Friday, 28 January 2022

5 Cara Mengatasi Masalah Kulit Berminyak | Lydia Aramina

5 cara mengatasi masalah kulit berminyak


Ada dua soalan yang ingin saya tanyakan.

Adakah anda mempunyai jenis kulit yang berminyak? 

Jika jawapan ya, soalan senterusnya ialah adakah rutin membersihkan muka anda sebanyak TIGA kali sehari, mengunakan scrub dan toner yang ada bahan alkohol?  

Kalau ya, anda telah melakukan kesilapan yang sangat besar. Melakukan perkara di atas tidak akan menyelesaikan masalah kulit berminyak anda. Ia mungkin akan membershikan sedikit minyak di pemukaan kulit kita tetapi ia tidak memberi kesan yang mendalam terhadap masalah kulit kita.

Tanpa membuang masa, saya nak kongsikan cara mengatasi masalah kulit berminyak. Agak panjang tetapi saya harap ia dapat memberikan penjelasan yang baik untuk anda faham.  

1. Menghidrat dan melembapkan kulit dengan betul

Sebum terhasil kerana ada tujuannya sama seperti benda lain yang keluar dari badan kita contoh peluh, air mata dan lain-lain. Sebum kita dihasilkan untuk melembapkan kulit kita secara semulajadi. Jika kulit kita betul-betul terhidrat dan betul-betul lembap, sebum kita akan sedar bahawa ia sudah pun lembap, jadi tak perlu keluar ke permukaan kulit kita. Akhirnya, pengeluaran sebum dapat dikawal apabila kulit menemui keseimbangan penghidratan dan kelembapan yang betul. 

Sebaliknya, semakin anda cuba untuk menghilangkan kilauan dan gris dan semua sebum yang berlebihan di atas kulit dengan mengeringkan kulit anda dengan menggunakan toner yang mempunyai bahan alkohol atau losyen mattifying, sebum mempunyai tujuan yang lebih kuat untuk keluar ke dunia untuk melembapkan kulit kita secara semulajadi. Ini yang menyebabkan kulit anda akan menjadi lebih berminyak.

2. Bersihkan kulit muka dengan lembut

Ini mengenai pencuci muka kita, ada satu pencuci sejenis surfactants di mana bahan pencuci ini jenis minyak dan boleh larut dalam air, jadi kulit kita lebih bersih. Walau bagaimanapun, kelemahan menggunakan pencuci muka terlalu banyak kali dalam sehari boleh menghalang lipid semulajadi kita. 

Semakin banyak kali anda mencuci muka, semakin kering kulit dan juga semakin berminyak kulit anda. Jadi, memilih pencuci muka adalah sangat penting. Saya sangat mengesyorkan anda semua untuk menukar pencuci kepada jenis gel yang lebih lembut, tidak berbuih di mana ia mempunyai pH yang seimbang dan bebas SLS. pH sihat untuk kulit normal ialah sekitar 4.5 hingga 6. Cari pencuci muka yang sedikit berasid yang tidak merosakkan pH semulajadi kulit anda. 

Pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak

Nasihat lain yang saya ingin berikan ialah tentang Cleansing Water. Jangan biarkan ia pada kulit anda terlalu lama. Surfactants, apabila ia kekal pada kulit anda ia terus melarutkan minyak, jadi kulit anda menjadi lebih kering dan kering dan lebih kering. Jadi, saya sangat mengesyorkan anda semua untuk mencuci mana-mana jenis pencuci muka anda sebersih-bersihnya. 

3. Minyak muka bukan musuh anda

Mungkin ada, tetapi bukan semua jenis minyak. Jenis kulit berminyak hingga jenis kulit kombinasi cenderung kekurangan Asid Linoleik yang merupakan salah satu kandungan asid lemak. Jadi, apabila anda kekurangan asid linoleik ini, apa yang berlaku ialah, sebum anda cenderung untuk menghasilkan lebih sedikit dan kulit akan jadi lebih kusam, lebih melekit dan ia mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menyumbat pori. 

Oleh itu, jika anda memilih minyak yang betul iaitu Asid Linoleik yang tinggi dan kandungan Asid Oleik yang rendah, di mana ia boleh mengimbangi semula kulit anda dengan meresap melalui kekurangan Asid Linoleik. Dan ia juga melembapkan kulit anda dengan mengunci penghidratan yang telah anda pakai. 

Beberapa minyak muka yang popular untuk jenis kulit minyak termasuk minyak Biji Rosehip, minyak Biji Hemp, minyak Biji Labu, minyak Biji Anggur, minyak Jojoba dan terdapat begitu banyak minyak hebat lain yang boleh membantu kulit anda dalam mengawal dan menguruskan pengeluaran sebum bahkan menghasilkan sebum anda dengan cara yang lebih sihat. 

4. Cari produk yang mempunyai bahan yang mengawal sebum

Antara bahan yang mengawal sebum ialah Niacinamide dan zink. Niacinamide seperti yang anda tahu ia bukan sahaja fungsinya untuk mencerahkan atau menghidratkan kulit yang baik atau sebagai agen anti-penuaan tetapi ia juga merupakan bahan yang bagus untuk mengawal pengeluaran sebum anda. Dan ia tidak melakukannya dengan menyekat pengeluaran sebum. Niacinamide meningkatkan pengeluaran ceramide kulit anda yang merupakan pelembap semula jadi. Jadi kulit anda secara semula jadi kekal lebih terhidrat dan lebih lembap. Oleh itu, sebum anda tidak perlu keluar secara proaktif untuk mengimbangi kekeringan.

Berbalik kepada tips pertama tadi, jika anda menghidrat dan melembapkan kulit dengan betul, maka Niacinamide ini boleh diabaikan.

Zink adalah sangat istimewa kerana ia dikenali sebagai penghalang sebum. Ia boleh mengeringkan sedikit jika jenis kulit yang kering. Zink datang dalam pelbagai bentuk termasuk Zink PCA yang anda lihat dalam banyak serum dan produk penjagaan kulit dan juga pada syampu anti-kelemumur. Dan terdapat juga Zink Oksida, yang dikenali sebagai penapis UV. 

Satu kajian menunjukkan bahawa menggunakan 1% larutan Zink PCA untuk tempoh 4 minggu, secara signifikan ia mengurangkan pengeluaran sebum. Tetapi saya fikir ia adalah salah satu bahan yang mungkin anda boleh luluskan setelah sebum anda dikawal dengan lebih baik.

5. Diet anda sangat penting

Vitamin A dan Vitamin D ialah vitamin larut lemak yang sangat baik untuk kelenjar sebum kita yang pada asasnya merupakan rumah pengeluaran yang mengepam minyak keluar. Jadi, ia mempunyai keupayaan untuk menguruskan pengeluaran sebum. Dan Zink, kita bincang mengenainya dalam penjagaan kulit tetapi anda juga boleh mengambilnya dalam bentuk supplement atau anda boleh makan makanan yang tinggi zink. Ia juga akan berfungsi sebagai penghalang sebum apabila anda mengambilnya. 

Sementara itu, anda mungkin juga ingin menjauhkan diri daripada makanan yang menjejaskan kelenjar sebum untuk mengepam lebih banyak sebum, iaitu gula dan semua jenis makanan manis, makanan glisemik tinggi dan tenusu. Ini adalah makanan yang juga boleh menjejaskan jerawat dan mencetuskan tindak balas keradangan dalam badan anda yang menjejaskan sel-sel kulit, akhirnya ia mengepam keluar lebih banyak sebum. Lebih baik untuk menjauhkan diri atau mengambil makanan ini pada tahap yang sangat rendah dalam diet anda.


Semoga membantu tips yang saya kongsikan dan memberi manfaat kepada anda semua. Kongsikan dengan rakan-rakan anda yang ada masalah ini juga. 

Boleh juga lihat : 

Tips mengatasi masalah kulit kering

5 cara untuk menghapuskan jerawat pasir

Continue Reading

Tuesday, 25 January 2022

Life Shake Shaklee Baru Perisa Matcha | Lydia Aramina

Life Shake Matcha Shaklee Lydia Aramina


Pada Julai 2021 yang lepas Shaklee telah memperkenalkan Life Shake berperisa Elderberry dan ia sangat mendapat sambutan dari orang ramai. Kali ini mereka menghasilkan perisa MATCHA. Ada peminat tea Matcha tak di sini? Jika Life Shake Elderberry telah memberi banyak manfaat kepada kita, semestinya Life Shake Matcha juga begitu.

Boleh lihat Life Shake Elderberry Shaklee

Life Shake Matcha merupakan hidangan semua dalam satu yang lengkap di mana ia kaya dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, serta tambahan ekstrak Matcha bagi meningkatkan manfaat antioksida.

Apakah kesitimewaan Matcha? Matcha dikenali sebagai penawar yang abadi. Secara tradisinya, ia digunakan sebagai meningkatkan kepekaan, menggalakkan ketenangan & ketajaman fikiran.

Manfaat MATCHA yang hebat

  • Meningkatkan fungsi kognitif dan kesihatan otak
  • Peransang tenaga
  • Agen aktioksida dan antikeradangan
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Mengawal atur metabolisma lemak
  • Kesan antikarsinogenik
  • Detoksifikasi

Keisitimewaan Life Shake Matcha Shaklee


Keistimewaan Life Shake Matcha Shaklee
  • 3 jenis protein bukan GMO iaitu protein soya isolate, protein soya pekat dan protein nasi
  • Mengandungi serbuk Matcha sebanyak 1120mg setiap hidangan
  • Kandungan antioksida yang tinggi daripada esktrak Matcha
  • Tidak mengandungi perasa, pemanis, pewarna dan pegawet tambahan
  • Ditambah dengan Prebiotik - fruktooligosakarida rantai pendek (FOS)
  • Mempunyai indeks Gilsemik RENDAH bagi mengawal gula dalam darah
  • Mengandungi 2500mg leusin iaitu sejenis protein yang membantu pembinaan otot dan mengawal berat badan
  • Mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral
  • Mengandungi 16g protein bagi setiap hidangan

Resipi Life Shake Matcha

Yang biasa kita minum adalah 2 skup Life Shake Matcha dan 250ml air kosong atau susu rendah lemak kesukaan anda. Tetapi tahukah anda ada pelbagai resipi kita boleh buat. Antaranya:-

1. 1 skup Matcha + 1 skup ESP + 250 air kosong / minuman kesukaan anda
- Untuk tenaga yang berpanjangan

2. 1 skup Matcha + 1 skup Cinch Vanilla + 250 air kosong / minuman kesukaan anda 
- Untuk berat badan dan paras badan yang ideal

Bawa ini saya sertakan resipi yang lain yang boleh kita cuba.

Resipi life shake matcha shaklee



Masa terbaik untuk diambil
  • Sarapan pagi untuk tenaga dan fokus seharian
  • Sebelum atau selepas bersenam bagi pemulihan otot, membina otot dan mengekalkan otot
  • Bila-bila masa semasa saat gemuruh bagi menenangkan fikiran
  • Penganti makan malam untuk orang yang ingin menurunkan berat badan
Siapa perlukan life shake Matcha


Harga Life Shake Elderberry Shaklee

Harga Ahli RM165.00
Harga Runcit RM206.25

Nak dapatkan harga ahli boleh terus hubungi saya sekarang melalui Whatsapp 

Harga Life Shake Matcha shaklee



Berminat untuk mendapatkan produk Life Shake Elderberry Shaklee? Boleh terus hubungi saya. Klik gambar dibawah untuk pautan Whatsapp.

Lydia Aramina



Continue Reading

Wednesday, 19 January 2022

Manfaat Omega 3 Minyak Ikan untuk Kesihatan | Lydia Aramina

Manfaat omega 3 minyak ikan untuk kesihatan

Sering kali kita mendengar atau membaca maklumat tentang Omega-3 sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk kesihatan jantung, otak dan tulang serta sendi. Tetapi Omega-3 juga diketahui menyokong kesihatan kita dalam pelbagai cara. Jom ketahui bagaimana kita boleh memanfaatkan nutrien penting ini.


Ada beberapa manfaat Omega-3 yang kita tidak sangka, antaranya:-

1. Mengekalkan kesihatan mata

Retina kita mengandungi asid dokosaheksaenoik (DHA) yang diperlukan untuk pengecaman visual. Omega-3 menyokong dengan mengekalkan tahap optimum DHA yang diperlukan untuk penglihatan mata yang sihat.Omega-3 juga membantu penyaliran cecair intraokular yang betul dari mata, mengurangkan risiko tekanan mata yang tinggi dan glaukoma.

2. Mengawalkan berat badan yang sihat

Satu kajian menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Omega-3 menyokong dengan merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga.Omega-3 juga meningkatkan kelajuan metabolisme supaya kita membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan.

3. Meningkatkan imunisasi badan kita

Keradangan yang berpanjangan akibat tekanan, diet atau faktor gaya hidup boleh merosakkan tisu kita yang membawa kepada kemerosotan dan bengkak. Omega-3 menyokong dengan mengurangkan keradangan dengan mengurangkan reaksi keradangan. EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun kita.

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan supplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega 3 atau ingin mendapatkan Omega Guard Shaklee, boleh hubungi saya dengan menekan gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.

Whatsapp Lydia Aramina


Boleh juga lihat



Continue Reading

Wednesday, 12 January 2022

Azam Baru 2022 untuk menjadi Lebih Baik dari Tahun Sebelumnya

Azam Baru 2022 | Lydia Aramina


Selamat Tahun Baru 2022. Di ambang tahun baru ini seringkali tanya diri sendiri apa azam kita setiap tahun? Mungkin ada kelainan dari tahun sebelumnya atau ada azam tahun lepas yang tak tercapai ingin dilaksanakan tahun ini? Tepuk dada tanya selera. 

Untuk entri saya kali ini, saya ingin kongsikan sedikit sebanyak azam yang ingin saya laksanakan tahun ini agar tahun baru ini saya akan menjadi orang yang baru. New year, new me kata orang mat salleh.

1. Minum air kosong secukupnya setiap hari

Perkara ini nampak macam biasa dibuatkan tetapi selalu tak tercapai target minum air kosong secukupnya setiap hari. Sering terlupa dan kadang-kadang dalam satu hari itu cuma minum minuman air manis sahaja. Satu perkara yang saya perasan kalau saya cukup minum air kosong secara berterusan, saya perasan yang saya kurang fikirkan makanan (hahaha). Pernah baca satu artikel mengenai minum air kosong secukupnya untuk tubuh badan kita dapat mengawal berat badan. Ada banyak lagi kebaikan lain tentang air kosong ini yang akan saya kongsikan di entri lain nanti.

Anggaran pengambilan air kosong setiap hari

2. Makan sayur-sayuran lebih

Saya jenis yang tak kisah makan sayur apa pun sebab memang gemar makan sayur-sayuran. Pernah tengok tips diet makan suku-suku setengah tak? Suku pertama adalah bijirin, suku kedua adalah protein dan yang setengah itu adalah sayur-sayuran. Tahun ini bolehlah amalkan tips ini kerana sayur-sayuran sangat baik untuk sistem pencernaan kita. Satu lagi sayur-sayuran juga membuat kulit kita sihat dan berseri.

Sayur-sayuran yang berkhasiat

3. Bangun awal pagi untuk bersenam

Tentu ramai yang tidak suka buat yang ini termasuklah diri ini. Bila kita bersenam awal pagi, kita mampu membakar kalori lebih banyak sepanjang hari. Tekanan darah, kadar degupan jantung dan darah mengalir ke otot juga lebih baik. Jadi jom sama-sama kita bangun awal pagi untuk bersenam. Mulakan dengan berjalan pagi atau regangan ringan untuk yang baru nak buat.

4. Amalkan lebih menjaga diri

how to Self care

Kita sentiasa terlupa untuk menjaga diri sendiri seperti mengamalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan yang sihat, dapatkan tidur yang cukup, kerap bersenam, dan elakkan dadah, merokok dan alkohol, amalkan kebersihan yang baik, mencuba sesuatu yang disukai setiap hari dan lain-lain. Sayangilah diri sendiri.

5. Membaca sesuatu yang bermanfaat selama 30 minit sehari

Membaca amalan mulia

Membaca memerlukan niat yang besar untuk seseorang. Dengan amalan membaca sesuatu yang bermanfaat selama 30 minit sehari akan membuka minda kita secara luas. Membaca juga melatih otak kita agar tidak mudah lupa dan membantu otak untuk berkembang lebih baik. 

6. Bina keyakinan diri

Bina keyakinan diri

Seseorang akan menghormati dirinya apabila mereka mengatakan bahawa mereka akan melakukan sesuatu dan mereka melakukannya. Praktikkan dalam diri kita juga, kita akan menghormati diri kita jika kita mengatakan "Saya akan melakukan sesuatu dan saya melakukannya", dan kepercayaan pada diri kita akan menjadi lebih mudah, kerana kita tahu kita tidak takut dengan kerja atau perkara itu. Tindakan memberi makna kepada perkataan kita sendiri, dan ia akan membantu membuka jalan untuk mencapai matlamat kita, mengukuhkan hubungan kita sesama orang lain dan berasa bangga dengan siapa diri kita.


Ini sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan kepada semua apa azam baru saya. Azam baru tidak semestinya perkara yang besar, perkara kecil contoh seperti tak membuang sampah merata-rata tempat atau pakai sunscreen setiap pagi pun satu azam juga.

Masih belum ada azam tahun 2022? Anda belum terlambat lagi untuk fikirkan azam anda sebab tiada ketetapan masa untuk azam baru ini walaupun ia lebih baik jika dilaksanakan awal tahun kerana kita ingin menjadi seorang yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Buat refleksi diri dan apa yang ingin anda perbaiki. Moga dapat membantu anda membuat azam baru 2022 yang penuh bermakna untuk diri anda. 

Continue Reading