Sunday, 17 October 2021

Sunset di Bukit Gondol, Lundu Sarawak | Lydia Aramina

Kena jalan kaki dulu baru sampai di kaki bukit. Nun jauh di sana. Nikmatilah sepanjang jalan.

Memandangkan sekarang kita dah boleh rentas daerah, marilah kita ke Bukit Gondol yang terletak di Pantai Kampung Pugu, Lundu. Bukit Gondol ini tidak tinggi dan lebih senang didaki berbanding Bukit Batu Selabat.

Boleh lihat Trip ke Bukit Batu Selabat

Namun perjalanan hendak ke bukit tersebut, anda kena berjalan kaki selama 15-20 minit di persisiran pantai sebelum mendaki bukit tersebut. Naik bukit tak lama dalam 10-15 minit dah sampai puncak sebab rendah sahaja. 

Memandangkan saya asal orang Lundu, jadi tidak jauhlah. Jika anda dari Kuching, anda boleh guna jalan Feri Rambungan untuk sampai ke Lundu dan perjalanannya dari pekan Lundu pula mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai ke destinasi. 

Sekiranya anda dah masuk ke Kampung Belungei, anda boleh tanya orang kampung simpang untuk ke bukit tersebut. Jangan guna google map atau guna waze sebab dia akan bawa anda ke tanah perkuburan sebab mula-mula dulu pakai google map dia bawa ke kubur haha.

Sampai ja, anda akan berjalan kaki macam yang saya jelaskan tadi. Takda guide la jadi anda jaga diri sendiri ok.


Anda akan lalu batu ini, jadi hati-hati ya. Rancang perjalanan anda sebab kalau air pasang, tempat ini penuh dengan air. Waktu terbaik adalah antara jam 5pm - 5.30pm anda kena sampai sini.


Dah sampai atas apa lagi bergambarlah dengan signboard. 


Ini kali ke berapa dah naik, tetap cantik pemandangannya.

Walaupun tak tinggi, tapi boleh nampak sepanjang Pantai Pugu.

Ini dah turun, kalau anda rasa nak tunggu sunset juga atas Bukit Gondol, pastikan bawa lampu suluh. Tapi tak digalakkanlah takut air pasang. 

Pernah pergi waktu sunrise juga, kedua-duanya sangat cantik. Jadi pergi mana-mana waktu pun sangat berbaloi. 

Sekian sahaja entri saya kali ini, jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di bawah. 






0 comments:

Post a Comment