Friday, 28 January 2022

5 Cara Mengatasi Masalah Kulit Berminyak | Lydia Aramina

5 cara mengatasi masalah kulit berminyak


Ada dua soalan yang ingin saya tanyakan.

Adakah anda mempunyai jenis kulit yang berminyak? 

Jika jawapan ya, soalan senterusnya ialah adakah rutin membersihkan muka anda sebanyak TIGA kali sehari, mengunakan scrub dan toner yang ada bahan alkohol?  

Kalau ya, anda telah melakukan kesilapan yang sangat besar. Melakukan perkara di atas tidak akan menyelesaikan masalah kulit berminyak anda. Ia mungkin akan membershikan sedikit minyak di pemukaan kulit kita tetapi ia tidak memberi kesan yang mendalam terhadap masalah kulit kita.

Tanpa membuang masa, saya nak kongsikan cara mengatasi masalah kulit berminyak. Agak panjang tetapi saya harap ia dapat memberikan penjelasan yang baik untuk anda faham.  

1. Menghidrat dan melembapkan kulit dengan betul

Sebum terhasil kerana ada tujuannya sama seperti benda lain yang keluar dari badan kita contoh peluh, air mata dan lain-lain. Sebum kita dihasilkan untuk melembapkan kulit kita secara semulajadi. Jika kulit kita betul-betul terhidrat dan betul-betul lembap, sebum kita akan sedar bahawa ia sudah pun lembap, jadi tak perlu keluar ke permukaan kulit kita. Akhirnya, pengeluaran sebum dapat dikawal apabila kulit menemui keseimbangan penghidratan dan kelembapan yang betul. 

Sebaliknya, semakin anda cuba untuk menghilangkan kilauan dan gris dan semua sebum yang berlebihan di atas kulit dengan mengeringkan kulit anda dengan menggunakan toner yang mempunyai bahan alkohol atau losyen mattifying, sebum mempunyai tujuan yang lebih kuat untuk keluar ke dunia untuk melembapkan kulit kita secara semulajadi. Ini yang menyebabkan kulit anda akan menjadi lebih berminyak.

2. Bersihkan kulit muka dengan lembut

Ini mengenai pencuci muka kita, ada satu pencuci sejenis surfactants di mana bahan pencuci ini jenis minyak dan boleh larut dalam air, jadi kulit kita lebih bersih. Walau bagaimanapun, kelemahan menggunakan pencuci muka terlalu banyak kali dalam sehari boleh menghalang lipid semulajadi kita. 

Semakin banyak kali anda mencuci muka, semakin kering kulit dan juga semakin berminyak kulit anda. Jadi, memilih pencuci muka adalah sangat penting. Saya sangat mengesyorkan anda semua untuk menukar pencuci kepada jenis gel yang lebih lembut, tidak berbuih di mana ia mempunyai pH yang seimbang dan bebas SLS. pH sihat untuk kulit normal ialah sekitar 4.5 hingga 6. Cari pencuci muka yang sedikit berasid yang tidak merosakkan pH semulajadi kulit anda. 

Pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak

Nasihat lain yang saya ingin berikan ialah tentang Cleansing Water. Jangan biarkan ia pada kulit anda terlalu lama. Surfactants, apabila ia kekal pada kulit anda ia terus melarutkan minyak, jadi kulit anda menjadi lebih kering dan kering dan lebih kering. Jadi, saya sangat mengesyorkan anda semua untuk mencuci mana-mana jenis pencuci muka anda sebersih-bersihnya. 

3. Minyak muka bukan musuh anda

Mungkin ada, tetapi bukan semua jenis minyak. Jenis kulit berminyak hingga jenis kulit kombinasi cenderung kekurangan Asid Linoleik yang merupakan salah satu kandungan asid lemak. Jadi, apabila anda kekurangan asid linoleik ini, apa yang berlaku ialah, sebum anda cenderung untuk menghasilkan lebih sedikit dan kulit akan jadi lebih kusam, lebih melekit dan ia mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menyumbat pori. 

Oleh itu, jika anda memilih minyak yang betul iaitu Asid Linoleik yang tinggi dan kandungan Asid Oleik yang rendah, di mana ia boleh mengimbangi semula kulit anda dengan meresap melalui kekurangan Asid Linoleik. Dan ia juga melembapkan kulit anda dengan mengunci penghidratan yang telah anda pakai. 

Beberapa minyak muka yang popular untuk jenis kulit minyak termasuk minyak Biji Rosehip, minyak Biji Hemp, minyak Biji Labu, minyak Biji Anggur, minyak Jojoba dan terdapat begitu banyak minyak hebat lain yang boleh membantu kulit anda dalam mengawal dan menguruskan pengeluaran sebum bahkan menghasilkan sebum anda dengan cara yang lebih sihat. 

4. Cari produk yang mempunyai bahan yang mengawal sebum

Antara bahan yang mengawal sebum ialah Niacinamide dan zink. Niacinamide seperti yang anda tahu ia bukan sahaja fungsinya untuk mencerahkan atau menghidratkan kulit yang baik atau sebagai agen anti-penuaan tetapi ia juga merupakan bahan yang bagus untuk mengawal pengeluaran sebum anda. Dan ia tidak melakukannya dengan menyekat pengeluaran sebum. Niacinamide meningkatkan pengeluaran ceramide kulit anda yang merupakan pelembap semula jadi. Jadi kulit anda secara semula jadi kekal lebih terhidrat dan lebih lembap. Oleh itu, sebum anda tidak perlu keluar secara proaktif untuk mengimbangi kekeringan.

Berbalik kepada tips pertama tadi, jika anda menghidrat dan melembapkan kulit dengan betul, maka Niacinamide ini boleh diabaikan.

Zink adalah sangat istimewa kerana ia dikenali sebagai penghalang sebum. Ia boleh mengeringkan sedikit jika jenis kulit yang kering. Zink datang dalam pelbagai bentuk termasuk Zink PCA yang anda lihat dalam banyak serum dan produk penjagaan kulit dan juga pada syampu anti-kelemumur. Dan terdapat juga Zink Oksida, yang dikenali sebagai penapis UV. 

Satu kajian menunjukkan bahawa menggunakan 1% larutan Zink PCA untuk tempoh 4 minggu, secara signifikan ia mengurangkan pengeluaran sebum. Tetapi saya fikir ia adalah salah satu bahan yang mungkin anda boleh luluskan setelah sebum anda dikawal dengan lebih baik.

5. Diet anda sangat penting

Vitamin A dan Vitamin D ialah vitamin larut lemak yang sangat baik untuk kelenjar sebum kita yang pada asasnya merupakan rumah pengeluaran yang mengepam minyak keluar. Jadi, ia mempunyai keupayaan untuk menguruskan pengeluaran sebum. Dan Zink, kita bincang mengenainya dalam penjagaan kulit tetapi anda juga boleh mengambilnya dalam bentuk supplement atau anda boleh makan makanan yang tinggi zink. Ia juga akan berfungsi sebagai penghalang sebum apabila anda mengambilnya. 

Sementara itu, anda mungkin juga ingin menjauhkan diri daripada makanan yang menjejaskan kelenjar sebum untuk mengepam lebih banyak sebum, iaitu gula dan semua jenis makanan manis, makanan glisemik tinggi dan tenusu. Ini adalah makanan yang juga boleh menjejaskan jerawat dan mencetuskan tindak balas keradangan dalam badan anda yang menjejaskan sel-sel kulit, akhirnya ia mengepam keluar lebih banyak sebum. Lebih baik untuk menjauhkan diri atau mengambil makanan ini pada tahap yang sangat rendah dalam diet anda.


Semoga membantu tips yang saya kongsikan dan memberi manfaat kepada anda semua. Kongsikan dengan rakan-rakan anda yang ada masalah ini juga. 

Boleh juga lihat : 

Tips mengatasi masalah kulit kering

5 cara untuk menghapuskan jerawat pasir

0 comments:

Post a Comment