Sunday, 5 December 2021

Bercuti ke Borneo Tribal Village, Bau Sarawak | Lydia Aramina

Borneo Tribal Village

Borneo Tribal Village atau BTV adalah resort yang berkonsep kampung suku kaum Bidayuh, Sarawak. Resort ini terletak di Kampung Apar Singai, Bau, tidak jauh dari simpang pekan Tondong dan Kem Puncak Permai. 

Tempat ini mempunyai kemudahan yang sangat lengkap di mana anda boleh melakukan pelbagai acara atau aktiviti seperti:

  • Berkanu / berakit
  • Berkelah / Memanggang
  • Lawatan sambil belajar
  • Seminar kem motivasi
  • Percutian bersama keluarga
  • Persembahan kebudayaan dan muzik

Dan banyak lagi. Kami datang ke sini pada hujung minggu untuk merehatkan diri selepas bekerja sepanjang minggu ini tadi. Mengambil masa dalam 45 minit dari bandar Kuching untuk sampai ke destinasi. Seperti biasa, kena daftar masuk untuk ambik kunci bilik. Setiap bilik mempunyai harga yang berlainan memandangkan bangunan dan kemudahan yang berlainan.

Ada banyak jenis tempat tinggal seperti rumah panjang tradisional, rumah panjang kontemporari, kabin buluh, chalet tepi sungai, pondok tribal, dan motel.

Tribal House Borneo Tribal Village
Tribal House tempat kami tinggal. 

Tribal House Borneo Tribal Village
Dalam Tribal House.

Tilam, bantal, selimut dan tuala mandi disediakan. Dalam bilik ini ada tandas dan bilik mandi, tetapi sabun mandi, shampoo dan ubat gigi tidak disediakan, anda kena bawa sendiri. Malam sangat sejuk sebab dinding dan lantai rumah ini diperbuat daripada buluh. Seperti yang anda lihat, rumah ini ada elektrik. Tetapi rangkaian telephone ada yang kuat, dan ada yang tidak dapat langsung. Rasanya rangkaian Celcom ja ada di sini. 

Tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan memandangkan hari hujan, tetapi sempat juga ke sungai yang berdekatan. Jadi kalau anda sampai pada hari yang cerah, jangan lupa untuk mandi di sungai.  

Borneo Tribal Village
Tempat untuk memanggang. Kena sewa, RM30 kalau tak silap.

Lepas mandi sungai, aktiviti seterusnya adalah memanggang dan makan-makan. Makanan dan minuman kami semua bawa dari luar dan masak sendiri. Dengan udara yang segar dan mendengar bunyi alam sekitar sambil menikmati makanan yang menyelerakan pastinya sangat menenangkan jiwa dan raga.   

Pada keesokannya pula kami bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut. Kawasan ini sangat besar, dalam satu hari pun tak habis buat rodaan hehe.

Borneo Tribal Village
Ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini.

Borneo Tribal Village
Menyempatkan diri bergambar di Tanju Rumah Panjang Tradisional Bidayuh sebelum balik

  
Borneo Tribal Village
Dari kiri, rumah panjang kontemporari, rumah panjang tradisional, dewan utama dan pentas Rainforest

Siapa yang inginkan suasana yang tenang, bolehlah pergi ke sini untuk bercuti bersama keluarga atau kawan pada hujung minggu atau musim cuti sekolah nanti. 

Di bawah ini saya sertakan dengan maklumat BTV untuk memudahkan anda membuat tempahan atau ingin mengetahui tempat ini dengan lebih lanjut.

No Pejabat: 082-450450 / 082-522664
No Telephone: 010-9841007 (Yolanda)
Email: borneotribalvillage2012@gmail.com
Facebook: Borneo Tribal Village Obut Pikatang Villagestay

Sekiranya ada soalan, sila tinggalkan soalan anda di ruangan comment. 

Boleh juga lihat:


0 comments:

Post a Comment