Sunday, 17 October 2021

Sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3 | Lydia Aramina

Sumber makanan yang tinggi dengan omega-3

Ikan berlemak adalah sumber makanan Omega-3 yang sangat baik dan sangat sihat. Kita juga boleh memenuhi pengambilan Omega-3 yang disyorkan dengan memakan makanan berasaskan tumbuhan, biji-bijian dan kekacang yang kaya dengan asid lemak Omega-3.

Terdapat tiga jenis asid lemak Omega-3 utama, iaitu yang disebut: 
1. Alpha-Linolenic Acid (ALA)
2. Docosahexaenoic Acid (DHA)
3. Eicosapentaenoic Acid (EPA)


Sumber makanan yang tinggi dengan omega-3

Sumber utama Omega-3 kerap dijumpai dari ikan lebih-lebih lagi ikan berlemak dari air sejuk terutamanya DHA dan EPA. Semakin kecil ukuran ikan tersebut semakin berkualitilah minyak ikan yang boleh kita dapati kerana ikan kecil mempunyai kadar toksin yang sedikit berbanding ikan besar. Contoh ikan berlemak dari air sejuk yang mempunyai Omega-3 yang tinggi ialah ikan bilis, ikan kembung, ikan kod, ikan salmon dan sebagainya.


Sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3

Biji-bijian juga antara sumber makanan yang mempunyai Omega-3 yang tinggi terutamanya ALA. Biji-bijian seperti chia seeds, hemp seeds & flaxseeds adalah contoh biji yang terbaik di mana biji ini bukan sahaja kaya dengan Omega-3 namun sangat tinggi dengan serat, protein dan vitamin D.


Sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3

Dan terakhir adalah dari kekacang. Kekacang juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Kekacang seperti kacang walnut, kacang edamame, kacang soya dan kacang merah adalah kacang yang kaya dengan Omega-3 iaitu ALA. Kacang ini juga kaya dengan protein yang sihat di mana protein yang berasaskan tumbuh-tumbuhan tidak mempunyai kolesterol.


Lemak sihat ini menyumbang kepada kesihatan jantung, minda, kesihatan sendi, kehamilan dan sebagainya.Omega-3 ini adalah lemak yang diperlukan oleh badan kita namun badan manusia tidak mampu untuk menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, kita boleh mendapatkan Omega-3 dari makanan harian kita ataupun melalui suplemen. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg Omega-3 setiap hari.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega 3 atau ingin mendapatkan Omega Guard Shaklee, boleh hubungi saya dengan menekan gambar dibawah untuk pautan Whatsapp saya.

Lydia Aramina 0138175191


Boleh lihat juga







0 comments:

Post a Comment