Saturday, 23 October 2021

Omega-3 untuk Kulit lebih Cantik dan Berseri | Lydia Aramina

Omega-3 untuk kulit lebih cantik dan berseri


Lemak Omega-3 adalah antara nutrien yang paling banyak dikaji. Makanan ini boleh didapati dalam makanan harian seperti walnut, makanan laut, ikan berlemak, dan minyak biji-bijian serta tumbuhan tertentu. Mereka dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Asid Alpha-Linolenic (ALA), Asid Eicosapentaenoic (EPA), dan Asid Docosahexaenoic (DHA).

Info lanjut: Sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3

Lemak omega-3 terkenal dengan manfaat kesihatan yang terbaik, termasuk potensinya untuk melawan kemurungan, menurunkan keradangan, dan mengurangkan penyakit jantung. Tambahan, satu kelebihan yang kurang terkenal adalah bahawa ia boleh memberi manfaat kepada kulit kita. Jadi untuk itu, saya akan jelaskan apa kebaikan Omega-3 ini untuk kulit.

1. Melindungi daripada sinar ultraviolet A (UVA) dan sinar ultraviolet B (UVB) yang berbahaya. 

Terdapat beberapa bukti bahawa Omega-3 dapat mengurangkan keparahan gejala gangguan kepekaan tertentu, termasuk ruam kulit yang disebabkan pendedahan UV. Omega-3 juga dapat meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sunburns, mengurangkan keparahan kemerahan kulit selepas pendedahan UV, dan mengurangkan gejala gangguan fotosensitiviti tertentu. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan.

2. Membantu mencegah atau mengurangkan masalah jerawat. 

Omega-3 terbukti dapat mengurangkan keradangan, dan bukti baru menunjukkan bahawa jerawat mungkin disebabkan oleh keradangan. Oleh itu, Omega-3 secara tidak langsung dapat melawan jerawat. Suplemen Omega-3 boleh diambil sendiri atau digabungkan dengan suplemen lain dapat membantu mencegah jerawat atau mengurangkan keparahannya. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kesan ini.

3. Melembapkan kulit dan melawan kulit merah, kering, atau gatal

Gangguan kulit seperti atopic dermatitis dan psoriasis sering menyebabkan kulit kita menjadi kemerahan, kering dan gatal. Omega-3 mampu meningkatkan fungsi penghalang kulit, menutup kelembapan dan menjauhkan ketidakselesaan kulit. Dalam satu kajian kecil, wanita yang menggunakan sekitar setengah sesudu teh (2.5 ml) minyak flaxseed kaya omega-3 setiap hari mengalami peningkatan penghidratan kulit sebanyak 39% selepas 12 minggu. Kulit mereka juga kurang kasar dan sensitif berbanding yang tidak mengambil omega-3.

Banyak kajian yang dilakukan mengenai omega-3 ini baik untuk kulit dimana ia dapat meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sunburns, mengurangkan jerawat, dan melindungi dari kulit kering, kemerahan, dan gatal. Secara keseluruhannya, lemak sihat ini adalah tambahan yang mudah dan pantas untuk diet kita, kerana ia bukan sahaja bermanfaat untuk kulit kita tetapi juga kesihatan kita secara keseluruhan.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega 3 atau ingin mendapatkan Omega Guard Shaklee, boleh hubungi saya di pautan Whatsapp dengan menekan gambar di bawah.




Boleh lihat juga:





0 comments:

Post a Comment