Thursday, 21 October 2021

Anak Sihat, Ibu Bapa Gembira | Lydia Aramina

Omega 3 baik untuk kesihatan ibu dan anak

Di setiap peringkat kehamilan, bermula dari proses kelahiran hingga ke penyusuan, ianya adalah masa berharga untuk perkembangan sihat anak. Salah satu asid lemak paling penting untuk si ibu dan kesejahteraan bayi adalah asid lemak Omega-3 iaitu Asid Eicosapentaenoic (EPA) dan Asid Docosahexaenoic (DHA). 


Omega 3 baik untuk kesihatan ibu dan anak


SEBELUM Kehamilan

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung kerana ia menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon. Omega 3 juga membantu mengatur kitaran haid dan meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung. 

Bagi suami pula, ia mampu meningkatkan kepekatan sperma dan memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.

SEMASA Kehamilan

Apa yang ibu ambil semasa kehamilan menentukan kesihatan bayi. Tambahkan Omega-3 di dalam pemakanan anda kerana ia menurunkan risiko kelahiran pramatang dan menggalakkan tempoh kehamilan optimum serta mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan). 

Untuk bayi pula, Omega-3 menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta dan memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika didalam janin. Kebaikan Omega-3 juga bantu mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi dan mengurangkan risiko bayi mengalami alahan serta menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga. Paling utama ada Omega-3 menggalakkan perkembangan saraf otak.

SELEPAS Kelahiran

Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, Omega-3 mengurangkan risiko kemurungan postpartum sepanjang berpantang. Untuk si kecil pula Omega-3 menyokong proses kematangan otak semasa tempoh lima tahun pertama kehidupan dan menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak. Ia juga mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif seperti ekzema. Omega-3 memainkan peranan yang penting dalam menyokong perkembangan penglihatan dan menggalakkan pola tidur yang lebih baik.


Ciri-ciri Omega-3 yang berkualiti tinggi
Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan semasa memilih Omega-3 di pasaran.


Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan. 

Khas untuk mummy2 di luar sana, saya ingin memberi promosi dengan pembelian 5 botol Omega Guard, anda akan mendapat Keahlian PERCUMA, Penghantaran PERCUMA dan CASH BONUS sebanyak RM27. Setiap ahli baru juga akan dimasukkan ke dalam group Eluna Rich untuk info Shaklee yang lain.


Dapatkan promosi istimewa ini dengan menekan gambar dibawah untuk pautan Whatsapp saya.

0 comments:

Post a Comment