman kesukaan anda
- Untuk tenaga yang berpanjangan


2. 1 skup ESP + 1 skup Cinch + 250 air kosong / minuman kesukaan anda 
- Untuk berat badan dan paras badan yang ideal

Bawah ini juga saya ada sediakan beberapa resepi yang menarik untuk korang cuba.


Resipi ESP Shaklee


Waktu yang sesuai untuk ambil ESP

Bagi saya, setiap masa adalah masa ESP. Pilihan di tangan anda bila nak ambik ESP.

Minuman Sarapan pagi
- Mulakan hari anda dengan minuman yang sihat. Bancuh ESP dengan buahbuahan kegemaran anda seperti pisang atau buah beri untuk smoothie yang lazat dan penuh berkrim.

Minum Pagi
- Rasa lemah dan tidak bertenaga? Tingkatkan tenaga anda dengan ESP!

Minuman waktu Tengah Hari
- Tahukah anda bahawa segelas air berkarbonat memberikan anda 170 kalori dan ais kisar kopi mengandungi 320 kalori? ESP hanya memberikan anda 105 kalori dalam setiap sajian agar anda boleh membuat pilihan yang lebih sihat!

Minum Petang
- Katakan tidak kepada snek berminyak atau manis dan pilih minuman protein yang enak.

Pra & Pasca Senaman
- Tingkatkan tahap tenaga sebelum dan selepas senaman anda.
TIP: Untuk hasil yang lebih baik, ambil ESP 30 minit sebelum latihan atau 2jam sebelum latihan berakhir untuk mempercepatkan proses pemulihan otot.

Makan Malam
- Elakkan pengambilan snek pada waktu tengah malam dengan mengambil ESP pada waktu makan malam anda untuk memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama.


Harga ESP Canister & ESP Sachet

Sachet ( 1 kotak 10 sachet)
Harga Ahli: RM79
Harga Runcit: RM98.75

Canister (850g)
Harga Ahli: RM129
Harga Runcit: RM161.25

Harga ESP Shaklee


Nak dapatkan harga ahli? Dengan RM35, anda telah layak untuk menjadi ahli Shaklee. Untuk mendaftar, anda boleh klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp saya. 


Boleh lihat juga:

Continue Reading

Thursday, 21 October 2021

Anak Sihat, Ibu Bapa Gembira | Lydia Aramina

Omega 3 baik untuk kesihatan ibu dan anak

Di setiap peringkat kehamilan, bermula dari proses kelahiran hingga ke penyusuan, ianya adalah masa berharga untuk perkembangan sihat anak. Salah satu asid lemak paling penting untuk si ibu dan kesejahteraan bayi adalah asid lemak Omega-3 iaitu Asid Eicosapentaenoic (EPA) dan Asid Docosahexaenoic (DHA). 


Omega 3 baik untuk kesihatan ibu dan anak


SEBELUM Kehamilan

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung kerana ia menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon. Omega 3 juga membantu mengatur kitaran haid dan meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung. 

Bagi suami pula, ia mampu meningkatkan kepekatan sperma dan memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.

SEMASA Kehamilan

Apa yang ibu ambil semasa kehamilan menentukan kesihatan bayi. Tambahkan Omega-3 di dalam pemakanan anda kerana ia menurunkan risiko kelahiran pramatang dan menggalakkan tempoh kehamilan optimum serta mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan). 

Untuk bayi pula, Omega-3 menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta dan memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika didalam janin. Kebaikan Omega-3 juga bantu mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi dan mengurangkan risiko bayi mengalami alahan serta menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga. Paling utama ada Omega-3 menggalakkan perkembangan saraf otak.

SELEPAS Kelahiran

Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, Omega-3 mengurangkan risiko kemurungan postpartum sepanjang berpantang. Untuk si kecil pula Omega-3 menyokong proses kematangan otak semasa tempoh lima tahun pertama kehidupan dan menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak. Ia juga mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif seperti ekzema. Omega-3 memainkan peranan yang penting dalam menyokong perkembangan penglihatan dan menggalakkan pola tidur yang lebih baik.


Ciri-ciri Omega-3 yang berkualiti tinggi
Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan semasa memilih Omega-3 di pasaran.


Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan. 

Khas untuk mummy2 di luar sana, saya ingin memberi promosi dengan pembelian 5 botol Omega Guard, anda akan mendapat Keahlian PERCUMA, Penghantaran PERCUMA dan CASH BONUS sebanyak RM27. Setiap ahli baru juga akan dimasukkan ke dalam group Eluna Rich untuk info Shaklee yang lain.


Dapatkan promosi istimewa ini dengan menekan gambar dibawah untuk pautan Whatsapp saya.

Continue Reading