Tuesday, 16 November 2021

Kepentingan Omega-3 untuk Kesihatan | Lydia Aramina

Kepentingan Omega3 untuk kesihatan


Trend pemakanan datang dan pergi. Tetapi asid lemak omega-3 adalah nutrien yang tidak akan ketinggalan zaman. Asid lemak omega-3, yang biasa disebut omega-3, adalah sekumpulan asid lemak sihat yang diperlukan oleh tubuh anda untuk banyak fungsi. 

Ada tiga jenis Omega-3 utama iaitu:- 

  1. Alpha-linolenic acid (ALA)
  2. Docosahexaenoic acid (DHA)
  3. Eicosapentaenoic acid (EPA). 
Kenapa pentingnya Omega-3 ini untuk kesihatan kita? Jom kita lihat tiga kepentingan utama Omega-3 untuk tubuh kita.

Omega-3 sangat popular untuk memberikan kesihatan kepada kardiovaskular atau jantung kita. Omega-3 memainkan peranan yang penting dimana ia dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Minyak ikan boleh membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah, meningkatkan pengaliran darah dan mengekalkan degupan jantung yang sihat.


Selain itu, Omega-3 baik untuk kesihatan otak dan minda. Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian dianggarkan mengandungi 20% DHA. Ia merupakan bahan penting untuk membina otak anda, omega-3 menyokong dengan mengurangkan keradangan di otak dan meningkatkan penghantaran mesej dari satu sel otak ke sel yang lain. Omega-3 juga boleh mengawal paras kortisol iaitu hormon stres. Ia membantu meningkatkan mood anda supaya anda berasa lebih baik. Bagi ibu bapa kita pula, Omega-3 memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyayuk.


Seterusnya, Omega-3 sangat dikenali dengan membantu untuk kesihatan tulang dan sendi. Semakin berusia, penghasilan tulang rawan iaitu sejenis tisu penghubung untuk kelembutan sendi anda berkurangan, menyebabkan sendi menjadi sakit dan radang. EPA dan DHA menyokong dengan bertindak sebagai fungsi anti-radang untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.Ia juga mampu meningkatkan penyerapan kalsium bagi mengoptimumkan kekuatan tulang untuk menyokong pergerakan. Minyak ikan ini juga menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan. Untuk yang ada masalah sakit sendi, ia bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.


Sebilangan besar orang dewasa harus makan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu. Sekiranya anda menghidap penyakit jantung dan tidak makan ikan secara berkala, profesional penjagaan kesihatan anda boleh mengesyorkan suplemen EPA dan DHA. Makanan tambahan minyak ikan boleh berinteraksi dengan beberapa ubat, jadi berjumpa dengan doktor anda sebelum mengambilnya.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega 3 atau ingin mendapatkan Omega Guard, boleh hubungi saya di pautan Whatsapp dengan menekan gambar di bawah.








0 comments:

Post a Comment