Mesti pernah tertanya-tanya apa perbezaan antara protein yang berasaskan tumbuhan dan protein berasaskan daging haiwan. Apakah kelebihan masing-masing betul tak? Jadi hari ini saya ingin kongsikan perbezaan antara protein tumbuhan dan protein haiwan.
1. Protein tumbuhan vs protein haiwan
Meskinpun kedua-dua protein mengandungi kandungan protein yang sama namun sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein haiwan mempunyai kualiti yang lebih baik daripada protein tumbuhan kerana kandungan asid amino penting yang lebih lengkap dan banyak. Protein berasaskan tumbuhan seperti soya lebih mudah dihadam terutamanya untuk warga tua.
2. Kandungan kolesterol tinggi vs kolesterol rendah
Kandungan kolesterol pada protein haiwan juga tinggi seperti daging kambing berbanding protein berasaskan tumbuhan dimana sumber protein ini mempunyai sifar kolesterol. Mereka yang mengamalkan protein tumbuhan ini lebih cenderung mempunyai tahap kolesterol, tekanan darah dan penyakit jantung yang lebih rendah.
3. Kandungan tinggi lemak vs rendah lemak
Protein haiwan menpunyai lemak tepu dan transfat seperti ayam. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripada kandungan lemak. Protein tumbuhan seperti kacang, biji-bijian, tauhu atau bijiran penuh memberi protein tanpa lemak yang berlebihan.
4. Sumber makanan yang diproses vs sumber makanan yang semujadi
Terdapat banyak sumber makanan yang diproses seperti makanan segera dimana hal ini akan menyebabkan nutrisi dalam makanan yang diproses berkurangan. Jika diambil dalam bilangan yang banyak akan menimbulkan pelbagai penyakit yang boleh membawa maut. Sebaiknya ambillah makanan yang semula jadi dan segar.
Bergantung kepada keperluan harian kita sama ada kita ingin mengambil sumber protein tumbuhan atau protein haiwan kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar nutrisi jika anda masih merasa ragu-ragu untuk mengambil protein yang sesuai untuk anda.
Di sini saya ingin kongsi serbuk protein yang terbaik yang pernah saya amalkan iaitu ESP Shaklee. Serbuk protein yang berasaskan kacang soya yang bukan-GMO.
Boleh baca dengan lebih lanjut ESP Sumber Protein Soya Pilihan untuk Semua