Monday, 6 December 2021

Pengalaman Selepas Suntikan Dos Penggalak Covid-19 | Lydia Aramina

Pengalaman Selepas Suntikan Dos Penggalak Civid-19


Pada 3 Disember 2021, saya telah pergi temujanji untuk dapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 di Stadium Tertutup Kota Samarahan. Agak jauh dari rumah saya dan tempat ini sangat jauh dari orang ramai jadi sesuailah untuk dijadikan tempat untuk orang menerima vaksin.

Seperti yang kita tahu, untuk dos penggalak ini kebanyakkan kita akan menerima jenis vaksin Comirnaty atau nama lainya Pfizer. Memandangkan sebelum ini saya penerima vaksin Pfizer, jadi kena tunggu 6 bulan baru boleh ambik manakala penerima vaksin selain Pfizer, 3 bulan selepas dapat dos kedua, anda dah boleh dapatkan dos penggalak ini.


Saya dapat appointment melalui MySejahtera tapi ada yang walkin sahaja. Stadium Tertutup Kota Samarahan terima yang walkin, jadi bolehlah pergi kalau sudah genap tarikh yang saya maklumkan di atas.

Seterusnya saya akan kongsikan kesan sampingan yang saya dapat dalam beberapa hari selepas terima suntikan dos tersebut.

3 Disember 2021
Selepas beberapa jam berlalu, bahagian tangan yang kena cucuk mulai rasa lenguh sedikit. Malam sedikat rasa lenguh semakin terasa. 

4 Disember 2021
Hari ini bahagian suntikan masih terasa sakit & lenguh, lebih sakit berbanding semalam. Perasaan macam nak demam tapi suhu badan masih normal.

5 Disember 2021
Rasa lenguh semakin pulih, tak sakit dah. Boleh angkat barang seperti biasa. Badan juga masih sihat. Tidur pun dah selesa.

6 Disember 2021
Hari ini langsung tidak sakit dah. Yeahh sekejap sahaja sakitnya kali ini berbanding vaksin dulu.


Supplement yang saya ambik selama empat hari ini hanyalah VitaC dan Omega Guard dari Shaklee. Cuma hari pertama sahaja saya ambik dua kali iaitu sebelum dan selepas suntikan, 3 biji Omega Guard dan 1 biji VitaC. Hari seterusnya saya ambik sekali sahaja seperti rutin setiap hari.

Supplement untuk suntikan dos penggalak Covid-19


Fungsi VitaC adalah untuk meningkatkan imun sistem kerana vitamin c mempunyai antioksidan yang tinggi. Omega Guard pula bersifat anti-radang jadi ia dapat melegakan rasa lenguh dengan lebih cepat. 

Ikhtiar dengan Shaklee walaupun tahu ia tidak dapat menghalang kita daripada sakit tapi yang penting kita ada usaha. Sama juga konsep kita ambik vaksin, ramai yang dah ambik vaksin tapi tetap positif Covid-19. Jadi kita perlulah ambik langkah untuk kuatkan antibodi kita dengan makanan yang sihat atau supplement kesihatan.

Pabila badan kita sihat, antibodi kita pun kuat. Antibodi yang kuat mampu mengurangkan simpton Covid-19 yang teruk kalau kita dijangkiti virus tersebut. Perjuangan kita belum berakhir, jadi jangan leka. Jaga SOP, kebersihan dan kesihatan diri kita.

Sekiranya anda ingin mengetahui atau dapatkan VitaC dan Omega Guard, boleh tekan gambar di bawah untuk pautan Whatsapp saya.

Lydia Aramina


Boleh lihat:


0 comments:

Post a Comment