Wednesday, 8 December 2021

Tips Mengatasi Masalah Kulit Kering | Lydia Aramina

Tips mengatasi masalah kulit kering

Pernah terfikir tak kalau pakai moisturizer yang tebal boleh melembapkan kulit yang kering? Saya juga pernah berfikir seperti itu. Memakai pelembap yang tebal tidak akan menyelesaikan masalah kulit kering. Siapa di sini mempunyai kulit yang sangat kering? Disini saya ingin kongsikan cara bagaimana mengatasi masalah kulit kering ini. 

1. Diet

Diet rich fat adalah penting untuk kesihatan kulit anda. Makanan seperti badam, salmon, avocado, hemp seeds, biji chia, walnut dan minyak zaitun, semuanya mengandungi asid lemak yang memastikan kulit anda lembap dari dalam dan luar. Ini adalah lemak baik lemak sihat yang penting untuk pertumbuhan sel fungsi otak dan kulit anda. 

supplement untuk kulit kering

Juga sangat disyorkan anda untuk mengambil suplemen. Asid lemak omega adalah sumber minyak lemak yang terbaik. Suplemen yang anda boleh ambil untuk kulit anda, terutamanya suplemen Omega Guard ini adalah suplemen yang saya ambil selama bertahun-tahun dan ia sangat kaya dengan lemak Omega3. Vitamin larut seperti Vitamin A dan Vitamin D dan semestinya asid lemak omega adalah antara suplemen yang boleh anda ambik untuk kulit yang kering.

Boleh baca: Omega-3 untuk Kulit lebih Cantik dan Berseri

2. Penjagaan Kulit

Sekarang beralih kepada penjagaan kulit. Anda boleh melakukan beberapa urutan setiap saat dan urutan tersebut sangat bermanfaat untuk kulit kering kerana ia meningkatkan peredaran mikro iaitu membawa oksigen dan nutrien ke sel sambil mengeluarkan bahan buangan dari tisu kulit. 

a. Tabiat membersihkan kulit

Tabiat ini adalah perkara yang ramai orang silap buat. Suhu air sangat penting. Air panas hanya menggalakkan kehilangan air dari kulit anda. Jadi pastikan anda membilas dengan suhu kulit iaitu suam-suam kuku. Mengehadkan pembersihan sekali sehari sahaja adalah idea yang baik. Tukar produk anda kepada pembersih berasaskan gel atau susu dan bersihkan secepat mungkin kerana jika terlalu lama, ia dapat menghilangkan kelembapan semula jadi anda.

b. Kerapkan membuat proses pengelupasan (exfoliation)

Jika anda membuat exfoliate dengan enzim atau asid yang ringan, ia boleh menanggalkan sel kulit kering yang berada di atas kulit dimana sel ini mengganggu penyerapan pelembap anda dan produk hydrating yang lain. Proses ini menghidratkan sel-sel baru yang sihat dan membenarkan produk anda menyerap dengan lebih baik. Lakukan proses ini 2-3 kali dalam seminggu.

c. Kaedah lapisan 3-2-2 untuk merawat kulit kering. 

Lapisan produk adalah kuncinya. Menyapu lapisan wax dan minyak pada kulit menghalang kelembapan luar daripada masuk. Cuba lakukan kaedah 3-2-2 iaitu pada asasnya menggunakan tiga lapisan toner, dua lapisan serum dan dua lapisan pelembap. 

Tiga Lapisan Toner

Toner menjadikan kulit anda lembap dan gebu. Anda boleh menggantikan toner dengan essence pilihan anda.

Dua Lapisan Serum

Serum yang padat dengan humectants dan nourishing ingredients baik untuk kulit. Fungsi serum dapat memulihkan kulit yang rosak dan menyuburkannya dengan kelembapan dan nutrien.

Dua Lapisan Pelembap

Pelembap pula memberikan kulit kita lembap agar lebih berseri. Memilih heavy moisturizer bukan sesuatu yang perlu dititikberatkan tapi pilihlah yang sesuai dengan kulit anda. Sapu lapisan pertama pada seluruh muka dan sapu lapisan kedua pada bahagian yang kering terutamanya bahagian pipi.    

Ini adalah tambahan, anda boleh amalkan memakai sleeping mask juga. Sleeping mask akan membuat perbezaan yang ketara dalam rutin malam anda jika anda ingin bangun dengan kulit yang berseri dan bermaya.

Bawah ini pula adalah bahan-bahan yang perlu anda cari dan bahan-bahan yang perlu berhati-hati apabila anda mencari produk penjagaan kulit.

Bahan yang melembapkan kulit muka


3. Humidifier

Satu lagi perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk merawat kulit kering ialah melabur dalam humidifier. Persekitaran yang lembap sangat membantu dalam penjagaan kulit anda yang kering di mana alat ini boleh melembapkan kulit anda. 


Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua lebih-lebih lagi yang mempunyai masalah kulit kering. Sekiranya anda ada soalan, boleh tinggalkan di ruang comment. 


Boleh juga lihat

5 Cara untuk Menghapuskan Jerawat Pasir

0 comments:

Post a Comment